Ni makeup remover cream pilihan k.fiezz untuk guna di pejabat. Selalunya k.fiezz guna cleansing balm tapi hat ni lagi best sebab sekali dengan pencuci muka. Dia berfungsi tanggalkan mekap sekali dengan mencuci muka. So lagi praktikal guna ni kat pejabat, jimat masa. Selain untuk guna di pejabat, makeup remover cream ni sesuai nak bawa bila balik kampung dan cuti-cuti. So cleansing balm k.fiezz tak guna ke?Eh..tak lah. guna je cleansing balm tapi k.fiezz guna kat rumah. Makeup remover cream ni guna kat pejabat.

K.fiezz terjebak dengan makeup remover cream ni pun berpunca dari kedai kegemaran k.fiezz kat Shopee (link kedai kat bawah). Hasil dari melayan live kat shopee lah senang cerita. hehe. Ternampak kedai ni duk promote makeup remover cream ni masa dalam live. Berkenan pula k.fiezz nak cuba sebab tengokkan saiz dia kecil comel. Senang nak bawa ke mana-mana. 

MAKEUP REMOVER CREAM


Masa seller up makeup remover cream ni, k.fiezz dah berkenan nak beli sebab tengok saiz dia comel & senang nak angkut dalam makeup bag. Tak makan ruang yang banyak. Makeup remover ni ada 3 jenis untuk kulit berminyak, kering & sensitif. Warna hijau (avocado) untuk kulit sensitif. Warna kuning (grapefruit) untuk kulit berminyak & warna pink (peach) untuk kulit kering. Masa mula-mula beli makeup remover cream ni k.fiezz tak tahu setiap warna untuk jenis kulit berbeza. K.fiezz main beli je yang hijau (avocado). Lepas tu bila tengok lagi kedai ni buat live & seller promote makeup remover cream ni, baru tahu dia berbeza ikut jenis kulit. haha. Dah tahu tu baru k.fiezz beli ikut jenis kulit k.fiezz iaitu berminyak. Muka k.fiezz kulit kombinasi tapi lebih kepada berminyak. Jadi k.fiezz pilih makeup remover cream ni yang warna kuning untuk kulit berminyak. Masa mula-mula k.fiezz beli yang warna hijau untuk kulit sensitif. Mana nak tahu setiap warna untuk lain-lain jenis kulit. Ingat sama je semua. hehe. 

Saiz makeup remover cream ni 30ML & boleh guna anggaran 2-3 minggu (bergantung pada kekerapan penggunaan). Macam k.fiezz guna untuk di pejabat, pakai sekali sehari masa nak cuci mekap untuk solat, so ni baru habis 1 pek (30ml) [anggaran guna hampir 2 minggu]. Kalau nak lebih jimat, picit sikit je. Kakak fiezz ni sejenis tamak. Tiap kali picit, banyak. haha. Tapi okey lah walaupun suka picit banyak, tahan 2-3 minggu. hehe

FUNGSI MAKEUP REMOVER CREAM 

Warna Hijau (Avokado) - Untuk kulit sensitif (menenangkan)
Warna Kuning (Grapefruit) - Untuk kulit berminyak 
Warna Pink (Peach) - Untuk kulit kering (melembapkan)

makeup remover cream, makeup remover

APA YANG BEST MAKEUP REMOVER CREAM NI?


K.fiezz suka sebab saiz dia kecil, kiut senang nak bawa ke mana-mana. Lepas tu guna makeup remover cream ni tak payah cuci muka dengan pencuci lagi sebab dah sekali. Pakej 2 dalam 1. Tanggalkan mekap & mencuci muka sekali. Walaupun nama dia ada krim kat belakang tu tapi tekstur dia cair & senang nak cuci mekap kat muka. Tak payah nak sental beria sangat sebab senang je mekap keluar kecuali bahagian mata (kalau pakai eyeliner), kena tenyeh lebih sikit. Bahagian eyeliner, k.fiezz tonyoh lepas dah gosok kat bahagian muka yang lain sebab makeup remover cream ni pedih. haha. Jadi masa nak bilas dengan air, baru k.fiezz gosok kat mata untuk keluarkan eyeliner

Macam k.fiezz beritahu kat atas ni, masa mula-mula k.fiezz main beli je makeup remover cream ni tak ikut jenis kulit. K.fiezz beli warna hijau untuk kulit sensitif, so far k.fiezz guna okey je tak ada efek tak best kat muka. 

Cara Guna - Picit sikit makeup remover cream ni atas tapak tangan & calit pada muka. Dah calit tu, ratakan sambil gosok pada keseluruhan muka sampai nampak mekap dah tanggal. Lepas tu bilas sahaja dengan air.  Dah siap. Jangan risau lepas bilas dengan air, tak ada rasa muka berminyak pun. Rasa kulit lagi lembut dan lembap, ada. Sis loike

Overall k.fiezz bagi 5* makeup remover cream ni sebab saiz dia yang senang nak bawa ke mana-mana & fungsi dia yang senang nak tanggalkan mekap. Pakej dia mencuci sekali muka. Jadi tak payah nak beli pencuci muka extra letak kat pejabat. Dasar kedekut. haha. Idak lah kedekut tapi udah makeup cream remover ni boleh mencuci muka sekali. Jimat di situ. hehe. 

Harga Biasa - RM6
Harga Promo - RM3 

Nak dapat harga promo kena tengok dalam live kedai ni. Biasanya diaorang buat promo beberapa hari sebelum gaji. Ada juga kadang tu bukan time gaji pun dorang buat PROMO. Senang cerita, follow kedai ni nanti tengok sendiri bila diaorang buat live. Kedai ni buat live hari-hari. Untuk skincare & cosmetic, biasanya live petang. Follow kedai ni, nanti korang tengok sendiri live diaorang. K.fiezz paling suka tengok diaorang live jual skincare & cosmetic. Detail staff dia bagi penerangan pasal produk & bahan-bahan yang digunakan. Tu yang k.fiezz ralit melayan live kedai ni hari-hari. hehe. 

Kalau korang malas nak layan live, beli terus dari kedai pun boleh je. Klik link bawah.. 

Nak Beli > Makeup Remover Cream < klik link ni

16 Comments

  1. make up remover ni penting untuk wanita yang suka bermekap. kalau ada remover, nak wudhu pun yakin

    ReplyDelete
  2. wah..mudah dibawa kemana-mana ni..:)

    ReplyDelete
  3. Menarik! Harga mampu milik pulak tu!

    ReplyDelete
  4. Eh murahnyaaa.. OM nk try jugalah nnti

    ReplyDelete
  5. Penjagaan muka dgn alat solek yg sesuai amat penting kpd wanita.

    ReplyDelete
  6. suka la cmni.. sng nk bawa travel. hrga pun murah aje.. boleh la nanti nk usha2.. spare tuk gi travel

    ReplyDelete
  7. Comel je saiz dia sesuai sangat dengan handbag mak-mak :)

    ReplyDelete
  8. Nampak memarik dan best je make up remover ni kak. Kalo fungsi 2 in 2 lagi la saya suka sebab mudah dan jimat masa nak cuci muka. takpening kepala banyak sangat step kena buat

    ReplyDelete
  9. ala.. salenya dah habis eh.. menarik tu.. kita pun jenis malas nak cari yang banyak2 jenis.. pilih satu je senang..

    ReplyDelete
  10. First time tahu ada makeup remover bentuk macam ni

    ReplyDelete
  11. rajin yea kak fiezz layan live shopee... tapi ok la kan dapatlah tahu psal produk2 nii..

    ReplyDelete
  12. Senang nak pakai makeup remover macam nih... nak bawak g travel pun mudah ada saiz comel , herga promo tu kena grap lelaju

    ReplyDelete
  13. Terasa kuat racun shopee tu... 😂

    ReplyDelete
  14. Ala comelnya fiezz...boleh bawak travel ni. Tak renyah

    ReplyDelete
  15. Senanglah 2 in 1. Mesti bersih betul cuci.

    ReplyDelete