Apa yea makanan tingkatkan kualiti sperma?Untuk yang tengah berusaha untuk hamil, mesti tertanya soalan ni kan?Termasuk lah k.fiezz sendiri. Kadang duk pulun makan macam-macam, k.fiezz je. Mr hubby? Bukan apa kadang kebuntuan nak cari info untuk lelaki nak amalkan makanan tingkatkan kualiti sperma. Kita ni bukan pakar yang tahu makanan apa nak kena ambil untuk tingkatkan tahap kesuburan lelaki. Sebab bercakap topik kesuburan ni, bukan perempuan je kena usaha dari segi pemakanan bagi tingkatkan kualiti telur. Lelaki pun sama juga kena tingkatkan kualiti sperma. Baru adil & sama-sama usaha. Sama-sama nak anak, kan. Jadi sama-sama kena usaha. 

Bercakap pasal mencari info, sejak ada Tik Tok ni. Macam-macam info ada kat situ. Banyak juga belajar benda baru dari Tik Tok. Termasuk lah baru-baru ni k.fiezz terjumpa berkaitan makanan tingkatkan kualiti sperma. 

APA YEA MAKANAN TINGKATKAN KUALITI SPERMA


Perkongsian dari seorang Doktor mengenai apa makanan tingkatkan kualiti sperma. Menarik topik tu. Wajib lah k.fiezz tengok sebab nak tahu makanan tingkatkan kualiti sperma. Boleh lah bagi mr hubby cuba. hehe. 

Kalau makanan yang senang nak cari, tak ada masalah. Shopee sentiasa di sisi. hehe. Kalau makanan yang susah nak cari, itu yang masalah sikit. 

Jadi yang dikongsikan oleh Doktor ni makanan susah nak cari ke senang nak cari. Jomss..check it out!!

Nak Tahu Ke Apa Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma?


Banyak sebenarnya makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma, kat bawah ni k.fiezz kongsikan apa lagi senarai makanan-makanan yang boleh kita bagi pada en suami masing-masing terutama yang tengah ttc macam k.fiezz & mr hubby. Tapi makanan pertama yang nak share ni dari yang k.fiezz tengok di Tik Tok adalah kacang macadamia

Kacang!!Tak ada hal. Sebab mr hubby sejenis suka kekacang. Segala kacang dia makan. Boleh suruh mr hubby cuba makan kacang macadamia ni pula. Tapi tapi kat mana pula nak cari kacang macadamia ni, hah. No worry, kat bawah nanti k.fiezz bagi link.

Jom baca dulu apa khasiat kacang macadamia untuk lelaki. Kenapa dia masuk dalam makanan tingkatkan kualiti sperma.


makanan tingkatkan kualiti sperma,khasiat kacang macadamia untuk lelaki

Kacang macadamia (warna putih dalam mangkuk tu isinya yang dah dikeluarkan dari kulit dia)


makanan tingkatkan kualiti sperma,khasiat kacang macadamia untuk lelaki

Dapat sekali pembuka kacang ni. Kulit dia tebal & keras tau. Nak buka dengan jari macam tu je, memang tak terbuka lah. Kena guna kunci dia ni, hah. Letak kat tengah & pusingkan je sampai kulit dia terbuka & boleh keluarkan isi kacang.

Apa Khasiat Kacang Macadamia Untuk Lelaki?

Jom baca apa pula khasiat kacang macadamia untuk lelaki yang boleh bantu dari segi kesuburan. 

Dari perkongsian yang k.fiezz tengok di Tik Tok tu, bezanya kacang macadamia & kacang lain disebabkan kacang macadamia kaya dengan magnesium & fosforus yang mana fungsi kedua-dua ni untuk kesihatan sperma & kepekatan air mani. Selain ia berkhasiat dengan fat (omega) - lemak baik, ia membantu melancarkan peredaran darah serta kaya dengan vitamin B6 juga.

Ini lah sebabnya kenapa kacang macadamia berkhasiat untuk lelaki. Thank you to Tik Tok. Dapat ilmu baru.  

11 Lagi Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma

Jom apa lagi makanan tingkatkan kualiti sperma selain dari kacang macadamia ni, jom check it out

  • Telur : Termasuk dalam makanan yang tingkatkan kualiti sperma. Kaya dengan Vitamin E, protein. Kandungan dalam telur juga melindungi sel sperma radikal bebas yang menyebabkan kurang kuantiti sperma. Seeloknya amalkan telur ayam kampung kerana mengandungi zat besi, kalori, protein, retinol, thiamin, karbohidrat, vitamin E, omega-3, lemak, vitamin D, vitamin C, lecithin & betakaroten. Amalkan telur ayam bersama madu lebah asli untuk tambahkan lagi khasiatnya.
  • Bayam :  Asid folic salah satu elemen penting untuk hasilkan sperma yang sihat, amalkan sayuran hijau yang jadi sumber utama untuk vitamin ni. Bila asid folik dalam tubuh rendah, risiko untuk tubuh hasilkan sperma yang cacat. Dalam keadaan ni, sperma susah untuk sampai ke ovari & tembus lapisan yang melindungi bahagian tersebut. Boleh juga menjadi risiko kecacatan pada kelahiran disebabkan oleh keadaan ini. Sebabkan mr hubby tak makan sayuran berdaun hijau, k.fiezz bagi supplement asid folic.
  • Pisang : Kaya dengan vitamin A, B1 & C. Vitamin-vitamin ini bantu badan hasilkan sperma yang lebih sihat disamping tingkatkan kualiti sperma. Selain dari itu, dalam buah pisang juga mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai Bromelain. Enzin ni sangat penting untuk pastikan sperma sihat. Nasib baik mr hubby memang suka pisang pun.hehe
  • Coklat Hitam :  Kaya dengan asid amino (L-Arginine) yang terbukti boleh tingkatkan kuantiti sperma. Selain coklat hitam ni juga boleh buatkan orgasma lebih nikmat. wahhh.. nak cari coklat hitam untuk mr hubby. eh. haha. 
  • Asparagus : Kaya dengan vitamin C, asparagus bagi kesan positif kepada sperma. Disamping boleh melindungi sel-sel buah zakar dari radikal bebas.
  • Brokoli :  Sama seperi asparagus, brokoli juga kaya dengan vitamin C & asid folik. Brokoli memang dikenali untuk tingkatkan kesuburan lelaki & wanita. Dalam satu kajian, mereka yang mengamalkan brokoli secara konsisten, dapat tingkatkan kuantiti sperma sehingga 70%.
  • Buah Delima :  Rasanya yang sedap. Serta berkhasiat pekatkan air mani dan kesihatan sperma. Kaya dengan antioksida untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Dalam sejarah, jus buah delima dah lama digunakan sebagai makanan tingkatkan kualiti sperma lelaki atau bahasa mudah di faham, makanan tambahan untuk kesuburan lelaki dan wanita. 
  • Kacang Walnut Kaya dengan asid lemak omega-3 untuk tingkatkan aliran darah ke zakar lelaki. Walnut juga mengandungi arginin & dua kali ganda anti oksida daripada kekacang yang lain. Berfungsi untuk melindungi jantung, kacang terutama walnut menyihatkan sperma. Salah satu kandungan dalam walnut iaitu asam lemak, memberi perkembangan positif dengan sperma. Dalam kajian yang dijalankan, lelaki yang amalkan walnut selama 12 minggu mendapat peningkatan dari segi kekuatan, pergerakan & bentuk sperma yang positif. 
  • Bawang Putih : Ramai tahu bawang putih dikenali sebagai makanan yang bantu sistem imunisasi. Serta mengandungi vitamin B6 & selenium yang hasilkan sperma lebih sihat.
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C : Ambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C untuk bantu badan hasilkan lebih banyak sperma. 
  • Makanan yang kaya dengan zink - Selain dari senarai di atas, makanan yang kaya dengan zink juga sangat membantu untuk kesihatan sperma. Antara makanan yang kaya dengan zink adalah barli, daging merah, kacang & lain-lain
Disebabkan faktor kekurangan zink dalam badan yang selalu jadi faktor kurang subur. Untuk mengatasi masalah ini, digalakkan untuk cuba pengambilan makanan yang kaya dengan zink. Tapi awas jangan terlalu banyak ambil zink sebab tak elok untuk badan. Disyorkan hanya ambil 15mg sehari.

Sedap Tak Kacang Macadamia Ni

Masuk semula ke topik utama, kacang macadamia ni, sedap tak?Serius sedap wei. K.fiezz pun suka makan. Eh, k.fiezz. Kata tak makan kacang sebab takut jerawat naik. Jangan risau, kacang macadamia ni tak akan sebabkan jerawat naik. hehe. Suka k.fiezz. Dah la rasa dia sedap. Lemak-lemak gitu. Tak sedar tangan duk ambil sebiji demi sebiji, ngap masuk dalam mulut. Nasib baik tak habiskan sekali hadap. haha.

Mr hubby pun nampak okey je makan kacang macadamia ni. Sedap le tu maksudnya. Mr hubby memang suka pun geng kacang-kacang ni. Jadi tak ada masalah dia nak makan. Moga membantu lah untuk tingkatkan kualiti sperma. Aamiin. 

Harga kacang macadamia ni boleh tahan juga 500g RM28.90. 

Nak cuba kacang macadamia ni, korang klik link bawah -


KACANG MACADAMIA SUPERFOOD BOOSTER UNTUK LELAKI!!

2 Comments