Kentang Goncang KFC. Siapa dah try?Sedap kan. Favourite terbaru k.fiezz & mr hubby di KFC. Untuk K.fiezz, selepas loaded bowl potato, kentang goncang KFC ni jadi favourite kedua. 

Sebab..

Kena dengan tekak k.fiezz & mr hubby. Yummy. Sambil menaip ni pun terasa kesedapan kentang goncang KFC yang cukup rasa pedas ni. Pandai KFC ni buat menu kena dengan tekak orang Malaysia yang suka rasa pedas-pedas. Kalau tak pedas, rasa tak sah kan? eh, ni untuk yang suka pedas lah yea. Hat tak suka, duk kat tepi diam-diam. hehe..


KENTANG GONCANG KFC


K.fiezz tak pasti kentang goncang KFC ni datang sekali dalam set atau kena order asing (ala-carte) sebab mr hubby yang order. hehe. Nanti kalau korang ke KFC, boleh la check it out sendiri di KFC yea. hehe

kentang goncang KFC

Kentang, bekas / sampul untuk goncang & sepeket rempah hot & spicyMasukkan kentang dalam sampul / bekas ni, lepastu taburkan rempah hot spicy tu dalam dia. Lepas tu goncang lah. Suka hati lah nak goncang pesen mana pun. Janji rempah ratus & kentang bersatu. hehe.


kentang goncang KFC

SIAP..Okey, dah siap goncang. Boleh lah ngap. 


SEDAP TAK KENTANG GONCANG KFC


Bila makan kentang goncang KFC ni yang mula-mula tak rasa sangat pedas dia. Ada rasa pedas tapi tak over sangat. Tunggu sampai dah nak habis tu,fuhh dia punya pedas boleh tahan. Mungkin sebab rempah ratus yang goncang tadi, dah ke belah bawah. Itu yang kentang hat dah nak habis, terasa pedas dia. 

Kentang goncang KFC untuk kunyahan yang awal-awal, okey je rasa pedas dia. Pedas-pedas pun tangan tetap tak berhenti ambil kentang & mulut tak berhenti kunyah. hehe. Tunggu sampai dah nak separuh kentang goncang ni dah masuk dalam mulut,  dah mula rasa pedas. Kentang goncang KFC ni rasa pedas tapi sedap. Tak tau nak describe rasa dia macamana. Pedas tu memang confirm. Biasa makan kentang yang kosong tak ada rasa apa tu, k.fiezz memang tak berapa lalu nak habiskan. Hat kentang goncang KFC ni, memang berbeza rasa dia sebab ada rempah hot & spicy tu. Rempah ni bagi rasa tambahan yang bagi kentang tu lagi rasa sedap. Idak lah kosong je rasa dia macam yang biasa tu. 

Korang cuba lah sendiri. K.fiezz confirm korang dah cuba sekali, mesti nak lagi. hehe. Ni untuk yang suka makanan pedas lah yea sebab kentang goncang ni bila dah nak habis, lagi pedas. Sat gi yang tak makan pedas makan kentang goncang kfc ni, ada juga hilang deria rasa sekejap. hehe. 

Overall untuk kentang goncang KFC ni, k.fiezz bagi 5/5. Untuk korang yang nak cuba kelainan kentang di KFC, boleh cuba kentang goncang KFC ni. 

6 Comments

  1. cabaran ammi kat anak-anak pagi tadi..
    kalau dorang berborak fully english dengan ammi (tak kiralah kat voice note ke, whatsapp ke, ammi bawak gi makan kat KFC esok.. kita kan nak masuk fasa 2..) harap2 tak kluarlah perkataan melayu tu karang.

    payah betul nak bagi budak2 ni speaking..dah macam hapa je ckp omputih

    ReplyDelete
  2. baru je mkn kfc smlm. nmpk jgk kentang goncang ni, tp x try lagi..

    ReplyDelete
  3. Belum cuba lagi kentang goncang . Tapi nampak mac menarik dan sedap

    ReplyDelete