Skinny jeans murah & sling bag CD beli kat mana tu?Jom nak story. Ni platform terbaru k.fiezz suka shopping selepas shopee. Kat mana platform baru tu k.fiezz?hehe. Mana lagi kalau bukan TIK TOK. K.fiezz suka melayan live dalam Tik Tok, selalu je naik kat fyp k.fiezz seller yang buat live, penyudahnya sangkut 2 barang. Kat live Tik Tok ni paling k.fiezz suka layan live seller jual beg copy ori branded. Selain dari tu ada juga barang lain macam pakaian. Hat mana k.fiezz suka tengok, k.fiezz stop scroll & layan. Ni 2 barang yang k.fiezz sangkut hasil tengok live dalam Tik Tok, skinny jeans murah dan juga sling bag murah. 

COMBO SKINNY JEANS MURAH DLM TIK TOK


Hat skinny jeans murah ni masa k.fiezz tengok live seller, dia tengah buat promosi kombo 2 helai ni RM40 je. Kalau idak sehelai RM30-RM35.

Tak ke blink blink mata k.fiezz dengor kombo 2 helai RM40. Jatuh sehelai RM20 je. Postage RM8. Jadi total RM48.00. Murah sangat tu.

Kebetulan memang k.fiezz tengah cari jeans sebab stok seluar jeans ada sehelai je weii. Hat lain k.fiezz dah buang sebab ada yang dah mengecut (haha) & ada yang bila pakai, material dia tak best.


skinny jeans murah,sling bag murah, sling bag CD

Combo 2 helai RM40 sajo..Design untuk kombo ni seller pilih secara random. Dia cuma inform saiz je masa dalam live. Kalau kita nak, terus screenshot & whatsapp. 

Review Skinny Jeans Murah > Dah try pakai, sedap. Lembut je kain dia. Suka...Lain kali boleh beli lagi kat seller yang sama ni. Beli online ni contoh macam seluar jeans, kita kena tahu yea saiz kita berapa. Jangan main agak-agak. Sat gi beli, tak muat atau ter besar..Udah rugi je beli..

Jom next barang yang k.fiezz beli dari Tik Tok ni..

SLING BAG CD

Sling bag CD pula. Hat ni ni murah je. Berapa RM tu,k.fiezz?RM30 saja campur postage RM5.00, total RM35.00..Saiz dia just nice gitu. K.fiezz agak boleh masuk purse panjang, handphone & beberapa item lain yang saiz tak besar sangat. Memang comel je sling bag CD ni. K.fiezz tengah fikir nak pakai sendiri atau nak bagi hadiah untuk top pengomen k.fiezz bulan Mei yang lepas. hehe. Top pengomen tu belum e-mail lagi detail kat k.fiezz. Rasanya dia tak perasan tu dia jadi top pengomen blog k.fiezz ni. Tak apa nanti k.fiezz e-mail dia..


skinny jeans murah,sling bag murah, sling bag CD

Serius suka sling bag CD ni sebab simple sangat & tak serabut banyak sangat compartment. Ni tengah berbelah bagi nak bagi hadiah kat orang atau sendiri yang nak guna. haha. Nanti sis fikirkan. 

So next item beli kat TIK TOK. haha. 

Aihhh, k.fiezz ni failed betul tau layan live ni. Tak kisah lah kat Shopee ke, Tik Tok ke. Mesti ada yang berkenan. Beg copy ori branded, berapa kali dah k.fiezz nak ter lock tanpa sengaja tapi ku tahan nafsu. haha. Eh awat tahan nafsu pulak. haha. Berjimat gitu..

BILA SEMUA DI HUJUNG JARI KONSEPNYA..haha...

2 Comments

  1. Kadang2 tue niat nak tengok aje live jual2 barang ni .. Alih2 tersangkut juga beli brg . 😆

    ReplyDelete
  2. Belum pernah terjebak shopping dekat Tiktok. risau jugak ni hahaha

    ReplyDelete