Layan Ice Cream berlemok gula apong. 1st time rasa ice cream berlemok gula apong ni?K.fiezz pun tak sure apa yang special & perbezaan ice cream guna gula apong ni macamana?Mama yang  ajak ke sini sebab kedai ice cream berlemok gula apong ipoh ni baru di buka & kawan mama yang punya. Mama ajak ke sini untuk support busines kawan dia. K.fiezz & mr hubby onz je. 

On the way balik dari berkelah kat Lubuk Timah, kitaorang menyinggah ke sini nak makan ice cream berlemok gula apong. Jomsss rasa sedap tak?

Entry berkaitan < BERKELAH KAT LUBUK TIMAH HOT SPRING >

ICE CREAM BERLEMOK GULA APONG IPOH


Tak susah pun nak cari kedai dia sebab lokasi betul-betul tepi jalan utama. Lalu kat area jalan tu mesti nampak kedai ice cream berlemok gula apong ni. Alamat kedai - No 2C Jalan Labrooy, Taman Pari, Ipoh, Perak. Strategik lokasi kedai ice cream berlemok gula apong ni sebab kat tepi jalan, laluan kereta & dekat area taman perumahan. Memang senang sangat nak cari..


ice cream berlemok gula apong ipoh,ice cream berlemok gula apong

Tagline kedai ice cream berlemok gula apong 

ice cream berlemok gula apong ipoh,ice cream berlemok gula apong

Nak perasa apa?Jom pilih...

ice cream berlemok gula apong ipoh,ice cream berlemok gula apong

Sementara tunggu ice cream berlemok gula apong siap, selfie dulu. hehe..Nak makan ice cream kat sini pun boleh (ada sediakan kerusi & meja). K.fiezz, mr hubby & mama take away.. Makan dalam kereta..

ice cream berlemok gula apong ipoh,ice cream berlemok gula apong

Mama dapat dulu ice cream berlemok gula apong sebab ambil saiz kecil. 

ice cream berlemok gula apong ipoh,ice cream berlemok gula apong

Tadaaaa..K.fiezz & mr hubby punya. Diet?Apa tu?haha
Hat tinggi tu k.fiezz punya.. Kemain tau...haha..Mr hubby punya yang sebelah..

SEDAP TAK ICE CREAM BERLEMOK GULA APONG NI?

Subjektif nak cakap sedap ke idak ni?Tengok kena dengan tekak korang ke idak?Untuk tekak k.fiezz, just nice & sedap. K.fiezz pilih flavour dark chocolate. Bila dah combine dengan bahan-bahan lain dalam cup, yang k.fiezz punya ni tak manis meleting sangat. Sesedap n sesejuk rasa gitu..Cuma satu je, ater banyak benor lah staff dia buh cornflakes.. Haha. Bagus dah tu staff dia tak kedekut tapi untuk sis yang tak berapa gemor cornflakes ni, jenuh nak makan cornflakes dengan ice cream. Memang sedap layan ice cream berlemok gula apong ni tapi tetiba terkunyah cornflakes. Aisehhh, spoilt sikit..hehe. Selain dari tu, tak ada complaint. Cornflake memang dah ada dalam pakej ice cream ni & untuk tambahan topping boleh pilih lagi 2 jenis.

K.fiezz pilih rice chocolate & nestum. Sebab sis peminat chocolate. hehe. Tambah nestum jadi penambah rasa. Layannn makan ice cream berlemok gula apong ni. 

Mahal ke harga ice cream berlemok gula apong ni?Meh k.fiezz share yang kitaorang punya haritu.


HARGA...Jeng Jeng Jeng..


Dark Chocolate Berlemok Belgium (3oz), Rice Chocolate + Peanut = RM3.90 (mama)

Mix Gula Apong Premium Vanila (12oz), Oreo + Peanut = RM8.90 (mr hubby)

Dark Chocolate Berlemok Belgium (16oz), Rice Chocolate + Nestum = RM9.90 (k.fiezz)

Untuk k.fiezz harga dia affordable, berbaloi dengan saiz bersama pilihan 2 topping favourite

Sesekali reward diri sendiri makan ice cream apa salahnya, yea tak? Diet? Ketepi jap. haha. 


I LOVE ICE CREAM...hehe...Sapa geng dengan k.fiezz?

5 Comments