K.fiezz nak share supplement kesuburan wanita dan supplement kesuburan lelaki yang di cadangkan oleh Doktor gynae pada k.fiezz & mr hubby. Sebelum tu untuk yang tak tahu atau pertama kali ke sini, korang boleh cari label TTC cerita trying to conceive k.fiezz & mr hubby. Kitaorang memang dah lama TTC ni. Belas tahun dah. Dulu k.fiezz & mr hubby pernah buat rawatan kesuburan di PPUM tapi berhenti tengah jalan sebab faktor kewangan. Start awal tahun ni, k.fiezz & mr hubby mula lagi sekali rawatan kesuburan di HPUPM pula. Atas faktor usia, Doktor gynae memang suruh kitaorang terus buat IVF saja walaupun dari explaination Doktor tu, peratus kejayaan tak tinggi sangat. Tapi tak salah kan nak cuba. Berhasil, alhamdulillah. Tak berhasil, kurangnya mencuba..Yea tak?Apapun rezeki semua dari Allah. Kita sebagai hambaNYA berusaha, tawakal dan berdoa...

SUAMI ISTERI AMALKAN SUPPLEMENT KESUBURAN

K.fiezz pun ada PCOS juga jadi mungkin sebab tu faktor susah sangat nak lekat. PCOS ni apa?Korang boleh google

Sebelum mulakan IVF ni,  k.fiezz kena amalkan supplement kesuburan wanita dan mr hubby amalkan supplement kesuburan lelaki. Kitaorang dah start amalkan supplement kesuburan ni bulan April 2022 sampai lah sekarang. Insyaallah dalam masa terdekat ni k.fiezz & mr hubby akan mulakan IVF. Debor ni tau tapi kuatkan semangat juga demi #fiezasanijunior..Doakan IVF kali pertama k.fiezz & mr hubby ni nanti suksess berjaya..Aamiin..

Haritu ada orang pm k.fiezz di facebook tanya apa supplement kesuburan wanita & lelaki yang gynae cadangkan. Reader ni ada baca entry k.fiezz buat semula rawatan kesuburan di HPUPM & k.fiezz ada mention dalam entry tu, supplement kesuburan untuk wanita dan lelaki tapi k.fiezz tak cerita detail apa nama-nama supplement tu. 

So here the supplement...

supplement kesuburan wanita,supplement kesuburan lelaki,fungsi coq10 untuk kesuburan,vitamin d untuk kesuburan,vitamin e untuk kesuburan

Untuk Isteri  ada 3 jenis supplement iaitu
Coenzyme Q10 - 200mg
Vitamin E - 200IU
Vitamin D - 2000IU
*harga pada kotak & botol sebelum diskaun*

Dos ni memang yang dicadangkan oleh Doktor tau, bukan k.fiezz saja-saja suka tulis..Tapi ada setengah jenama supplement, dos yang dijual kat farmasi kurang dari dicadangkan jadi kena amik 2x untuk cukupkan pengambilan dos seperti yang gynae cadangkan. Contoh macam Coenzyme Q10 tu k.fiezz ambil sebiji pagi (100mg) & sebiji malam (100mg). Sebab masa k.fiezz beli supplement ni, k.fiezz tunjuk kertas yang gynae tulis, jadi farmasi advice makan ikut dos yang Doktor arahkan. 

Terbaru ni k.fiezz top up CoQ10 beli kat farmasi lain & brand berbeza, dos yang dijual 150mg. Pharmacist cakap ambil 1 biji sehari je dah cukup. Kalau ambil 2 biji, dah jadi lebih pula. Jadi sebiji saja mencukupi. Seeloknya bila beli apa-apa supplement ni, better cari kat farmasi sebab ada pharmacist, ada kemusykilan kita boleh terus tanya diaorang. 

Lagipun diaorang pharmacist kan, diaorang lagi expert pasal pengambilan supplement dan dos yang dibenarkan untuk ambil. 

supplement kesuburan wanita,supplement kesuburan lelaki,fungsi coq10 untuk kesuburan,vitamin d untuk kesuburan,vitamin e untuk kesuburan

Untuk suami, ada beberapa jenis supplement kesuburan lelaki yang boleh diambil. Mr hubby ambil 
Profortil

Kalau tak nak profortil, boleh pilih yang lain seperti
Subrex
Vitamin E (200IU)
Bio Selenium 200mg OD

Harga profortil ni paling mahal antara supplement kesuburan lelaki. Haritu kitaorang beli kat farmasi hospital dapat harga RM342.00 sekotak utk 60 biji kapsul. Harga kat shopee dalam RM4XX.xx...Masa tengah tunggu turn kat farmasi hospital, k.fiezz & mr hubby saja tengok-tengok kat Google mana lagi ada jual profortil ni. Jumpa dalam shopee ada jual juga tapi harga empat ratus lebih..Jadi beli juga lah kat farmasi hosptital dapat murah sikit..

Meh tengok apa fungsi semua supplement ni untuk kesuburan lelaki & juga wanita...


APA FUNGSI SUPPLEMENT KESUBURAN PEREMPUAN & LELAKI NI?

Coenzyme Q10 CoQ10 dikenali vitamin kesuburan yang popular. Fungsi CoQ10 untuk kesuburan bagi melindungi sel-sel telur dari radikal bebas & mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain dari melindungi sel telur dan juga sperma dari radikal bebas, CoQ10 menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sel telur untuk proses pembesaran dan kematangan. Sebatian semulajadi CoQ10 boleh meningkatkan kesuburan untuk wanita yang berusia lebih 40 tahun. Pengambilan CoQ10 juga beri kesan positif iaitu optimumkan kualiti telur hingga penebalan lapisan rahim. 

Vitamin E - Banyak dalam produk penjagaan kulit & dikenali boleh kurangkan kedutan pada wajah  sebab fungsi Vitamin E untuk perbaiki sel. Jadi vitamin E sangat efektif sebagai supplement kesuburan. Ia juga antara nutrien penting untuk ovari dan bagus diamalkan bagi menyokong kualiti telur.

Vitamin D - Untuk perkembangan hormon yang sihat. Hormon adalah isyarat utama dalam badan. Dengan isyarat dari hormon ini lah menentukan corak kitaran haid wanita dan keseimbangan semasa hamil.

Profortil - Berfungsi untuk optimumkan kualiti sperma dan kesuburan lelaki.

BERAPA HARGA SUPPLEMENT KESUBURAN NI?

Sesiapa yang sama geng dengan k.fiezz, mr hubby & nak cuba supplement kat atas ni , korang boleh cari di farmasi. Mungkin korang tak buat rawatan di hospital lagi tapi nak cuba amalkan supplement kesuburan wanita dan lelaki ni dulu. K.fiezz nasihatkan terus beli kat farmasi jadi boleh tanya pendapat pharmacist berapa dos yang diperlukan oleh badan masing-masing. 

Berbalik pada harga 4 supplement kesuburan atas ni, berapa yea? Agak boleh tahan jugalah harga dia. hehe.. tapi ada yang 1 botol 60 kapsul & cuma makan sebiji sehari jimat untuk 2 bulan..Macam supplement kesuburan lelaki profortil tu  makan sehari sebiji, tahan lebih 4 bulan..

Berapa harga supplement kesuburan wanita dan juga lelaki ni, k.fiezz?

Coenzyme Q10 - RM170.10 (2 botol. Memang tiap kali beli CoQ10 ni pakej 2)
Vitamin E - RM58.65 (1 botol ada 60 biji)
Vitamin D - RM59.50 (1 botol ada 60 biji)
Profortil - RM342.00 (1 kotak 60 biji)


Harga supplement kesuburan ni berbeza ikut jenama dan dos. Jadi masa beli boleh tanya dengan pharmacist lebih detail

Berapa kali repeat beli supplement ni?
Macam supplement kesuburan wanita untuk k.fiezz tu dah 2-3x ulang beli. Profortil untuk mr hubby beli masa bulan April haritu & baru je habis (Ogos), itu pun sebab kadang ada hari terlupa nak makan. hehe. Itu yang tahan lama. 

Kalau tanya kekerapan  untuk repeat beli supplement ni, tengok pada konsisten ke tidak korang amalkan. Sebab kadang kita ni beria beli, makannya ikut suka je. K.fiezz, konsisten memang makan setiap hari tanpa skip. hehe. 

Moga supplement yang di amalkan sejak beberapa bulan lepas ni dapat membantu proses IVF k.fiezz & mr hubby berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Harapnya sel telur k.fiezz & sperma mr hubby bekerjasama untuk berjumpa dan bersatu..Aamiin..

DOAKAN KITAORANG, okey..Thank you in advance..hehe...

2 Comments

  1. insyaAllah ada rezeki akan ada juga zuriat . moga kita sama2 mendapat zuriat yg sihat

    ReplyDelete
  2. semua bakal parents ygttc perlu tahu ni

    ReplyDelete