Jerawat!!Oh noo!!Siapa lah suka ngan cik jerawat ni,kan?Orang cakap, bila dah makin berumur, jerawat dah tak naik lagi kat muka. Tapi tapi jerawat k.fiezz aktif hokay. Tiap kali nak period je, ada lah cik jerawat memunculkan diri. Adeh. Stress pula kadang tu nengoknya. Sebab bila cik jerawat ni dah muncul, jari jemari ni gatal nak picit-picit jerawat. Geram je nengoknya, betul tak? Macamana cara merawat jerawat ni. Nak hilangkan jerawat ni pun kena tengok bahan yang digunakan dalam skincare yang kita nak pakai tu. Korang biasanya check dulu ke tak bahan untuk hilangkan jerawat bila nak beli apa-apa produk skincare yang boleh hilangkan jerawat? Mesti tak tengok kan?Atau ada yang tak tahu apa bahan untuk hilangkan jerawat?

Meh k.fiezz kongsi sikit info untuk pengetahuan korang & k.fiezz juga. Sebab k.fiezz baru tahu juga sebenornya. hehe. 


Apa Bahan Untuk Hilangkan Jerawat?


Jom kita tengok apa yea bahan untuk hilangkan jerawat. Sebenarnya sebelum beli apa-apa produk skincare, kita kena semak dulu bahan dia. Apa bahan yang digunakan?Contoh macam ni,kita nak hilangkan jerawat. Jadi kita kena tengok bahan yang bersesuaian. Baru lah bila kita pakai, dapat merawat masalah jerawat kita tu. Idak lah kita marah sebab beli produk tapi tak berkesan pun. Hah, selalu macam tu kan. Salah kita sebab tak semak dulu kandungan bahan yang digunakan. 

Eh Membebel lah pula k.fiezz ni?Okey, jom tengok apa bahan untuk hilangkan jerawat. 


6 Bahan Yang Berkesan Untuk Hilangkan Masalah Jerawat


Ni 6 bahan yang kita kena tahu bila mencari produk untuk hilangkan / merawat masalah jerawat. 

  • Benzoyl Peroxide 
  • Niacinamide
  • Alpha-Hydroxy Acids (AHAs)
  • Azelaic Acid
  • Retinol
  • Salicyclic Acid

Apa fungsi setiap bahan ni untuk hilangkan masalah jerawat kita?

jerawat

Fungsi Bahan-Bahan Di Atas
  • Benzoyl Peroxide : Melawan jerawat & mengurangkan bakteria yang jadi punca jerawat.  Bahan ni ada dalam pencuci muka. Gunakan 2x sehari untuk merawat masalah jerawat yang kita alami.
  • Niacinamide : Menyahtoksin kulit dari pencemaran, penuaan & jerawat. Membersihkan muka secara semulajadi. 
  • Alpha-Hydroxy Acids (AHAs) : Membantu hilangkan kulit mati, perbaiki liang pori dan mencegah bakteria. Jenis-jenis AHA adalah seperti lactic acid, mandelic acid & glycolic acid.  Pencuci AHA boleh digunakan setiap hari dalam kuantiti yang sikit atau boleh juga gunakan serum lactic acid (1-2x seminggu). Uji dulu sebelum guna AHA, kerana ia boleh menyebabkan ketidak selesaan pada kulit seperti gatal-gatal, pedih, panas, sakit & seangkatan jika kita guna dengan kerap & kuantiti yang banyak. 
  • Azelaic Acid : Bantu licikan kulit, perbaiki tekstur warna kulit yang tak sekata & merawat jerawat. Boleh di gunakan 2x sehari tetapi boleh menyebabkan kulit kering. Jadi pastikan memakai pelembap.
  • Retinol : Bantu tingkatkan kolagen semulajadi kulit  untuk kulit nampak awet muda & sihat. Bagi yang baru gunakan retinol, ambil dalam jumlah yang kecil dulu (sebesar kacang). Elakkan guna retinol setiap hari sebab boleh sebabkan kulit kita jadi sensitif, kemerahan & mengelupas. take note - preggy mom atau merancang hamil, dilarang guna retinol. 
  • Salicylic Acid : Bertindak dengan masuk ke dalam kulit untuk membersihkan liang pori & hilangkan lebihan minyak serta kotoran. Ia juga boleh kurangkan bintik hitam & mencegah pembentukan jerawat baru. Guna 1-2 kali seminggu & lepas itu pastikan guna pelembap. Elakkan guna salicyclic acid bersama bahan aktif yang lain. take note - preggy mom dilarang guna bahan yang ada salicylic acid. 

So lepas ni jerawat muncul semula terutama setiap kali time period, boleh cari produk yang mengandungi bahan-bahan diatas. Lepas ni ke drugstore, idak lah kita blur nak cari produk apa yang sesuai untuk hilangkan jerawat. hehe. 

Macam sekarang ni k.fiezz guna acne patch je nak bagi jerawat pecah atau kecutkan jerawat. Hehe. Nampak berhasil. Tapi acne patch ni idak lah cepat nampak kesan dia. Ambil masa juga. So kalau korang yang nak lebih cepat berkesan, boleh cuba produk-produk yang mengandungi bahan untuk hilangkan jerawat macam k.fiezz senaraikan di atas ni. Lebih cepat & efektif. Selain merawat jerawat, bahan-bahan di atas ada fungsi lain yang elok untuk muka kita. Jadi kita dapat extra kelebihan di situ. 

Nyah ko jerawat!!!

2 Comments

  1. haritu bawak anak dara gi watson..ingatkan nak belikan pencuci muka yg dah nak habis..

    pastu ada promoter promote pencuci muka yg ada Salicylic Acid sebab tgk kat dahi kyra penuh dgn jerawat. cuba jelah

    ReplyDelete