Coin Purse Lanyard Prada Cantik Tapi Ada Satu Part Tak Best
Lanyard Prada, uolll. Amboii k.fiezz. Over tau. Lanyard pun nak berjenama. haha. K.fiezz beli lanyard prada ni sebab dia pakej. Pakej apa tu?Coin purse lanyard. Ada tempat letak duit syiling sekali. Sis loike. Memang dah lama cari coin purse lanyard macam ni. Senang ada tempat letak kad & duit sekali. Tempat letak kad senang nak guna bila touch ic untuk guna turun naik LRT. Sekali letak pas kerja. Keluar masuk pintu masuk ofis kena touch kad kat pintu. Senang ada 2-3 slot untuk letak kad pada lanyard prada ni.
LANYARD PRADA
K.fiezz beli lanyard prada ni dari seller yang jual bag branded hat k.fiezz selalu beli bag-bag brand kat shopee. Haritu ternampak seller up coin purse lanyard ni. Terus hati sis berkenan uolls.. Dup dap gitu macam jatuh cinta. haha #over tau.
Masa mula-mula seller review bila dia buat live, k.fiezz tak berjaya beli. Habis stok. Berebut orang beli weiiii. Sabar je lah sis.
Lepas tu seller restock laju laju k.fiezz beli coin purse lanyard ni sebab dah usya dulu.
Siap kotak lagi uolls. Lanyard have-have macam harga ratus pula..hehe
Bahagian dalam dia. Ada dust bag & kad.
Ni coin purse lanyard. Ada 3 slot kad & 1 zip coin purse.
Coin purse lanyard ni idak lah besar sangat pun. Boleh letak duit syiling & duit kertas (kena lipat-lipatkan)
KELEMAHAN COIN PURSE LANYARD
Eh ada kelemahan ke?Yeaaa ada. Kelebihan dia boleh letak 2-3 kad plus ada tempat letak duit. Tapi kelemahan dia pula, tak boleh letak ic & pas kerja k.fiezz sekali. Sebab bila nak touch pas kerja kat pintu, dia tak boleh nak baca. Kena keluarkan kejap ic, lepas dah touch pas kerja kat pintu baru letak semula ic dalam slot dia. Aiyokk agak failed di situ..
Haih, tapi sebab dah beli mahai coin purse lanyard ni, guna je lah. Lagipun k.fiezz suka sebab ada tempat letak duit tu. Senang letak duit untuk k.fiezz naik van pagi-pagi dari stesen komuter ke pejabat (ala-ala prebet sapu gitu.hehe) & beli breakfast kat cafe.
Part kena keluar masuk ic tu, buat-buat tak perasan je lah. haha
HARGA COIN PURSE LANYARD
Berapa yea?Tadi k.fiezz mention mahal. Berapa kah mahalnya tu?hehe.. Agak-agak berapa hengget..hehe..
RM70 saja. Sebelum tu harga dia RM60 tapi dah naik harga. Sebab dah berkenan lanyard prada ni, pejam mata je lah bayar harga tu. hehe..
Rating :
Design - 5 (sis loike it very much)
Fungsi - 4 (part letak ic tu je failed sebab bila letak ic & pas kerja sekali, pas kerja tak boleh baca kat pintu masuk pejabat).
LANYARD PUN NAK BERJENAMA..Overrr tau..hehe
Update - Selepas setahun lebih guna purse lanyard ni, harini (8 Ogos 2023) buat kali ke-2 tali dia putus lagi..hehe..Beberapa bulan lepas tali dia terputus untuk kali pertama, k.fiezz jahitkan bagi bersambung semula. Siap abah k.fiezz jahit bagi lagi kuat untuk tali tu berpegang pada badan dia..Pagi tadi terlanggar meja, terus terputus kali ke-2. Semalam k.fiezz dah perasan benang jahit tu dah nipis.Harini secara rasmi putus lagi..Aihhh..Biasa lah benda fake, tak tahan lama..hehe..
So tempoh ketahanan purse lanyard ni setahun lebih (beli Februari 2022)..






5 Comments
eh.. kita ada satu pesen macam ni warna putih tapi bukan berjenama la.. beli kat Jalan Jalan Japan.. rasanya rm5 je haha.. jadilah orang cheapskate...
ReplyDeletecantik..
ReplyDeletealamak boleh pula dia naik harga ya, nasib tak naik banyak sangat
ReplyDeletewah cantiknya lanyard. kalau dh jumpa seller yg best boleh selalu kerap beli dgn dia kan
ReplyDeleteDesign dah cantik . Tapi kalau dah tak boleh nk detect pas kerja tu emm terpaksa keluarkan juga la
ReplyDelete