Dah berusia ni baru kenal dengan menda alah ni acne Patch.. Haha.. Selalu juga ke Watson, nampak acne patch ni tapi tengok saja la yea. Tak tahu apa ke fungsi acne patch ni, hah. Sampai lah tertengok kat Tik Tok ada seorang influencer ni kongsi fungsi acne patch. Bila tengok tu, baru lah tahu 'laaaa ni ke fungsi acne patch'. haha. Tau acne tu jerawat tapi tak tahu fungsi benda ni lekat kat tempat jerawat untuk cover dari iritasi , kemerah-merahan yang menyebabkan jerawat jadi lagi teruk & boleh kecutkanjerawat juga.

Adeh. Sabor je lah. Dah tua-tua ni baru tahu fungsi acne patch. haha. 

WATSON ACNE PATCH


Macam biasa k.fiezz ni bila hari kerja rajin masuk ke SOGO. Ada je benda nak dibeli. hehe. So nyinggah lah ke Watson. Kebetulan nak cari barang kat situ. Tengah duk cari barang yang nak dibeli, ternampak watson acne patch ni. Teringat influencer Tik Tok yang k.fiezz tengok sebelum tu review pasal acne patch ni. Ambillah satu kotak.  Biasa time sebelum period, cik jerawat rajin benor nyinggah kat muka. Jadi boleh lah cuba betul ke berkesan acne patch ni untuk kecutkan jerawat. 

BILA NAK PAKAI ACNE PATCH?


Time bila nak pakai acne patch ni?Selepas selesai skincare routine basic (cleanser - toner - serum - moisturizer - sunscreen). Dah siap semua langkah-langkah ni, sebelum start tepek foundation dan segala mekap kat muka, lekat dulu acne patch ni kat kawasan yang berjerawat. Tujuannya untuk elakkan tempat berjerawat tu jadi lagi teruk & boleh merebak ke kawasan lain pula. Selain untuk melindungi tempat jerawat dari tersumbat dengan bahan mekap pula. 

acne patch

Watson acne patch, size 0.04 cm. Elok lepas beli watson acne patch ni, rajin pula cik jerawat menyinggah. Padahal belum time cik period nak datang pun lagi. Dah kebetulan cik jerawat muncul, try je lah tepek acne patch ni. 


acne patch

Cik jerawat nyinggah kat pipi pula. Aktif betul cik jerawat ni tau datang singgah. haha.

BETUL KE BERKESAN ACNE PATCH NI?

Watson acne patch tu K.fiezz ambil yang satu kotak ada 24 keping (saiz 0.04cm). Nak kata nipis sangat tak juga. Bila lekat acne patch ni kat kawasan jerawat di muka, walaupun dah tepek muka dengan foundation / mekap, boleh nampak acne patch yang ditampal kat situ. Nasib baik sekarang pakai mask, jadi tak nampak lah tempelan ance patch ni bila letak kat kawasan muka terutama pipi, dagu sebab kena cover dengan mask. 

Berkesan?Ada yang berkesan. Ada yang tak? Yang berkesan, k.fiezz letak kat jerawat yang tak teruk sangat. K.fiezz tampal malam, esoknya k.fiezz nak cuci muka, buka je acne patch, jerawat kat kawasan yang ditampal tu pecah. Membuak keluar isi dia yang warna putih tu. Tak sangka pula jerawat yang ditampal acne patch tu teruk. Masa k.fiezz nak letak tu, tak nampak pun macam ada mata kat kawasan jerawat. Duk tampal acne patch sebab nak bagi kecutkan jerawat tu je. Rupanya jerawat tu pecah terus. Elok gak, tak ada lah k.fiezz picit dengan jari. Dah picit dengan jari, sat gi ada parut pula. So bagus juga acne patch dah tolong pecahkan jerawat tanpa perlu di picit. hehe

Part tak berkesan pula, bukan lah tak berkesan cuma proses untuk kecutkan jerawat guna acne patch ni bukan lah cepat. Ada juga yang ambil masa beberapa hari. Jadi bersabar yea nak kecutkan jerawat guna acne patch ni. Trust the process gitu. hehe. 

Jadi keberkesanan, bergantung pada jenis jerawat & kulit kita. Ada part jerawat yang cepat kecut/pecah. Ada yang ambil masa beberapa hari. 

Personally k.fiezz suka acne patch ni sebab membantu untuk pecahkan/kecutkan jerawat kat muka ni. Lagi satu bila nak mekap, tak lah risau jerawat tercemar dengan mekap sebab dah ditutup baik punya dengan acne patch ni.  K.fiezz beli 24 keping acne patch ni dah nak habis pun, uolls. Kena restock lagi ni. Masa nak beli haritu duk fikir, banyaknya 24 keping. Sekali, tu dia. Sekejap je habis. Style  k.fiezz guna, setiap kali lepas cuci muka, k.fiezz akan tukar baru sebab bila kena air senang je acne patch ni ikut sekali masa proses cuci muka. Macam k.fiezz cuci mekap guna cleansing oil, bila menggosok mekap nak bagi keluar segala mekap sunscreen yang tepek kat muka, acne patch ni pun ikut sekali keluar. Jadi setiap kali lepas cuci muka & selesai skincare routine k.fiezz tampal acne patch yang baru. Itu yang cepat je habis. Mr hubby pun ada tumpang sekali sebab bila ada jerawat naik kat muka dia, k.fiezz tampal guna acne patch ni. 

So adik-adik yang jerawat tengah aktif turun naik kat muka, untuk elakkan muka berbekas dengan parut jerawat, guna acne patch ni saja. Senang guna & jari idak lah gatal duk nak picit jerawat kat muka tu sebab dah bertampal.

ACNE PATCH I LOVE YOU!!!HEHE

6 Comments

  1. maknanya acne patch ni duduk je kat muka even after makeup.. ammi pun semenjak banyak umur ni time nak period berlumba-lumba jerawat keluar. besar2 plak tu

    ReplyDelete
  2. mudah aje nak pakai ni.. efektif pun efektif kan

    ReplyDelete
  3. oo...thanks for sharing kak. kita pun memang tau fungsi acne patch ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah viral juga pasal ance patch ni . Menarik juga dapat tampal pada permukaan jerawat m at least jerawat tak ada la iritasi

    ReplyDelete
  5. ada juga guna acne patch ni. klau utk syu, acne patch ni bagus utk menghalang syu dari picit jerawat tu. haha. kdg2 kan tgn suka sgt nk picit jerawat kt muka tu..

    ReplyDelete
  6. kita pun kalau jerawat tetiba dtg menyerang, prefer guna acne patch juga utk halang tgn gatal nak picit jerawat tu.

    ReplyDelete