Portable Spray Sanitizer dapat free!! Hehe. Macam tahu-tahu je nak beli. Sekali dapat free. Jimat duit. haha. Baru-baru ni ada Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajikan KKR diadakan secara online. K.fiezz tak joint sebab malas. haha. Tak suka lah joint meeting online ni. Rasa kekok. haha. Tapi memandangkan kita sekarang masih lagi berhadapan dengan virus COVID, memang segala meeting,discussion dibuat secara online. Nak tak nak kena biasakan diri dengan norma baru ni.

Walaupun tak hadir, dapat juga cenderahati dari Kelab Sukan & Kebajikan KKR ni. hehe. 

Dapat apa selain dari portable spray sanitizer ni?

Let's check it out!!!


portable spray sanitizer

Comel beg uncang ni. Boleh letak barang mekap ni. hehe..


portable spray sanitizer

Isinya - Portable spray sanitizer, baucer KFC RM10 & cover untuk bahagian dalam mask (3ply mask). 


portable spray sanitizer

Mini spray sanitizer

Masa buka uncang beg, tengok dapat mini spray sanitizer ni, excited tengok sebab ceritanya k.fiezz nak terbeli sebelum ni. Ada orang kat flat jual. RM30 juga harga dia sekali dengan 1 botol sanitizer saiz kecil. Tapi k.fiezz duk berkira nak beli ke idak?Nak beli ke idak? Tak apa lah KIV dulu sebab spray sanitizer biasa yang beli sebelum ni ada lagi. 

Eh..Sekali dapat gift dari Kelab Kementerian ni, Mini Spray Sanitizer. Jimat duit. haha. 

Macam boleh baca isi hati sis je Kelab Kementerian ni yang sis nak beli mini spray sanitizer. haha. Dah memang keperluan pun sekarang sanitizer ni. Wajib ada kat dalam beg, betul tak?K.fiezz sekarang ni nak duduk kat lrt sambil tunggu tren sampai, spray dulu kat kerusi dengan sanitizer ni. Kunci yang duk tekan butang lif, sanitize juga dulu sebelum masuk dalam beg. Handphone. Eh semua lah yang k.fiezz rasa was-was ada kuman/bakteria kat kawasan tu, spray dulu. Tak tau lah nak cakap paranoid atau over protective. K.fiezz je ke atau orang lain pun sama habit macam ni sekarang. hehe.


PORTABLE SPRAY SANITIZER BFF TERBARU...

6 Comments

  1. Wah...rezeki.....SA ada satu...beli kat lazada...tapi nak kena charge je 24 jam..sudahnya lantak la disitu...

    ReplyDelete
  2. Ada telepati diorang dengan kak fiez hehe

    ReplyDelete
  3. Lepas ni dalam hati pasang niat nak beli cincin ke gelang ke... Mana lah tau ada yg bagi pulak nanti haha

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya . Rezeki dapat free portable sanitizer . Memang keperluan sangat sekarang ni

    ReplyDelete
  5. wah..ada voucher KFC gak..:)

    ReplyDelete
  6. comel je saiz mini portable spray sanitizer ni.

    ReplyDelete