Minggu lepas k.fiezz restock beli satu susu ni. Memang rutin setiap bulan k.fiezz akan restock susu yang sama. K.fiezz daftar jadi dropship kat website yang jual susu ni tapi k.fiezz tak jual, beli untuk kegunaan sendiri. Jadi dropship ni kelebihan dia, dapat harga murah sikit dari beli pada agen-agen berdaftar. Lagi satu kelebihan jadi dropship ni setiap kali buat pembelian melalui website, k.fiezz boleh check status bila parcel post dan nombor tracking. Dah dapat no tracking dari sini k.fiezz akan pantau parcel dah sampai mana?

Sebabkan memang setiap bulan beli susu ni, k.fiezz dah boleh agak dalam masa 1-2 hari susu akan sampai kat rumah. Memang tak ada masalah lah senang cerita. Baru-baru ni k.fiezz restock susu yang sama ni seperti biasa. Cuma tetiba ada masalah di pihak kurier. K.fiezz buat bayaran 21hb Dec.2021, esok baru courier pick up dari seller. K.fiezz assume 23 Disember 2021 susu sampai kat k.fiezz. Sekali tengok dalam sistem parcel on hold for investigation. Terkejut kejap baca. Dah kenapa parcel on hold pula ni. Aiyakkk..Dalam parcel tu susu je. Tiap-tiap bulan memang beli susu ni. Tak pernah pula ada masalah. Hat ni pula tetiba kena tahan untuk siasatan!!


kenapa parcel on hold

Korang nak siasat apa tu?Susu je dalam tu..


kenapa parcel on hold

24hb Disember 2021, susu selamat sampai kat rumah. Balik kerja, k.fiezz check plastik kurier. Kalau dorang dah buka, confirm dah ganti plastik baru. Jadi masa sampai je, k.fiezz check plastik kurier. Memang elok tak ada kesan dibuka. Rasanya mesti dah ganti plastik baru kalau dah buka..


kenapa parcel on hold

Tengok dalam, elok juga berbungkus dengan bubble wrap.  Tak ada sebarang kesan nampak macam dah kena buka.


kenapa parcel on hold

Tengok kotak ada kemek sikit tapi isi dalam elokkk...Susu ni dalam bentuk sachet. Semua sachet elok & cukup kuantiti. 

MUNGKIN TERSALAH SCAN 


So kenapa parcel on hold dengan pihak kurier haritu?K.fiezz rasa lah, diaorang tersalah scan detail. Tengok pada keadaan kotak susu masa terima, tak ada sebarang kesan macam di buka. Elok. Isi dalam pun cukup. Jadi assuming tersalah scan rasanya. 

Legaaa bila susu dah sampai kat tangan. Sebab k.fiezz duk risau kena tahan berhari-hari, udah kena keluar bajet lebih beli susu ni lagi. Kalau kata kena tahan yang ni kat kurier haritu, memang k.fiezz beli terus dari agen yang boleh COD lah jawabnya. Fobia nak beli guna pos buat sementara. 

Nasib baik sehari je kena tahan kat kurier, esoknya parcel susu ni dah dibawa keluar untuk penghantaran. Alhamdulillah...

Cuak kejap sis masa tengok status kena siasat tu. Tetiba rasa macam beli barang haram pula. haha. 

Susu apa ni?Nak tahu ke?Nanti lah k.fiezz cerita. Tapi yang mana tengok nama susu tu, tahu rasanya susu untuk apa? hehe. K.fiezz memang tengah amalkan minum susu ni sekarang. Sebab... stay tuned... hehe...

SUSU LOVER....hehe

3 Comments

  1. pening jugak kalau barang put on hold...

    ReplyDelete
  2. kdg2 memang geram jika parcel yg kita nantikan terperap dlm sorting center lama2.

    ReplyDelete
  3. Cik Nor pun surat berdaftar silap hantar no.tracking..nak tanya siapa pun tak tahu la..huhu

    ReplyDelete