Alhamdulillah loan LPPSA dah lulus..Lupa nak up story kat sini pasal pembelian rumah Laman Seri Harmoni bawah PPAM yang k.fiezz beli. Ada cerita kat sini < Tawaran Beli Rumah PPAM >. Dalam entry atas ni, k.fiezz ada cerita pasal proses pinjaman perumahan LPPSA. K.fiezz beli rumah ni guna loan LPPSA sebab k.fiezz belum guna lagi pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Rumah di Semenyih, k.fiezz & mr hubby combined loan dari bank. Jadi loan LPPSA untuk beli rumah LSH ni pertama kali k.fiezz cuba mohon.

Keistimewaan penjawat awam ada pinjaman perumahan. hehe. Dah ada tu, kita guna lah kan. Dapat tak dapat yang penting cuba mohon. 

Kalau mohon 50-50 samaada lulus atau tidak tapi kalau tak mohon, memang sah-sah lah tak lulus sebab mohon pun idak.


LPPSA Lulus


K.fiezz mohon pinjaman LPPSA ni bulan Mei 2021. Alhamdulillah bulan Jun 2021, dapat jawapan. Permohonan berjaya & pinjaman 100%. Legaa..Risau juga takut tak lepas 100%.  Stresss pula. Jenuh nak cari duit untuk top up pula weii. Mana nak cari...

Alhamdulillah berjaya lulus 100%. Nanti setiap bulan potong lah gaji RM1k plus untuk bayaran bulanan. Haha. Hadap je lah kan. Aset. Tak rugi pun, untuk kesenangan diri sendiri & keluarga duduk di rumah yang lebih selesa. Eh rumah sekarang kat PPR tak selesa ke?Halah, idak lah cakap rumah PPR tak selesa pula. Cuma rumah PPR, faham-faham je lah condition dia macamana. Belum lagi keadaan lif dia, kadang scary nak naik sebab bunyi dia mak aihhhh 'seremmm'. haha. Belum lagi kadang tu lif rosak semedang. Adeh. 

So beli rumah jenis kondo macamni, pengurusan tu okey lah sikit kan bila ada masalah macam kerosakan lif atau lain-lain. Lagipun k.fiezz & mr hubby saja tambah aset rumah. Nampak duit gaji tu ke mana. Betul tak?Lagi pun rasa kepuasan bila dapat beli aset macam rumah & kita duduk kat rumah yang memenuhi piawaian kita. Contoh macam mr hubby, nak parking lot yang dah sedia ada untuk setiap unit rumah.  Tak payah nak kena berebut macam parking kat PPR sekarang ni. Untuk k.fiezz pula, sis nak deko-deko rumah macam tengok dalam pinterest & Google. Nak deko rumah macam orang ada-ada gitu...hehe..Baru lah curlass. Haha..


laman seri harmoni, beli rumah guna loan lppsa, loan lppsa untuk beli rumah

Surat kelulusan dari LPPSA. Alhamdulillah. Lepas terima surat ni, kena reply dalam masa 30 hari sekiranya bersetuju dengan jumlah yang ditawarkan. Kalau lupa nak jawab atau excited sangat sampai lupa nak reply, kelulusan terbatal.. 


LOAN DAH LEPAS


Dah lulus LPPSA ni legaaa. Tunggu saja lah proses pembinaan rumah yang masih lagi berjalan. Dijangka siap tahun 2024.

Mr hubby dah siap joint group Whatsapp rumah baru kitaorang ni. Excited tau. haha. Setakat yang update dalam group whatsapp, rumah PPAM belum naik tinggi berbanding 2 lagi rumah yang bersebelahan dengan rumah kitaorang (projek PPAM). Sebelah-sebelah dengan rumah kitaorang, ada rumah bawah RUMAWIP & kondominium mewah. Jadi kat situ nanti ada 3 jenis kondo/pangsapuri.

Bestnya kat sini, setiap fasiliti macam kolam renang, gim tak bercampur. Masing-masing punya fasiliti. Yeayyy..

Bahagian depan dekat area jalan nak masuk ke kondo/pangsapuri kitaorang ni, nak buka starbucks dengarnya. Yeayyy.. Dah duduk kat situ nanti, sis layan starbucks hari-hari. haha..

Coming Soon Starbucks Lover..Haha...

4 Comments