Sling bag baru mr hubby..Aihhh tukar bag je kerja dia. hehe. Siapa yang rajin singgah ke blog sis ni, mesti tahu sis pembeli beg tegar berjenama copy ori. hehe. K.fiezz memang suka beli beg-beg copy ori jenama untuk diri sendiri & harus lah untuk mr hubby juga. Dah beberapa biji juga lah k.fiezz belikan sling bag berjenama untuk mr hubby sebab nak fair lah kan wife pakai beg berjenama, suami pun sama juga tapi masalahnya semua sling bag copy ori yang k.fiezz beli tu tak kena kat mr hubby..aihhhh..#cerewet rupanya tau..haha..

Hat baru ni tak ada jenama tapi memenuhi kriteria yang mr hubby nak. Sebelum beli dah usya-usya tengok gambar sling bag ni kat kedai seller, semua ciri complete macam yang mr hubby nak. Ada 3 bahagian & setiap bahagian ada slot compartment masing-masing. Itu yang dia nak tu..Mr hubby ni pesen suka letak barang-barang dalam beg secara berasingan dalam beg. Dia tak suka letak sekali sebab susah nak ambil katanya. Eiiii, k.fiezz rasa senang je. Dia yang cerewet..haha...

Moh lah tengok sling baru mr hubby ni. 

SLING BAG BARU MR HUBBY

Ni sling bag baru mr hubby yang memenuhi ciri. Apa ciri-ciri beg ni yang jadi pilihan mr hubby..Jomsss...

sling bag

Design simple & warna pilihan coklat

sling bag

Ada 3 bahagian. Depan, tengah (utama) & belakang..

sling bag

Bahagian belakang (butang)

sling bag

Bahagian tengah (utama). Kat tengah ni, satu slot berzip & satu slot terbuka..

sling bag

Bahagian depan (berzip)

Ni ciri sling bag baru yang jadi pilihan mr hubby. Ada 3 bahagian berasingan jadi barang-barang boleh asingkan ikut yang mana paling penting, penting & kurang penting. Hah, gituuu..haha...Mr hubby tak suka ada satu je bahagian & barang semua letak sekali kat satu tempat tu je. Dia tak berkenan macam tu..


Material Sling Bag ni?
Kulit..tapi bukan lah jenis kulit ado-ado tau..Kategori biasa je. Tak kisah lah mahai ke murah, yang penting tahan lama...

Harga?
RM61.55

Rating Bag
K.fiezz bagi 5/5. Bag memang cantik in real dari dalam gambar..

Tahan tak?
Tak pasti sebab baru beli. Harapnya bertahan. Untuk k.fiezz lebih dari 6 bulan baru beg koyak,zip tercabut atau bermasalah, tahan la tu.. Mr hubby pernah beli sling bag, baru seminggu tau zip dia dah tercabut. haha. Adeh. Sabor je lah sis...Jadi harap sling bag baru ni boleh tahan lama sikit baru buat hal..haha..

Rekomen tak?
Ikut citarasa masing-masing. Ada setengah lelaki suka letak setempat atau sekali barang-barang dalam beg sebab senang nak ambil. Mr hubby dalam kategori suka asing-asing sebab dia tahu setiap bahagian letak barang yang berlainan jadi senang dia nak ambil apa-apa barang yang nak guna masa tu.


BEG IKUT KESELESAAN & KEGUNAAN MASING-MASING...betul tak?

3 Comments

  1. Nice
    kalerr dia pun ciknur berkenan tgk

    ReplyDelete
  2. sling bag ni nampak simple memang sesuai la untuk kaum lelaki

    ReplyDelete
  3. cantik dan classy, yg penting ada byk poket hihi

    ReplyDelete