Pengambilan vitamin C tengah pandemik COVID-19 ni perlindungan tambahan untuk diri sendiri. Idak lah cakap 100% boleh lindung kita dari virus ni tapi kita usaha untuk kuatkan antibodi badan. K.fiezz ada story dalam entry ni < MANA SATU PILIHAN HATI > , pilihan 2 jenis vitamin C yang  k.fiezz nak cuba. Berbelah bahagi benornya yang mana satu pilihan hati. Pilih punya pilih, k.fiezz ambil yang 21st Century. Sebab?Boleh kunyah-kunyah je. Sis suka yang jenis kunyah dari telan. Sejenis penakut nak telan pil yea adik-adik. Dah tua-tua ni pun penakut makan ubat tau. haha. 


PILIH 21st CENTURY Vitamin C


K.fiezz pilih 21st century vitamin C ni sebab tengok review di You Tube, ada orang share lepas dia amalkan, badan dia naik. Wahhh. K.fiezz memang nak naikkan berat badan. So bila tengok orang review 21st century vitamin C ni boleh naikkan berat badan, tanpa ragu-ragu k.fiezz pilih yang ni.  Lagi satu sebab k.fiezz pilih 21st century vitamin C ni sebab kunyah-kunyah je. Tiap hari tazabarrr nak makan vitamin C ni tau. haha. 

Dari segi rasa dia, memang sedap. Harus lah kan. Kalau idak, tak ada nya sis tak sabor nak makan Vitamin C hari-hari. hehe. 

1 botol ada 60 biji. Harga RM2x.xx.. Berbaloi sebab tahan 2 bulan & jimat..


21st century vitamin C, pengambilan vitamin C,tablet vitamin c berubah warna

Cuma k.fiezz jadi was-was bila tablet pill 21st century vitamin C ni masa botol kedua bila dah tinggal sikit dia jadi macam dalam gambar. Kenapa yea?Jadi bertompok-tompok macam ni...


21st century vitamin C, pengambilan vitamin C,tablet vitamin c berubah warna

Close up sikit. Ni rupa dia. Jadi bintik-bintik.

So k.fiezz tak sure kenapa dia bertukar jadi macam ni. Sebabkan selalu buka tutup botol  ke camne. Mula-mula k.fiezz ingatkan terkena air sebab k.fiezz pun biasanya sebelum makan ni, k.fiezz akan basuh tangan dulu. Jadi takut lah terkena air masa duk ambil pil dalam botol. Walaupun dia jadi macamni, k.fiezz makan je. Alhamdulillah tak ada pula bagi kesan negatif atau tak elok walaupun dah jadi bintik-bintik macam ni. 

Cuma sebabkan sifat was-was yang tinggi, setiap kali dah nak habis & tengok pil dah jadi bintik-bintik macamni k.fiezz restock beli yang lain dan sambung makan macam biasa. 

Tapi lagi sekali dah nak habis botol ke-3, pil yang ada dalam botol masih sama jadi macam ni. Dia jadi bintik-bintik. Haih..Kenapa kah?Lepas botol sebelum jadi macam ni, k.fiezz dah hati-hati untuk botol berikutnya. Nak ambil pil dalam botol, k.fiezz lap dulu tangan bagi kering. Cuma dia jadi macam ni juga. why why?Sis dah hygiene jaga kebersihan tangan masa ambil dari dalam botol tapi tetap jadi juga.

Walaupun dah 2 botol tablet dia jadi macam ni, k.fiezz tetap juga restock tapi kebetulan pula masa k.fiezz nak beli kat farmasi, jenama 21st Century ni dah habis stok kat farmasi tu.  Jadi pharmacist suggest brand lain. Nanti k.fiezz share tukar brand apa. 

K.fiezz bertukar kepada jenama vitamin C lain secara kebetulan je tau bukan sebab yang ni tak elok atau ada kesan negatif kat badan. 

K.fiezz ada terbaca kenapa tablet vitamin C bertukar warna? Puncanya disebabkan pengoksidaan. Kita buka tutup botol banyak kali & kena pastikan cara penyimpanan yang betul. Bukan maksud tablet vitamin C tu dah tak elok untuk di makan.

Review  Makan Vitamin C Ni

Rasa dia of course sedap & part naikkan berat badan, memang menjadi yea. Berat k.fiezz biasanya 47- 49 kg. Terkini lepas makan 21st century vitamin C ni, berat k.fiezz cecah angka 5 weiii..Kalau idak susah nak naik. Biasanya maintain angka 4 tu. Nak kata nafsu makan membuak-buak sangat,  idak pun. Lapar duaplohempatjam pun tak ada. Makan macam biasa. Sebelum ni memang jenuh nak naikkan berat badan. Ni makan vitamin C je uolls berat naik. Yeayyy..Orang lain nak kurus, sis nak gemuk...haha..

Selain dari berat naik, untuk dalaman kuatkan antibodi badan k.fiezz sebab k.fiezz jarang demam & selsema. Alhamdulillah..Orang kata makan vitamin C, kulit jadi lagi bersih dan licin. Untuk k.fiezz, part yang ni tak. Biasa je. Mungkin juga k.fiezz duk pakai macam-macam produk tepek kat muka, jadi jerawat turun  naik. Bila dah jerawat turun naik, tangan pun duk gatal lah picit. Dah picit tu, faham je lah. Dari jerawat jadi parut jerawat pula. Haih. Salah sendiri lah yang ni. Suka benor cuba skincare macam-macam. Jadi dari segi kecantikan kulit bila amal vitamin C, tak berapa menjadi pada k.fiezz. Hat ni salah k.fiezz sebab try&error guna skincare

Setakat yang k.fiezz guna beberapa botol 21st century vitamin C ni kesan paling ketara, kenaikan berat badan. Sangat lah menjadi.

Overall 21st Century Vitamin C ni sedap, harga berpatutan & jimat. 

KUATKAN ANTIBODI BADAN DENGAN VITAMIN C



3 Comments

  1. lama xmkn vitamin jenis ni..asyik minum vitamin yang perlu bancuh tu. Tu pun produk review,..hihi

    ReplyDelete
  2. Marilah beli vitamin c dgn rabia kak fieza

    ReplyDelete
  3. berat naik? oh no.. meh mama derma 10 kilo bagi fieza ye. free aje

    ReplyDelete