Beg baru lagi, uolls tapi sling bag lelaki untuk mr hubby. Eh yea ke beg untuk mr hubby je. haha. Nak tahu, teruskan bacaan. Kalau tengok tajuk dah boleh agak rasanya. hehe. K.fiezz memang failed betul kalau beg ni tau. Siapa yang rajin singgah ke blog k.fiezz ni, tahu lah k.fiezz ni penggemar beg. Bulan ni je, berapa kali k.fiezz beli beg-beg-beg. haha. Terbaru ni, k.fiezz layan shopee live dari kedai favourite k.fiezz di shopee yang jual beg berjenama. Memang dah kuatkan semangat nak cari sling bag lelaki saja untuk mr hubby. Nak cari kan beg berjenama juga. Takkan bini je pakai beg berjenama. Mr hubby pakai beg beshe-beshe je. Tak kisah lah walaupun beg berjenama fake. haha. 

Masa layan shoppe live kedai kegemaran k.fiezz tu, alhamdulillah ada sling bag lelaki tapi tak banyak pilihan. Antaranya Gucci Messenger Bag ni. K.fiezz masa nak beli tu, was-was juga nak beli tau sebab beg yang ni ada tutup di bahagian depan. Sebab sling bag mr hubby sebelum ni, terus zip saja. Tak ada bertutup-tutup bagai. Jadi senang mr hubby nak ambil barang. Hat Gucci Messenger Bag ni, serius lah k.fiezz tak tahu mr hubby okey ke tak?Tak cuba tak tahu,kan. K.fiezz beli juga. haha. Nanti tengok mr hubby ada complaint apa-apa tak. Dia baru rasmi pakai semalam. Itu pun dia ada cakap, beg ni macam compartment dia kecil dari beg sebelum ni. Ehhh banyak pula dia punya complaint,kan. Baru pakai, memang lah tak biasa lah lagi. Cer bagi masa sikit nak get along dengan beg tu. haha. 

Gucci Messenger Bag Lelaki

K.fiezz berkenan warna & pattern Gucci Messenger Bag ni yang very da simple. Nampak curlasss sikit,kan. hehe.  Masa Gucci Messenger Bag ni sampai, serius cantik  sangat design & material dia tengok in real. Fall in love gitu nengoknya. Tunjuk kat mr hubby, terus dia suruh masukkan barang-barang dari dalam sling beg lama masuk dalam sling beg baru ni.

Apa lagi, laju k.fiezz 5S sling bag mr hubby. Memandangkan gucci messenger bag ni tak ada compartment berzip, duit syiling mr hubby yang melambak dalam sling beg lama, officially masuk dalam purse k.fiezz. Upah tolong transfer barang-barang dari sling beg lama ke sling beg baru. Berbulu mr hubby tengok. Dia yang kumpul, k.fiezz yang sapu. haha

beg berjenama, beg lv mini, lv mini neverfull,gucci messenger bag,sling bag lelaki

Gucci Messenger Bag


beg berjenama, beg lv mini, lv mini neverfull,gucci messenger bag,sling bag lelaki

Ada zip bila buka cover depan. Jadi tak ada lah kes barang-barang terjatuh kalau beg tertonggeng, terjatuh & lain-lain yang seangkatan. hehe. 


beg berjenama, beg lv mini, lv mini neverfull,gucci messenger bag,sling bag lelaki

Bahagian dalam ada 2 bahagian. Ruang dia memang sempit sikit. Tak sure lah mr hubby okey ke idak? Pagi semalam masa nak keluar gi office, dia dah bising slot dalam beg ni sempit. Eiiii..Banyak dia punya bunyi,kan. haha. Semalam balik kerja, k.fiezz tanya komen macamana beg baru, okey ke Mr hubby cakap, kain kat tengah dalam beg yang jadikan dalam ada 2 bahagian,kain tu jenis lembik. Jadi macam susah nak letak barang. Berapa kali handphone mr hubby terjatuh masa nak letak dalam beg ni. halahhh..baru lagi tu, dia bagi sesi perkenalan gitu. haha. 

Update terbaru - Selepas beberapa hari guna beg ni, mr hubby bising susah nak keluar masuk ambil barang. Siap terjatuh lagi isi dalam bag. Haih, saborrr je lah sis. Okey, tukar lah balik sling beg lama. 

Tetiba Ter 'beli Beg LV Mini Neverfull


Haha. Tetiba kan. Macam k.fiezz beritahu kat atas tadi. K.fiezz dah kuatkan semangat nak beli sling bag lelaki untuk mr hubby saja. Memang betul, k.fiezz berjaya beli sling bag lelaki saja. Tapi selang beberapa hari berikutnya, kedai favourite k.fiezz ni buat live lagi. K.fiezz tersangkut beg LV mini Neverfull pula ni uolls. Haha. Memang dah aim nak beli beg ni sebab saiz dia mini (25cm). Harga pula mur mur saja. Tetiba ter beli tanpa sengaja. haha. 

Alasan sangat. Tak sengaja. haha. Motif. Masa seller review beg LV Mini Neverfull ni k.fiezz dah tersuka. Mula memang tak nak. Beg dah banyak. Dah set dalam kepala macam tu. Tapi beg LV Mini Neverfull ni duk lah berlari-lari dalam kepala. haha. 

Hasilnya terbeli juga lah ceritanya. haha. Lepas ni bila seller favourite k.fiezz buat live, tahan nafsu. Control control. haha. #mogaberjaya. haha



beg lv mini, lv mini neverfull,gucci messenger bag,sling bag lelaki

Beg Mini LV Neverfull ni saiz mini, bukan saiz yang besar gabak tu. Hat ni panjang dia saiz 25cm.


beg lv mini, lv mini neverfull,gucci messenger bag,sling bag lelaki

Belah atas ada zip. Bahagian dalam boleh letak handphone, purse panjang, powerbank & barang lain yang bersaiz kecil. Tab k.fiezz saiz 10 inch pun boleh tapi kena letakkan berdiri (tak boleh zip). Melintang tak muat sebab dia ngam-ngam sama panjang dengan beg ni.

Bag Favourite

Beg LV Mini Neverfull ni jadi ke-2 favourite k.fiezz sebab senang nak letak barang & nak keluar masuk ambil barang. hehe. Sebab walaupun mini tapi dalam dia agak luas juga nak letak hp, purse, powerbank. Suka suka suka.

Berapa harga beg LV Mini Neverfull ni?RM70 saja. Ni masuk dalam beg super gred saja. Bukan 1:1 @ premium. Tapi kualiti dia tetap tip top untuk k.fiezz.  Setiap button, zip ada tulis LV. Memang cantik sangat. 

Bag favourite pertama < Bag Idaman >

Kedai Dua Beradik Kembar Jual Beg Berjenama

Dua-dua beg ni k.fiezz beli dari seller yang sama. Kedai favourite k.fiezz untuk beli beg berjenama di Shopee. Seller kedai ni ada kembar juga yang jual beg-beg berjenama. K.fiezz follow dua-dua kedai adik beradik kembar ni. K.fiezz selalu beli dari kedai si kakak. Dari kedai si adik, belum pernah lagi. Tapi k.fiezz selalu masuk live dua-dua kedai ni cuci mata. Kedai diaorang pun lain-lain. Jadi bila si kakak buat live, k.fiezz joint. Bila si adik buat live pun k.fiezz joint. Saja cuci mata. Kononnya. hehe. Tapi biasanya bila si kakak buat live, k.fiezz mesti ter lock (beli) sebab ada je beg yang berkenan. 

Nak ke kedai diaorang. Klik link bawah :-

BagByJuwa - Kakak
BagBySyida - Adik

Biasanya diaorang jual beg-beg berjenama ni dalam live. Jadi kalau korang nak beli, kena tengok dalam live. Bila diaorang buat live?Follow diaorang, nanti korang boleh nampak bila diaorang live. Klik kat shopee live & kalau masa korang check tu diaorang tengah live,korang boleh nampak. 

K.fiezz tak berapa confident benornya nak share link kedai dioarang ni tau sebab shopee tak bagi jual beg yang copy ori ni. Tapi tak apa lah tolong orang kita cari rezeki. Hope tak ada lah yang pi buat report kat shopee pula, yea. 

Selamat Mencuci Mata Beg Berjenama Dalam Shopee Live!!!

5 Comments