Alhamdulillah..Plan terbaru K.fiezz & mr hubby, kitaorang dalam proses pembelian rumah di area KL iaitu Laman Seri Harmoni. Rumah ni k.fiezz dapat offer melalui permohonan di (https://www.ppam.gov.my/) [Perumahan Penjawat Awam Malaysia]. Sebabkan kita ni bukanlah kategori orang ada-ada yang mampu nak beli rumah cash. Haha. Sebagai penjawat awam yang ada keistimewaan untuk pinjaman perumahan, moh lah kita guna loan LPPSA untuk beli rumah. 

Memandangkan faktor umur yang makin meningkat, mr hubby bagi cadangan pada k.fiezz guna loan LPPSA untuk beli rumah. Sebab makin meningkat umur, makin tinggi insurans. Rumah yang sebelum ni di Semenyih, k.fiezz combine loan bank dengan mr hubby. So rumah LSH ni k.fiezz guna loan LPPSA. 

Sebenarnya tak lama lepas mohon rumah ni, mr hubby check  dalam sistem PPAM yang k.fiezz tak berjaya untuk beli rumah ni. Masa tengok jawapan tu, k.fiezz #redha je. Tak berharap pun. Kalau ada rezeki, ada lah. Tak ada, nak buat macamana. Cuma mr hubby frust sikit. Dia memang nak rumah jenis macam kondo ni benornya. 


KALAU DAH REZEKI


Tapi dalam bulan April 2021, tetiba terima e-mail dari PPAM yang beritahu k.fiezz berjaya untuk pembelian rumah LSH  ni. Siap dengan surat tawaran sekali. Eh..confuse pula. Haritu tak dapat. Tup tup ni dapat. Dah ada surat tawaran ni, kira berjaya lah maksudnya ni. Alhamdulillah..Rezeki rezeki. Mr hubby suka lah sebab dia memang aim rumah jenis kondo ni sebab dapat parking satu. Maklumlah rumah sekarang yang kitaorang tinggal, rumah PPR jenis parking terbuka. Siapa cepat dia dapat. hehe. Kena berebut lah ceritanya. Itu yang mr hubby tak berapa suka nak keluar terutama waktu malam sebab bila balik rumah nak mencari parking kosong, jenuh. Berbalik pada cerita rumah LSH ni, dah dapat surat tawaran. Langkah berikutnya k.fiezz kena call agen pemaju rumah untuk set appointment booking unit rumah yang kita nak. 

PILIH TINGKAT YANG RENDAH


Lepas dah set appointment, bulan puasa haritu k.fiezz, mr hubby & mak abah ke pejabat pemaju. Sebelum sesi pemilihan unit rumah yang kitaorang nak, agen explain serba ringkas berkaitan rumah ni. Dari penjelasan agen tu, kat area yang sama LSH ni akan ada 3 blok. Satu blok bawah PPAM. Satu blok bawah RUMAWIP & satu blok lagi jenis kondominium. Antara 3 blok ni, yang bawah PPAM ni keluasan rumah dia besar berbanding lagi dua tu. K. fiezz punya ni bawah PPAM. Memang murah lah dengan harga RM298,000 & berkeluasan 1000 kaki persegi. Lokasi pula di tengah KL. Bukan senang nak dapat weiiii. 

Blok-blok di LSH ni berasingan fasiliti macam kolam renang, gimnasium, taman mainan & lain-lain. Setiap fasiliti untuk blok-blok ni tak bersambung antara satu sama lain. Privacy untuk setiap penghuni blok sebab tak bercampur.  

Lepas agen dah explain serba sikit berkaitan rumah ni, baru lah agen tunjuk unit rumah yang mana masih kosong. Masa kitaorang pergi tengok ni, banyak rumah dah booked. Tingkat rendah & atas banyak dah fully booked.  View untuk blok rumah PPAM ni ada 2. Satu yang mengadap kehijauan (nampak bukit kat Batu Caves). Satu lagi mengadap blok sebelah & bahagian bawah nampak kolam renang. K.fiezz cakap kat agen, nak tingkat rendah sebab gayat. Cari punya cari mula-mula dapat tingkat belas-belas. Tak berapa nak gemor ikut kan tapi dah itu yang ada. Tapi nasib baik lah agen yang layan kitaorang ni tahu ada 1 unit tingkat 8 kosong sebab buyer tak jadi beli. Nak tingkat rendah punya pasal k.fiezz dapat yang mengadap blok sebelah & nampak kolam renang kat bawah. Orang lain nak ngadap bukit-bukit. Terpulanglah kan. Mungkin orang pilih yang view nampak hijau ni sebab bila buka pintu, sejuk mata memandang. Tapi k.fiezz tetap pilih tingkat rendah.  K.fiezz memang tak mau tingkat tinggi-tinggi sebab nak sidai kain, gayat lah weiii tengok bawah dah macam semut. Nasib baik  k.fiezz & mr hubby dapat booked tingkat 8. Parking untuk unit kitaorang kat tingkat 5. Naik lif, 3 tingkat je lah. hehe


laman seri harmoni, beli rumah guna loan lppsa, loan lppsa untuk beli rumah

Rumah ni berharga RM298,000.00 (1000 kaki persegi). Dijangka siap 2024.
Ni lah bakal rumah kitaorang. Apapun yang penting harap loan LPPSA lulus 100%..


laman seri harmoni, beli rumah guna loan lppsa, loan lppsa untuk beli rumah

SIGN AGREEMENT S&P

Langkah berikutnya sesi signing S&P rumah di syarikat peguam. Banyak kali staff law firm ni call suruh datang untuk sign benornya. Tapi k.fiezz & mr hubby terpaksa lengahkan sebab nak setelkan dulu 2 loan dalam payslip k.fiezz. Ada lagi loan lain dalam payslip tapi yang 2 ni tak banyak sangat nilai, boleh lah usaha untuk settle kan loan.  Kalau tak setelkan, takut loan LPPSA tak lepas sebab tak mencapai kiraan diaorang untuk luluskan.  

Lepas dah bayar 2 loan dalam payslip k.fiezz, baru lah berani kitaorang ke law firm ni untuk sesi sign agreement S&P. 

Note - Kalau dah sign S&P ni dan loan LPPSA tak lulus atau lulus tak 100%. Maksudnya kena tambah RM dan kitaorang tak boleh nak top up guna duit sendiri, jadi kena lah tolak rumah ni. So kena bayar balik pada law firm RM600. 

laman seri harmoni, beli rumah guna loan lppsa, loan lppsa untuk beli rumah

Ni lah syarikat guaman kitaorang. Kos percuma sebab k.fiezz guna loan kerajaan iaitu LPPSA tapi kalau terjadi situasi macam kat atas ni, kitaorang kena bayar semula RM600. 


laman seri harmoni, beli rumah guna loan lppsa, loan lppsa untuk beli rumah

Surat permohonan untuk pembiayaan perumahan sektor awam.  Baru hantar pada runner semalam. Harap-harap lepas lah 100% & tak perlu nak tambah RM. huhu. 

Seriau juga ni takut kena tambah RM. Sebab nak selesaikan 2 loan yang dalam payslip k.fiezz tu pun, jenuh mengorek & terpaksa pinjam dengan mama (mak mertua) sikit. huhu. Sebenarnya k.fiezz & mr hubby dalam proses untuk jual rumah kitaorang di Semenyih tu tapi loan pembeli masih pending di Bank. Haritu k.fiezz follow up dengan agen kitaorang, ada satu bank dah tolak. Satu lagi bank macam problem dengornya. halahhhh..Memang dah aim dapat duit hasil jualan rumah Semenyih ni lah nak bayar duit mama nanti. Harap-harap proses penjualan rumah kitaorang di Semenyih tu berjalan lancar & dipermudahkan. Aamiin..

Dan harap juga loan LPPSA k.fiezz ni lepas 100%. Aamiin. 

12 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan kak fiezz dan keluarga :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya kak. Semoga dipermudahkan semuanya yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kaseh cik tie..moga loan lulus 100%

      Delete
  3. Mudah mudahan berjalan dgn lancar :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kak fiezz... sy pun mcm tu jugak last yr br proceed guna loan LPPSA.. rumah skrg ni jv dgn husb utk loan bank... nnt samalah kita pindah masuk umh baru ye.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah rumah baru la nanti hehehe

    ReplyDelete
  6. tengah google2 terjumpa bakal jiran.. hy kak.. nanti join fb PPAM Laman Seri Harmoni Residence ye.. Join jugak group whatapps.. Boleh berkenalan dgn jiran2 lain.. hihi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi info. Tengah survey rumah PPAM.

    ReplyDelete