Sesi check dalam draft, terjumpa entry ni. Dah lama duk dalam draft, meh lah k.fiezz share amalan untuk dapat zuriat ni. Tak ingat k.fiezz dapat dari mana info ni. Sorry lama sangat duk dalam draft. K.fiezz ingat entry ni dah publish tapi k.fiezz tukar ke draft, rupanya memang tak pernah publish. Sabor je lah sis. Lepas tu bising tak ada idea nak tulis apa kat blog. hehe. Padahal berlambak entry tak habis tulis kat draft tu. hehe. K.fiezz, k.fiezz..haha..Nanti k.fiezz up satu per satu. 

amalan untuk dapat zuriat, petua dapat zuriat

AMALAN UNTUK DAPAT ZURIAT

Ada dua amalan untuk dapat zuriat yang boleh dipraktikkan untuk suami isteri yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat sendiri macam k.fiezz & mr hubby. Cuba lah kan, mana tahu dengan izin Allah membuahkan hasil. Aamiin...

- Amalan pertama -

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

- Amalan kedua -

• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Pernah seorang ustaz kongsikan satu petua dapat zuriat untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan berputus asa.

Boleh cuba pula petua dapat zuriat ni...

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

diselawat 3 kali sebelum minum. Niatlah dalam hati supaya dipermudahkan urusan mendapat anak daripada Allah S.W.T.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Mengikut kata ustaz setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Untuk pasangan TTC macam k.fiezz & mr hubby, teruskan berdoa dan berdoa dan berdoa..Insyallah cepat atau lambat, Allah pasti tunaikan. Allah juga yang lebih tahu waktu terbaik untuk kurniakan zuriat pada kita...Mungkin waktu tu kita belum bersedia tapi itu lah yang terbaik & boleh jadi kita rasa bersedia tapi itu bukan waktu yang terbaik..Semua di atas izin Allah...Kita sebagai umatnya teruskan saja berdoa, berusaha & selebihnya tawakal...

DOA..BERUSAHA..TAWAKAL...

8 Comments

  1. Semoga k.fiezz dan suami dikurniakan zuriat amin =)

    ReplyDelete
  2. moga Allah permudahkan urusan fieza..aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga Allah izinkan untuk kalian berdua menimang cahayamata...insyaallah.

    kat draft ammi pun berlambak2 tapi nak sambung karang macam terencat je idea

    ReplyDelete
  4. Amin. Selamat mencuba bagi mereka yang ingin dapatkan zuriat.

    ReplyDelete
  5. Usaha, doa dan tawakal.....rezeki itu Allah sahaja yang bagi...btw....semoga amalan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. membaca salawat Nabi,pasti hasil akhirnya bagus

    ReplyDelete
  7. bagus fieza share tips ni mesti byk membantu ttc lain

    ReplyDelete