Nak cari produk kecantikan yang berjenama, berkualiti & paling penting harga berpatutan, ingat THREEBS Malaysia. Murah sangat ke kat sini, k.fiezz? Secara peribadi, kfiezz dah tengok sendiri & bandingkan harga. Kat sini produk kecantikan lebih murah dari tempat lain yang ada jual jenama-jenama sama. Antara produk kecantikan berjenama yang boleh cari di sini - The Ordinary, Innisfree, CeraVe, The Inkey List, LANEIGE, Some By Mi, COSRX, Pixi. Ini antara jenama yang paling panas panas atau orang putih cakap HOT!! kat Threebs Malaysia. Selain dari jenama ni, ada jenama-jenama lain seperti Supergroop!, A LA CARTE, Banana Boat, Cosmoderm, Eucerin, KraveBeauty, La Roche-Posay, Olay, Paula's Choice, Sebamed, Simple & St.Ives dan banyak lagi jenama-jenama produk kecantikan yang lain. Korang boleh check it out sendiri kat website Threebs (klik link di atas). 

THE INKEY LIST


Dah kata harga murah, wajib lah beli produk kecantikan dari Threebs Malaysia ni, kan. K.fiezz memang tengah mencari produk kecantikan yang boleh bantu kurangkan parut jerawat & jeragat kat muka k.fiezz ni. Bila jumpa website kecantikan Threebs ni memang cun sangat sebab senang nak buat perbandingan produk mana yang boleh bantu masalah k.fiezz untuk kurangkan parut jerawat & jeragat.

Rambang mata tengok kat Threebs ni, tau. Selepas rambang mata buat pilihan di Threebs Malaysia, k.fiezz pilih jenama the inkey list sebab selalu nampak iklan jenama the inkey list lalu lalang kat iklan blog k.fiezz & juga di facebook k.fiezz. Dah asyik lalu lalang je depan mata, berkenan pula nak cuba. Tapi sebab utama haruslah fungsi dia juga yang boleh bantu kurangkan parut jerawat, kurangkan jeragat. Bukan sebarangan nak cuba. Jadi dua produk pilihan dari jenama the inkey list ni adalah :-


Korang nak tengok apa lagi barang yang ada bawah label The Inkey List ni, boleh klik > The Inkey List Collection >

THE INKEY LIST MULTI BIOTIC MOISTURIZER 


Apa fungsi the inkey list multi biotic moisturizer ni? Dah kalau ada perkataan moisturizer tu mesti lah fungsi dia sebagai pelembap muka. Meh tengok pula apa kandungan utama yang ada dalam the inkey list multi biotic moisturizer ni yang boleh bantu masalah kulit k.fiezz. 

Antara kandungan utama dalam ni adalah Squalane yang berasal dari tumbuhan.  Pelembap muka ni kaya dengan bakteria baik (dikenali juga sebagai Probiotik).Gabungan pra-biotik & pasca-biotik bantu  seimbangkan tahap pH semula jadi kulit kita & jadikkan kulit lebih sihat serta berseri (glowing). Mengatasi masalah kerengsaan & pengeluaran sebum yang berlebihan disebabkan pH yang tak seimbang. Kandungan 2% Brightenyl, bantu cerahkan kulit muka yang tak sekata sambil menghidratkan lagi kulit muka kita. 2% Brightenyl membantu menyamaratakan tona kulit & 5% yogurtene membantu seimbangkan bakteria dalam kulit & mengurangkan masalah breakout. Muka kita kena sentiasa terhidrat tau. Jadi memang wajib pakai moisturizer setiap hari. 

Cara Guna The Inkey List Multi Biotic Moisturizer ni - Pagi & malam. Selepas bersihkan muka, ambil sikit (kuantiti - saiz kacang pea) & sapu secara rata di kawasan muka hingga leher. Bagi yang tak tahu nak pakai Multi Biotic Moisturizer ni dalam langkah ke berapa rutin penjagaan kulit?  Guna moisturizer selepas serum.

Sesuai - untuk yang ada masalah kulit berminyak & ada jeragat.

Cleanser - Toner - Serum - Moisturizer - Eye Cream - Sunscreen 


the inkey list

The Inkey Alpha Arbutin Serum

Nak guna serum, kita kena tahu kenapa kita guna serum?Apa masalah kat muka yang kita cuba atasi?Muka jerawat?Parut jerawat?Jeragat?Hah, jangan main pakai saja tau. Macam k.fiezz, kat atas ni k.fiezz dah beritahu masalah k.fiezz nak kurangkan parut jerawat jeragat di muka nijadi k.fiezz cari serum untuk membantu kurangkan parut jerawat & jeragat. K.fiezz pilih the inkey alpha arbutin serum yang mengandungi alpha arbutin & hyaluronik asid yang khusus untuk kurangkan parut jerawat (bintik-bintik hitam) & jeragat.

Kandungan dalam the inkey alpha arbutin serum yang mengandungi Alpha Arbutin ni dapat kurangkan masalah bintik-bintik hitam (parut jerawat) & jeragat. Dengan kandungan 2% lebih tinggi berbanding standard & dengan tambahan Hyaluronic Asid dapat meningkatkan fungsinya. Alpha Arbutin ni lebih kuat kesan dari Arbutin atau Beta Arbutin. Fungsi Alpha arbutin memang khusus untuk atasi masalah parut jerawat & jeragat pada muka. 

Cara Guna - Pagi & Malam. Selepas bersihkan muka, sapu sikit (kuantiti - saiz kacang pea) pada muka & sekitar leher. 

Cleanser - Toner - Serum - Moisturizer - Eye Cream - Sunscreen 

the inkey list



Tak sabar nak cuba dua produk the inkey list ni. Moga boleh kurangkan parut jerawat & jeragat yang bertepek kat muka k.fiezz ni. Walaupun sis dah berusia tapi sis jaga kecantikan tau. Kalau tak jaga, idak lah gigih tepek macam-macam kat muka pagi petang siang malam. haha. Nak cantik punya pasal.

MACAM-MACAM PRODUK KECANTIKAN DI THREEBS MALAYSIA

Mesti korang tertanya, k.fiezz ni dari tadi lah asyik sebut Threebs Malaysia ni. Apa yea ada kat Threebs ni? K.fiezz boleh cakap  kat sini 1 stop centre untuk semua produk kecantikan yang ada di Malaysia ni. Korang boleh cuba check it out sendiri. Memang rambang mata masuk kat website kecantikan ni (Threebs Malaysia). Bermacam jenis jenama produk kecantikan boleh dibeli dari sini dengan harga yang berpatutan & mampu dibayar ikut poket kita rakyat marhaen ni. 

Penghantaran pun pantas guna J&T. Part ni k.fiezz paling suka. Biasalah perempuan kan. Bila dah beli barang kecantikan, memang excited lebih nak guna. Tambah kalau baru first time nak cuba produk tu. Excited lebih!!haha

So Lepas ni Ingat Cantik Ingat Threebs Malaysia... 

Nak tahu lebih lanjut ada apa kat threebs, klik link di bawah -  

Facebook : threebs.co
Instagram : threebs.co

3 Comments

  1. Cepatlah berakhir musim pakai mask ni...jerawat tak surut2 dr tahun lepas gara2 mask ni. Nak pakai mask kain macam x yakin sgt

    ReplyDelete
  2. Belum pernah dengar jenama ni , tapi bagus juga hanya satu produk dpt atasi masalah jerawat dan jeragat

    ReplyDelete
  3. rasa tertarik tgk seru tu. muka mama penuh jeragat boleh try la nanti

    ReplyDelete