Musim-musim pandemik covid 19 ni, kena kuatkan sistem pertahanan badan dengan pengambilan vitamin C. Seeloknya memang kena makan vitamin C dari makanan sebenar macam sayur & buah-buahan. Nak makan sayur?buah?Hmmm. K.fiezz makan sayur cuma sayur kat kedai area rumah k.fiezz ni, tak fresh. Kadang jadi malas nak beli sebab tengok rupa sayurnya dah layu, berlubang sana sini. Errrr...Terus jadi was was nak beli. Kalau buah tu, ada lah juga beli tapi tak selalu. 

Itu yang K.fiezz plan nak ambil vitamin C untuk complete keperluan badan disamping fungsi dia untuk sistem pertahanan badan & kecantikan juga. Cuma tengah berbelah bahagi nak pilih yang mana?Shaklee Vitamin C kah atau 21st Century Vitamin C. Help help. Kebuntuan. Dua-dua ada kelebihan. K.fiezz tengah google cari yang mana terbaik. Paling penting benornya k.fiezz cari vitamin C yang boleh kunyah. Tak mau hat telan tu sebab k.fiezz ada masalah sikit susah nak telan pil. Kalau saiz kecil, okey lagi. Ni kalau saiz besar, panjang. Failed nak telan. Fobia. Duk risau pil tu sangkut kat tekak. haha. 

2 PILIHAN VITAMIN C

Okey, dua ni vitamin C yang dalam perhatian k.fiezz. Dua-dua ada kelebihan. 

shaklee vitamin C,21st century vitamin C,pengambilan vitamin C
Shaklee Vitamin C

Pilihan pertama k.fiezz

Kelebihan - bilangan tablet banyak, boleh tahan beberapa bulan. Cuma dari segi harga, mahal sikit. Walaupun mahal tapi benornya berbaloi sebab tahan lama. 

Kelemahan dia - kena telan. Dah tanya kawan k.fiezz yang ambil shaklee vitamin C ni. Dia cakap tak boleh kunyah. Kena telan. K.fiezz dah tengok saiz tablet shaklee vitamin C ni, besor weii. Adeh, terbayang-bayang tablet tersangkut kat tekak. haha. Terus fikir dulu nak ambil ke tak shaklee vitamin C ni. 

shaklee vitamin C,21st century vitamin C,pengambilan vitamin C

21st Century Vitamin C

Kelebihan - harga murah (RM30++). Ada 60 tablet. Cuma kena makan 1 biji sehari sahaja. Jadi boleh tahan 2 bulan.  Bila harga affordable macam ni nak konsisten beli setiap bulan pun, tak ada hal. Paling penting yang ni boleh kunyah. hehe. 21st Century Vitamin C ni kalau dah habis senang nak cari sebab ada kat drugstore berbanding yang atas ni, kena beli melalui agen Shaklee. Haih, agak leceh pula di situ. 

PILIHAN HATI?

Jadinya nak yang mana satu ni, k.fiezz ooiiii. Tak apa hari Sabtu ni dah ajak mr hubby nak ke drugstore sebab nak top up skincare k.fiezz yang dah habis. Nanti kita menyinggah lah farmasi , tanya pendapat pakar. 

Sebelum ni k.fiezz pernah lah makan vitamin C dari satu jenama terkenal ni tapi k.fiezz dah stop sebab ada terbaca kandungan gula dalam vitamin C brand tu, tinggi. Terus lepas tu stop ambil apa-apa vitamin C. Ni yang baru nak sambung semula pengambilan vitamin C dalam rutin harian. 

Korang ada ambil vitamin C. Kongsi sikit jenama apa korang ambil & share juga kesan yang korang nampak lepas consume vitamin C. 

15 Comments

  1. ok je vit c shaklee
    walau nampak besar senang telan
    alhamdulillah dah masuk botol kedua sis guna produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. kalau serasi, why not just continue je kan..

      Delete
  2. I'd go for shaklee sbb skrg pun dah tukar shaklee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke..akak dh beli yang 2nd choice tu. hehe. nanti dh abis, boleh cuba jugak shaklee vit c ni. ramai suggest.

      Delete
  3. Yang mana yang spark joy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. akak pilih yg senang akak nak makan & tak buat akak fobia untuk telan. haha

      Delete
  4. Kinah masa bersalin aritu memang consume vitamin c shaklee. Luka pun cepat baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke..ramai ckp vit c shaklee ni mmg bagus pun.

      Delete
  5. lkez mmg mkn shaklee... vit c terbaik dan jimat smp 6 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah betul..part jimat tu mmg setuju sgt. wpun masa mula-mula agak byk ongkos nak beli tapi tahan lama.. 1 botol seratus lebih biji. mmg jimat sgt.

      Delete
  6. Sebelum beli vitamin C, mrs pip nak share juga ttg vit C pasal mmg baca thread doktor2 yg mengulas ttg Vit C.
    - vit C 1000mg satu pembaziran kerana badan hanya perlukan sekitar 70mg sehari Vit C, jadi selebihnya akan dikeluarkan dari badan dan ini akan menyebabkan buah pinggang untuk bekerja lebih
    - Buah oren (Orange) mengandungi Vit C sekitar 70mg, dan bvuah jambu batu (Guava) merupakan buah yang paling tinggi vit C iaitu sekitar 240mg (kalau tak silap)
    - Dan makan sebiji oren sehari dah memadai untuk keperluan Vit C kita

    Ni sekadar perkongsian selepas baca thread dekat twitter perbahasan mengenai Vit C.
    End up kita x jadi beli pil Vit C .. sis dilemma antara nak beli dan tak nak beli hari tu. Now hari2 makan epal atau oren je lah, beli kat supermarket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good sharing mrs pip. tue lah dlm dilema nk beli ke tidak vit C haritu. tapi beli juga sebab tgk kat TT ada pharmacist sharing pasal vit C ni. so rumusannya saya dah beli sabtu lepas..hehe

      Delete
  7. Saya amalkan vit c shaklee.. bagus juga utk imun dan kulit

    ReplyDelete
  8. Dua dua pun ika ada rasa nak cuba huuu tapi tgh dok fikir fikir lagi ni. maybe ada rezeki nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  9. Rabia jual vita c plus shaklee berminat tak kak nak beli dgn rabia ?

    ReplyDelete