Produk kecantikan dari China? Ishhh boleh caya ke? Hah. Meh k.fiezz share. Sebelum ni, k.fiezz pun was was kalau namanya produk dari China ni. Tapi anggapan k.fiezz pada produk kecantikan dari China ni berubah bila k.ffiezz terjebak dengan shopee live dari satu kedai yang selalu buat live di Shopee. Masa mula-mula k.fiezz tengok live kedai ni lepas kawan ofis k.fiezz yang introduce. K.fiezz macam was-was tau nak guna produk-produk kecantikan yang dijual dalam tu sebab semua dari China. Perangai kita kan. Dengar je dari China, mesti cakap produk tu tak berkualiti, tak elok. Tapi tapi persepi k.fiezz berubah bila tengok dan dengar cara staff dia buat penerangan setiap produk, ditambah pula dalam sesi live tu ada customer yang dah guna produk-produk beli dari kedai ni bagi testimoni positif. Ada customer dari muka penuh parut-parut jerawat, jadi flawless weiii. Terkejut tengok gambar sebelum & selepas yang staff tu kongsi dalam live dia. Lepas tu baca pula review jujur dari semua customer dia. Dari was-was terus berubah jadi nak cuba produk kecantikan dari China yang kedai ni jual. Kawan k.fiezz sendiri guna produk-produk kecantikan dari kedai ni & kawan k.fiezz pun cakap produk yang dia beli kat situ elok, bagus. Memang puas hati sangat. Itu yang dia pengaruh k.fiezz pula. Udah k.fiezz asyik membeli macam-macam produk kecantikan dari kedai ni. haha

LOKASI KEDAI DI IPOH


Lokasi kedai ni di Ipoh & kalau sebelum COVID ni memang penjualan secara offline (datang terus ke kedai) tapi sebabkan COVID sekarang semua urusan pembelian melalui shopee live. Mana customer yang nak walk in , boleh datang untuk ambil barang saja. Jadi lock (beli) dalam shopee live & lepas tu chat dengan admin, beritahu nak datang pada sekian sekian tarikh. 

Jual Apa Lagi Kat Sini?


Selain dari produk kecantikan dari China, kedai ni jual banyak lagi barang-barang lain karpet, baju, cadar. barang kosmetik & banyak lagi. Korang boleh follow and check it out sendiri apa yang kedai ni jual kat Live. Kedai ni ada 2 - 3 akaun shopee yang berbeza & nama pun lain. K.fiezz pun tak pasti kenapa? Mungkin ada lah sebab diaorang yang teresendiri. K.fiezz cuma follow 2 saja akaun dia. Satu kedai untuk jual karpet, cadar, barang mekap & satu lagi kedai jual produk kecantikan dari China. K.fiezz selalu tengok live kedai yang jual produk kecantikan dari China ni sebab k.fiezz suka apa-apa yang berkaitan dengan kecantikan. hehe. Kedai pertama ni pun ada juga buat live produk kecantikan tapi k.fiezz lagi suka kedai yang kedua sebab staff dia yang buat explaination lagi menarik & tertarik nak cuba produk-produk yang di promote

Link kedai - di bawah

Jom check it out apa produk kecantikan dari China yang k.fiezz tersangkut kat kedai ni. hehe. 

Gambar pertama - Produk kecantikan & kosmetik yang k.fiezz lock dari live akaun pertama kedai - MyHomeOne 

produk kecantikan dari china,beli skincare online

Hair mask, cleansing balm & eyeliner, free gift - lipstick

Kat akaun pertama kedai ni, k. fiezz ada beli juga Kimono Cardigan

Gambar kedua & ketiga - produk kecantikan dari China yang k.fiezz beli dari akaun kedua kedai - TheGlobalBeauty


produk kecantikan dari china,beli skincare online
 
Astaxanthin Essence Serum & KDK Dragon Blood (Moisturizing)


produk kecantikan dari china,beli skincare online

Green Tea Eye Mask Gel, Lip Mask, Face Exfoliating Gel & free gift - Amino Asid Cleanser

Boleh Percaya Ke Beli Produk Kecantikan Dari China Ni?


Tepuk dada, tanya selera. K.fiezz tak boleh nak cakap produk-produk kat sini betul-betul berkesan sebab setiap orang lain jenis kulit. Lain penerimaan pada setiap produk. Nak tahu berkesan pada korang, boleh cuba sendiri. 

Tapi penerangan dari staff yang selalu buat live berkaitan produk kecantikan dari China ni memang jelas & mudah difahami. Dia akan beritahu detail fungsi kandungan dalam setiap produk & cara guna.  K.fiezz suka staff The Global Beauty yang nama Hemi bagi penerangan. Mesra & happy tengok dia buat live. Ceria je. Compare dengan seorang lagi staff kat bawah kedai My Home One, k.fiezz tak berapa suka sebab tak mesra langsung. Tanya soalan pun macam nak marah.Ada sekali dia buat live, muka memang obvious tak happy langsung. Macam terpaksa je rupanya. Memang spoiled mood kalau tengok yang staff ni buat live. K.fiezz bila tengok dia yang tengah live, terus keluar. Tak minat nak tengok. Tapi kalau si Hemi yang buat live, sampai habis k.fiezz tunggu. Siap beli lah apa-apa produk dia promote masa live yang menarik minat k.fiezz nak cuba. K.fiezz banyak beli produk kecantikan dari China masa Hemi ni yang buat live. Tak sedar, jari menaip nak. hehe.

Dah Guna Produk Kecantikan Dari China Yang Beli Kat Sini

Haruslah dah guna weii. Excited hokay bila dapat barang-barang ni. Terus guna. hehe. Ada beberapa produk dalam gambar di atas ni, k.fiezz dah pakai. Memang terbaik sangat. Takat ni tak nampak lagi efek yang negatif lepas dah pakai produk kecantikan dari China ni. Efek positif ada. Macam hair mask tu, rambut lembut je & nampak kurang frizzy. Kalau idak rambut k.fiezz, tercacak sana sini sebab rambut k.fiezz frizzy. Tak lah 100% sebab baru guna. Melampau dah elok benor baru 1st time guna.. Haha.. 

Face exfoliating gel (gold) - untuk scrub muka. Serius lembut sangat muka lepas guna weiii. Suka pula pegang pipi sendiri. haha

Eh tapi ada juga satu produk dalam gambar atas ni, k.fiezz guna tak sesuai. Yang ni k.fiezz dapat free gift je benornya. Saja lah cuba sebab dah dapat. Sekali tak sesuai lah pula. Nak tahu apa yang k.fiezz tak serasi - lipstick. Barang-barang lain k.fiezz guna, semua okey. 

Nanti k.fiezz buat entry lain, review satu per satu produk kecantikan dari China dalam gambar atas ni, hokay. 

Mahal ke Harga Produk Kecantikan Dari China kat Kedai ni?

Tak pun. Murah untuk k.fiezz. Reasonable. Semua yang k.fiezz beli dalam gambar atas ni,anggaran harga RM7 - RM18 /satu & kuantiti dia pun banyak dalam 1 bekas. So boleh tahan lama. Dah jimat di situ.

Tapi kalau korang jenis kulit kena pakai produk yang mahal, tak payah lah cuba pula produk kecantikan dari China ni. K.fiezz pun tak nak puji melambung sebab kulit masing-masing berbeza. 

K.fiezz pun saja cuba-cuba je beli & guna produk-produk kat sini. Tak sangka pula hasil dia, sangat lah best & serasi dengan k.fiezz. Tazabarr nak tunggu kulit flawless hasil produk kecantik dari China ni. hehe.  

Rating - k.fiezz bagi 8/10. 

Murah Tak Semestinya Tak Berkualiti!!!

6 Comments

  1. Replies
    1. kan..akak pun terkejut sampai2 tu dia besor gabak bibir..hehe..

      Delete
    2. Hihi! saya pun terasa nak order jugak yang bibir tu. Oh ya, saya ada buat entry berkenaan pemberian k.fiezz di blog https://www.syaznirahim.com/2021/09/VacuumFlaskEmas.html

      jemput singgah ya k.fiezz ;)

      Delete
  2. My mom beli Loreal paris di shopee . Ok je rabia pakai. Sbb cri di watson takada . Habis stock kot

    ReplyDelete
  3. pakai lipstik tu harap2 bibir boleh jadi sexy gitu..
    mahal ke murah ke yang penting kita selesa dan sesuai dgn kulit

    ReplyDelete
  4. Bagus juga staff yang jual skincare ni bagi penerangan secara detail . So tak ada la rasa was-was untuk beli .

    ReplyDelete