Meh nak rekomen cerita tamil yang berkisarkan penyiasatan lagi. hehe. Sis dah habaq, cerita yang menyiasat ni, memang suka. Kisah penyiasatan, genre yang menjadi pilihan utama k.fiezz bila nak layan movie. Cerita apa yang terbaru k.fiezz tengok? Cerita HIT The First Case ni. Cerita ni k.fiezz tengok di Netflix kalau tak silap. Maklum lah banyak sangat apps movie kat TV. Dah lupa yang mana satu. haha. Tapi rasanya kat Netflix ada cerita ni. Cuba lah cari. 


SINOPSIS HIT THE FIRST CASE


Vikram seorang polis yang bertugas di Homicide Intervention Team HIT. Seorang yang sangat teliti dalam setiap tugasan, bukti dan mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pegawai atasan dia bernama Viswanath. Bersama dengan Vikram, kawan baiknya Rohit yang sentiasa ada untuk membantu dalam menyelesaikan kes dibawah tanggungjawab diaorang. 

Vikram ni juga ada kekasih nama Neha, seorang pegawai forensik.

Walaupun seorang pegawai polis, Vikram tak lari dari masalah peribadi iaitu dia mengalami masalah PTSD disebabkan sejarah hitam dia sebelum ni & dia mengelak untuk makan ubat sebab dia rasa ubat menyebabkan keupayaan dia dalam tugasan akan jadi slow


HIT The First Case


Satu hari seorang gadis, Preethi hilang semasa berhenti di tepi highway kerana kereta dia mengalami masalah. Seorang pegawai polis, Ibrahim cuba membantu Preethi untuk hantar dia balik ke rumah tapi Preethi menolak. Preethi cuma minta bantuan Ibrahim untuk menelefon ayah dia saja sebab telefon dia tertinggal di rumah.

Masa ayah Preethi sampai di highway tersebut, Preethi tiada disitu. Kebetulan Ibrahim ada ternampak sebelum tu, sebuah kereta berwarna biru berhenti di tempat kereta Preethi rosak & dia nampak Preethi bercakap dengan pemandu kereta biru tu jadi Ibrahim ingat kereta biru tu bapa Preethi. 

Selepas dari itu baru lah tahu rupanya Preethi dah semalaman tak balik ke rumah & ibu bapa dia buat laporan polis. Viswanath, pegawai atasan Vikram adalah kenalan kepada ibu bapa Preethi jadi dia mengarahkan salah seorang pegawainya untuk menyiasat kes kehilangan Preeti. Ibrahim pula telah digantung tugas sebab Viswanath kurang percaya & tak suka dengan cara Ibrahim berinteraksi dengan ibu bapa Preethi.

Vikram, mengambil cuti sementara  untuk pulihkan semula masalah PTSD dia. Tak lama lepas dia bercuti, Vikram dapat tahu girlfriend dia Neha hilang. Dia berjumpa dengan pegawai atasaan dia, Viswanath untuk handle kes Neha hilang tapi ditolak.

Tapi Vikram tetap juga menyiasat sebab melibatkan girlfriend dia. 

Vikram berjumpa dengan kawan sekerja Neha & bertanya kes terbaru yang Neha handle. Dari situ disimpulkan kehilangan Preethi & Neha dibuat oleh orang yang sama. Jadi Vikram teruskan menyiasat & minta kebenaran dari pegawai atasan untuk menyiasat lebih lanjut.



BEST TAK CERITA NI?


Sis suka..Dari start Preethi tu hilang, duk berteka-teka siapa yang menculik dia. Masalahnya tak ada clue langsung tau siapa yang buat. Tengok cctv bagai, tak dapat juga bukti macamana cara si Preethi ni boleh hilang macam tu je. Tak ada jejak langsung. Polis pun kebuntuan.


Untuk k.fiezz best sangat jalan cerita dia. Cerita tamil yang best plot twist dia tu. Betul tak?hehe


Memang paling terkejut plot twist kat hujung cerita. Orang yang kita sendiri tak sangka jadi dalangnya. Kemain lah menyiasat sana sini, rupanya jeng jeng jeng..Tengok lah sendiri.  Haha


Rate - 4/5

Reminder - Cerita tamil tapi tetap ada juga tau sikit scene 18sx. Aiyak...Lepas tu cerita ni ada berkaitan hubungan sejenis tapi dia tak tunjuk sampai ke situ..Cuma dia ada relate dengan tu. K.fiezz pun dah ending cerita baru tahu..Aihhh sabor je lah...Boleh tahan cerita tamil sekarang..hmmm...


Overall jalan cerita HIT The First Case ni k.fiezz suka sebab tengok diaorang menyiasat mencari siapa penjahatnya. 


So nak tahu betul ke kehilangan Preethi & Neha di buat oleh orang yang sama dan dapat tak Vikram selamatkan Neha sebelum jadi mangsa bunuh seperti Preethi, check it out sendiri..


JALAN CERITA BEST TAPI ADA BERKAIT PULA DENGAN 'TUTTT'...aihhh...


4 Comments

  1. dasat citer apapun skrg mmg kena hati2 18 sx tu fieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul kak..kdg nak tengok cerita apa pun seriau...risau terselit scene 18sx..

      Delete
  2. Baca sinopsis macam best..nanti nak tgok la..ada kat Netflix x..kadang2 film2 yg ada scene censored ni sbb nak tarik penonton kan..mana2 citer antarabangsa pasti ada..kalau tgok kat tv kena cepat2 standby remote

    ReplyDelete