Forensic 2022. Tengok tajuk pun dah tahu pasal penyiasatan. Sis kalau movie yang berkisarkan penyiasatan ni memang favourite sangat. Tak kisah lah hindustan ke, tamil ke, omputih ke kecuali korea, k.fiezz tak minat sebab penat tengok diaorang bercakap..Selain dari tu, yang namanya kisah pasal penyiasatan, sis memang onz layan. Haritu scroll Tik Tok, ternampak orang share sedutan cerita Forensic 2022 ni. Tengok ringkasan cerita macam menarik. Kena cari full movie ni..Cerita ni belum masuk kat Netflix lagi sebab baru. Itu yang k.fiezz tak tahu nak tengok kat mana.

Nak jadi cerita, ahad lepas tengah duk scroll kat salah satu apps di TV yang biasa k.fiezz layan movie selain dari Netfliz, mencari movie ternampak cerita Forensic 2022 ni dalam senarai..Tanpa was-was sis pilih movie ni..Tak terfikir pula kat situ ada sebab ingatkan cerita-cerita lama je. Lepas ni ada cerita baru yang k.fiezz jumpa kat Tik Tok, boleh try cari kat situ pula.


FORENSIC 2022

Cerita ni berkisarkan kehilangan seorang demi seorang budak perempuan pada setiap majlis hari lahir diaorang. Kemudian mayat budak-budak perempuan yang hilang ni akan dijumpai. Megha, Inspektor bertanggungjawab untuk menyiasat kes ini bagi mencari siapa pembunuh budak-budak perempuan tersebut. Dibantu Johnny, seorang pegawai forensik merangkap bekas kekasih Megha diarahkan mencari bukti bagi membantu kes ini bersama Megha.


forensic 2022

Sumber Gambar : Mr Google

BEST TAK CERITA FORENSIC 2022 NI?

Untuk k.fiezz, best sangat. Suka jalan cerita dia. Paling terkejut plot twist kat hujung cerita siapa pembunuhnya.

Masa permulaan & pertengahan cerita, k.fiezz syak anak buah si Megha & Johnny ni yang buat sebab agak suspicious tingkah laku dia. Memang duk aim dia yang bunuh semua budak-budak perempuan tu sebab k.fiezz rasa mungkin anak buah Megha ni nak tunjuk protes pada makcik dia. Sebab Megha ni tak bagi langsung si anak buah ni jumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Lagi pula anak buah Megha & Johnny ni ada mengalami trauma akibat dari kejadian masa dia kecil, 5 tahun yang lepas. Itu yang k.fiezz macam syak sangat anak buah diaorang ni yang jadi dalang di sebalik pembunuhan budak-budak perempuan tu. Walaupun macam tak logik. 

Tetiba muncul pula bukti kukuh yang tunjuk anak buah Megha & Johnny ni tengah menolak salah seorang mangsa yang dibunuh dalam rakaman cctv. Megha & Johnny digantung tugas sebab melibatkan anak buah diaorang sendiri sebagai suspek utama.

Dari sini Megha & Johnny menyiasat sendiri selepas digantung tugas, betul ke tidak anak buah diaorang ni terlibat. 

Siasatan demi siasatan,akhirnya membawa diaorang kepada pembunuh yang sebenar. Siapa sangka, selama ni ada depan mata Megha tapi tak boleh nak syak itu pembunuhnya.

Skill yang ada di salahgunakan oleh si pembunuh disebabkan sejarah dia masa kecil. Ini yang menjadi punca dia berdendam dengan budak-budak perempuan sampai membunuh. Dia menggunakan kemahiran yang dia ada hasil dari didikan ayah angkatnya seorang Doktor. 

Rate - 5/5

Korang yang suka movie penyiasatan macam ni, wajib tengok. K.fiezz memang suka sangat jalan cerita dia. 

Siapa pembunuh budak-budak perempuan ni?Jeng Jeng Jeng..Memang tak boleh nak syak lah weiii..Ater kalau udah bertukar rupa, mana nak jumpa. haha. Bukan setakat bertukar rupa, complete identiti semua tukar. Siapa nak syak. Nasib lah ada pakar forensik yang mencari bukti. Sesuai lah nama movie ni Forensic..hehe...Dengan kemahiran dan teknologi yang digunakan dalam forensik dapat mencari siapa pembunuh sebenarnya.  

Oppss lupa pula nak warning, cerita ni bollywood tau tapi ada scene 18sx sikit. Adegan kiss-kiss si Megha & Johnny. Aihhh dah rasa tengok cerita hollywood pula.

SELAMAT MENONTON...

5 Comments

  1. wowwww!!! kene tggu kt Netflix la hihihi.. kite layan citer zombie... suspen2 seram2 skit, hihihi...

    ReplyDelete
  2. Itulah ingat cerita omputih tapi tengok poster macam dari India.

    Suspend ya siapa jadi pembunuh.

    ReplyDelete
  3. SA pun suka citer macam ni...best and layan..until today suka tgok FBI...

    ReplyDelete