Lama tak share movie dari Netflix yang k.fiezz layan bila cuti Sabtu Ahad. Sebab biasanya hari minggu k.fiezz & mr hubby bukan jenis jalan-jalan. Well k.fiezz suka tapi mr hubby nope. haha. So sis is #redha & #pasrah. Jadi duk kat rumah tak ada buat apa, jom lah layan apa-apa cerita yang best di Netflix. Terbaru k.fiezz tengok cerita Only Mine

Sinopsis Only Mine

Only Mine

Hubungan cinta antara seorang pelajar (Julie) & seorang polis (David) yang bertukar jadi mimpi ngeri untuk Julie sebab David rupanya seorang yang suka mengawal segala gerak geri Julie & memberi ancaman. Julie yang mula perasan perangai David, cuba untuk putuskan hubungan diaorang tetapi David tak boleh terima. 

Ibu Julie cuba buat aduan kepada ketua polis iaitu bos David tetapi menyebelahi David. Bila David tahu Julie buat aduan pasal dia. David mula buat cerita pasal Julie kononnya kaki alkohol & macam-macam cerita pasal Julie di pekan kecil tempat diaorang tinggal tu. Dia juga hack e-mail Julie & membatalkan permohonan kolej Julie. 

Cerita ni diinspirasi dari kisah benar tahun 1995.

Best Tak?

Mula-mula masa nak dapat jalan cerita dia, agak slow sikit. Tapi bila dah masuk part si David psiko ni ganggu Julie baru best layan. Cerita ni ada diselitkan juga sesi temubual dengan ibu, kawan-kawan Julie, Ketua Polis & Polis penyiasat dari luar. 

K.fiezz masa layan cerita ni, geram tengok perangai psiko si David ni & bos dia yang backup dia sangat tu. Padan muka masa **** (tengok lah sendiri kat part ending). hehe. 

David ni bijak. Sebelum tersebar cerita pasal dia, dia mula buat cerita kat pekan diaorang tinggal tu pasal Julie ni sampai orang kat situ pun terpengaruh dengan David. First of all k.fiezz nak cakap padan muka juga kat si Julie ni. Dia yang gatal menggoda si David ni sebab handsome, badan sasa. Wow gitu kononnya. Sekali dapat tau si David ni suka control, posesif & suka mengancam baru gelabah. 

Julie cuba jumpa dengan bekas kekasih David iaitu Alicia sebab nak tahu perangai David ni macamana?Tapi Alicia tak nak tolong. Terus tutup pintu lepas Julie sebut nama David. Walaupun Alicia memang dah dapatkan arahan dari Mahkamah yang tak bagi David dekat dengan dia tapi dia masih fobia dengan David, takut David masih stalk dia.

Dalam perjalanan Julie balik ke rumah, David ikut dari belakang & culik dia. 

David bawa Julie ke satu tempat ni. Masa kat situ. Julie larikan diri. Dia berjaya larikan diri tapi David pun berjaya tembak Julie di kaki & kepala. 

Lepas tu David blah gitu je dari tempat tu & tinggalkan Julie kat situ. Dia buat macam tak ada apa-apa berlaku. Bila mak Julie buat laporan polis sebab Julie tak balik rumah. Pihak polis jumpa kereta Julie tapi dah hancur & ada bau alkohol dalam kereta. Kerja si David sebenarnya tu. 

Ketua polis, bos si David tu macam acuh tak acuh je dengan laporan dari mak Julie. Tapi bila ada polis penyiasat dari luar diarahkan untuk buat siasatan, baru ada perkembangan. Polis tu buat siasatan & dia syak David sebab dari hasil siasatan dan dia dapat tahu David ada hubungan dengan Julie. Jadi dia tak boleh nak ketepikan sebarang kemungkinan.

Berjaya ke tidak polis tangkap David?Julie pula survive ke idak?Haha, tengok lah sendiri.

Cerita ni diambil inspirasi dari kisah benar dan untuk semua wanita yang menjadi mangsa penderaan pasangan. Walaupun only mine ni inspirasi dari kisah benar tapi bukan 100% jalan cerita dia seperti asal. Ada penambahan/pertukaran jalan cerita sebab k.fiezz ada terbaca di Mr Google, jalan cerita dia berbeza sikit dari yang asal. 

Rating - 3/5

Adengan 18sx - Adegan ringan yang tak keterlaluan sangat sampai ke tahap yang lagi satu. 

Selamat Menonton!!!

2 Comments

  1. stress kalau tengok yang psyco2 ni hahaha

    ReplyDelete
  2. ada adegan 18sx sikit ye hikhik.. ee takut la bf psiko

    ReplyDelete