Kalau korang yang tercari-cari hotel di subang jaya, ada ke hotel kat situ?hah, meh k.fiezz share. Baru ni, idak lah baru sangat. Hehe. Masa awal bulan ni k.fiezz & family staycation kat Geno Hotel di Subang Jaya, Selangor. Ada apa kat sini?Tak ada apa yang menarik sangat, uolls. hehe. Kat sini tak ada tempat yang jadi tarikan pelancong. Rasanya ramai yang menginap kat hotel ni sebab ada urusan kerja sekitar KL/Shah Alam ataupun nak attend kenduri kahwin.  Masa kitaorang ke sini haritu ramai juga orang check in. Rasanya ada majlis perkahwinan & kursus kat Geno Hotel ni. So kalau korang  yang nak cari hotel di Subang Jaya, boleh menginap kat sini. Lokasi Geno Hotel ni kat taman perumahan. Jadi sekeliling hotel kawasan perumahan.

Dah tak ada apa yang menarik, k.fiezz & family buat apa pula kat sini? 

MAKAN-MAKAN KAT RUMAH KAKAK IPAR

K.fiezz & family menginap kat Geno Hotel ni sebab kakak ipar ada buat makan-makan. Rumah kakak ipar betul-betul depan Geno Hotel ni. Kakak ipar ni buat makan-makan dari t/hari - malam, bersambung sampai esoknya, itu yang kitaorang decide menginap  kat Geno Hotel ni. Senang sikit. Tak payah nak ulang alik dari rumah. Duduk kat Geno Hotel ni, bila time makan jalan kaki je seberang jalan dah sampai rumah kakak ipar.

Nak tumpang tidur rumah kakak ipar?Sogan lah uolls.. Weolls ramai. Anak dia pun ramai. Crowded rumah dia. Tak sesuai pula. Kakak ipar pun cadangkan suruh kitaorang booked Geno Hotel ni sebab seberang jalan depan rumah dia je. Mudahkan kitaorang nak datang, tak payah nak bawa kereta. Jalan kaki je,dah sampai rumah. Dari bilik hotel pun, nampak rumah kakak ipar ni sebab bilik yang kitaorang dapat mengadap taman perumahan kakak ipar tinggal.

GENO HOTEL

Jom kita tengok bilik yang kitaorang stay kat Geno Hotel ni.

geno hotel,hotel di subang jaya
Sumber - Mr Google. Lupa nak ambil gambar bahagian depan hotel. hehe.

geno hotel,hotel di subang jaya

Tadaaa...Kemain bilik hotel ada meja ala-ala CEO Megah Holding, uolls..haha..


geno hotel,hotel di subang jaya

Ruang Tamu


geno hotel,hotel di subang jaya

Bilik Air


geno hotel,hotel di subang jaya

Bilik air cantik, wajib lah selfie..hehe.

geno hotel,hotel di subang jaya

Barang-barang dalam almari di bilik air


geno hotel,hotel di subang jaya

Bilik tidur


geno hotel,hotel di subang jaya

Wajib lah ada tv dalam bilik. Baru feeling orang kaya. haha.

JENIS BILIK & RATE BILIK


Mr hubby booked 2 bilik - CEO SUITE WITH BATH TUB & CEO SUITE. Rate bilik CEO Suite (Bath Tub) RM330.00 & CEO Suite RM300.00.. Sekali dengan sarapan pagi untuk 2 orang satu bilik. 


BILIK OKEY KE?


Okey ke bilik dia?Okey sangat uolls. Tengok gambar pun korang dah boleh agak okey ke idak. Memang puas hati sangat. CEO Suit With Bath Tub tu k.fiezz, mr hubby & mak k.fiezz yang duduk. CEO Suite mama, kakak mama & adik-adik mr hubby yang duduk.

Dua-dua bilik sama je design dia cuma bezanya satu ada bath tub & satu lagi tak ada bath tub

Ruang bilik dia memang luas. Macam bilik mama haritu ramai, katil ada 1 je. Jadi yang lain bentang toto kat area ruang tamu. Selimut & bantal tambahan bawa dari rumah. Ada yang pinjam dari rumah kakak ipar. hehe. Aircond sejuk giler sampai mak k.fiezz tutup yang kat area ruang tamu suite kitaorang. hehe. Tutup kat ruang tamu pun still rasa sejuk sebab aircond dari bilik on. 

Bilik k.fiezz, mr hubby & mak memang selesa sebab kitaorang bertiga je.

Bath tub?Wajib lah rasmi mandi dalam bath tub macam orang ada-ada. hehe.

Bilik yang kitaorang dapat mengadap taman perumahan so view tak menarik sangat. Tapi okey je lah sebab bukan nak duduk dalam bilik je.

Overall untuk k.fiezz Geno Hotel ni selesa untuk stay sebab bilik dia luas. Lengkap segala fasiliti dalam bilik. Ada aircond, air panas, tuala, sabun mandi, shower gel, syampu, iron, iron board, mini fridge, electric kettle, set kopi/teh/gula. Untuk orang berbisnes atau yang datang sini atas urusan kerja. Ada meja kerja kat ruang tamu (rujuk gambar) jadi boleh lah buat kerja dengan selesa.  

Walaupun sini tak ada tempat menarik tapi boleh je nak menginap kat sini kalau kebetulan korang ada urusan kerja/bisnes sekitar KL/Shah Alam. Nak cari hotel di Subang Jaya ni macam susah,kan. So ni salah satu hotel di Subang Jaya yang korang boleh menginap kalau datang ke Subang/Shah Alam/KL. 

KEMUDAHAN HOTEL & SEKITAR


Tempat makan selain dalam hotel, kena keluar dari sini sebab tak ada yang jarak walking distance

Parking disediakan untuk tetamu hotel & percuma.  

Kolam renang - ada tapi kitaorang tak ada mandi manda kat pool. sebab busy ulang alik ke rumah kakak ipar, ada aktiviti makan-makan. hehe..


AGAK-AGAK BERAPA RATING GENO HOTEL NI?


Rating - k.fiezz bagi 4**** dari segi keselesaan & kelengkapan bilik. Cuma untuk menu sarapan pagi kat sini, beshe-beshe je. Tak banyak pilihan sangat. Tapi okey lah untuk lapik perut di waktu pagi. Yang penting kenyang..hehe

LOKASI HOTEL

Alamat Hotel : Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor

Telefon : 03-5033 6666

Korang Bercuti ke Mana tu?hehe. Meh lah share..

3 Comments

  1. Cntiknya bilik dia..5 star ke ni fieza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure, cik nor..mungkin 4 atau 5 bintang...

      Delete
  2. wow..cantik giler bilik dia...murah tu RM330...

    ReplyDelete