Baru-baru ni k.fiezz beli kek batik coklat yang sedap ni dari seorang member blogger k.fiezz. Kebetulan member blogger ni kerja satu Kementerian dengan k.fiezz. Senang lah nak beli. hehe

Mula-mula duk tengok je member ni promote kek batik dia kat FB Story & wall fb dia. K.fiezz tengok je lah. Tapi bila dah hari-hari duk lalu lalang kat facebook. Eh. Tertarik pula. Udah lah topping dia coklat. Oh mai oh mai. K.fiezz dengan coklat ni memang cair. 


KEK BATIK COKLAT


Asyik duk tengok kek batik coklat member ni buat duk lalu lalang kat wall facebok & story, kena cuba ni. Kawan k.fiezz buka je order kek batik coklat ni. Laju k.fiezz tanya nak selit order lagi boleh tak sebab masa tu dia tengah open order. Dia cakap boleh. Terus order sebiji. Memang dia jual sebiji pun, tak ada main sepotong. Kalau dia jual sepotong pun, tak mau beli sebab rugi. Sedap weiii. Makan sekali nak ulang banyak kali. Sekali hadap pun boleh habis ni. hehe. Tapi ku kontrol nafsu. Makan satu per satu hari-hari. Ada juga kadang terlepas dua potong, sekali makan.haha..

kek batik sedap,kek batik coklat
RM20 saja sebiji kek batik coklat ni.
Memang dah siap potong macam ni. Senang terus makan je.

KEK BATIK SEDAP 


Sedap tak kek batik coklat yang member blogger k.fiezz ni buat. Yea, homemade tau. Bukan dia jadi agen mana-mana orang jual kek. 

Berbalik pada pertanyaan sedap ke tak kek batik coklat ni?

Komen ikhlas ni tau, memang kek batik coklat ni sedap. Paling penting tak manis meleting. Kalau preggy mom nak makan pun boleh. Tak payah risau bacaan diabetis naik bila pi klinik. hehe. Tapi jangan lah bedal hari-hari pula. Walaupun tak manis tapi kontrol lah juga yea. hehe. 


kek batik sedap,kek batik coklat

Tengok gambar ni teringat kesedapan dia. hehe. 

Lepas ni rasa nak makan kek batik, order saja lah. Harga pun murah. Paling penting sedap & kena dengan tekak sebab tak manis. Dia rasa coklat yang sikit pahit tapi tak lah terlalu pahit pun. Just nice. 

Siapa yang nak cuba kek batik coklat ni, korang boleh order dari blogger LAN CARENO. Lan ni duduk di area Kajang & kerja area KL sama dengan k.fiezz. Area lain,k.fiezz tak pasti lah dia cover ke tak. Ada lah nampak dia update nak cuba jual dalam Shopee tapi masih dalam proses percubaan untuk tengok ketahanan kek batik ni bila pos. 

Nak cuba kek batik coklat ni, roger dia. Klik link atas ni untuk ke FB Lan.

CHOCOLATE LOVER!!

0 Comments