Nama kan k.fiezz ni, ada je idea nak deko kat rumah. Tak kisah lah dapur ke ruang tamu ke. Pantang nampak benda yang rasa okey & tak makan ruang yang banyak untuk letak, mesti nak beli. Tak kira. Haritu scroll dalam shopee, ternampak tempat letak span basuh pinggan jenis besi ni. Aihhh berkenan pula sis nengoknya. Boleh letak sekali span basuh pinggan dan periuk kat sini. Sebelum ni k.fiezz letak dua barang ni asing-asing (2 bekas kat sinki tu) tapi makan ruang & jadi cepat hitam  (daki). Itu yang k.fiezz saja tukar tempat letak span basuh pinggan jenis besi ni pula. Yang ni pun tak pasti tahan lama ke tak? K.fiezz rasa nanti lama-lama dia jadi berkarat juga tu. Dah berkarat nanti tukar lah hat lain, yea tak. Susah sangat. hehe..

TEMPAT LETAK SPAN BASUH PINGGAN 


Dah rasmi guna tempat letak span basuh pingan yang baru ni. Sis suka. Cuma bila pasang kat paip sinki dapur k.fiezz ni, dia senget sebab tepi tu dinding. Tak boleh nak pusing lagi ketat. Kukuh setakat ni cuma dia tak boleh nak pusing lagi untuk bagi elok terletak. Tak kisah lah, as long dia tak menggelungsur ke bawah. hehe.

tempat letak span basuh pinggan

Jimat sikit ruang letak 1 je tempat letak span basuh pinggan ni kat area sinki dapur k.fiezz. Kalau idak, agak berserabut juga sebab ada 2 bekas sebelum ni. Konsep rumah nak minimalis gitu. 

Harga berapa tempat letak span basuh pinggan ni > RM9.90 sahaja. 

Nak beli kat mana > SINI

1 Comments