K.fiezz ni memang bukan jenis yang suka buat pencuci mulut macam kuih-muih, kek. Nope, not me. Satu sebab renyah nak buat, Kedua malas nak cuci bekas-bekas yang dah guna lepas dah buat. Tapi sebab kat rumah ada agar-agar tali & untuk elak k.fiezz buang sebab lebih tarikh luput, meh la kita buat agar-agar milo. Wah kemain, buat agar-agar milo. Macam pandai je. Memang tak pandai lah ceritanya.hehe. Lepas tu masa blogwalking ternampak ada seorang kawan blogger, kongsi resipi agar-agar milo di blog dia. 

K.fiezz tengok bahan & cara buat agar-agar milo ni macam tak susah. Susu cair pun ada kat rumah sebab dapat dalam food basket yang Kementerian k.fiezz kerja bagi. K.fiezz pun tak reti nak buat apa dengan susu cair. Tengok resipi agar-agar milo ni ada guna susu cair, cantik sangat lah tu. Okey jom cuba. Tak cuba tak tahu menjadi ke idak. Dari terbiar sampai expired agar-agar tali mentah kat rumah k.fiezz ni, baik lah kita proses jadikan dia pencuci mulut. Boleh juga di makan. Perut pun kenyang. hehe.

Resipi Agar-Agar Milo 

Bahan-Bahan Nak Buat Agar-Agar Milo :

  • Agar-agar tali (kering) - 1 plastik [20g]
  • 3-4 Sudu Besar Gula
  • 3-4 Sudu Besar Milo
  • 1/2 Cawan Susu Cair
  • Sikit Garam

resipi agar-agar milo,agar-agar milo, pencuci mulut, sukatan air untuk agar-agar tali 20g

Cara Masak : 

  1. Masukkan air dalam periuk. Sukatan air, ikut pada tahap kekerasan yang korang nak untuk agar-agar. K.fiezz rujuk arahan di plastik agar-agar tali ni, kuantiti air yang diperlukan 1400ml. Tapi k.fiezz guna 1200ml sahaja sebab tak nak keras sangat agar-agar milo k.fiezz ni.
  2. Masakkan agar-agar tali sampai betul-betul cair. Jangan ada ketul-ketul, tau. Kacau-kacau sampai agar-agar larut dalam air. 
  3. Kemudian masukkan gula. Kacau sampai gula cair. 
  4. Baru masukkan susu cair, milo, garam. Kacau-kacau sampai semua bahan sebati & larut. Sambil kacau-kacau, rasa lah adunan agar-agar ikut selera masing-masing. Kurang manis, tambah gula. Kalau tak nak manis, tak perlu tambah gula. 
  5. Lepas tu masukkan adunan agar-agar milo ni dalam bekas. Kalau ada buih-buih, keluarkan sebab nanti tak cantik. (k.fiezz punya agar-agar milo ada buih-buih sikit [rujuk gambar atas]). hehe. Biasalah first time buat. Ada lah salah sikit, kan. hehe.. Practice make perfect
  6. Sebelum masuk dalam peti ais, k.fiezz biarkan sekejap adunan agar-agar milo di luar. Agak macam dah mengeras sikit, k.fiezz taburkan serbuk milo di bahagian atas untuk dapatkan corak (rujuk gambar). Walaupun corak dia tak berapa berseni, tapi idak la kosong je atas agar-agar milo k.fiezz ni. hehe.Lepas dah tabur milo, baru masukkan dalam peti ais. 
  7. Dah sejuk, baru potong-potong untuk makan. 

Sedap Tak Agar-Agar Milo?


Masa k.fiezz masak agar-agar ni dah rasa adunan semua okey. Manis pun just nice. Cuma bila dah siap jadi agar-agar milo. Kurang manis lah pula. Mungkin lain kali, kena lebihkan sikit gula tu. K.fiezz guna gula perang. Jadi kemanisan dia kurang. Lain kali kena tambah sikit gula. hehe. 

Memang elok kurang manis tapi agar-agar tak manis, macam kurang rasa di situ. hehe. Tekstur agar-agar milo ni pula, k.fiezz suka sebab tak keras, tak lembik sangat. K.fiezz memang nak tekstur agar-agar yang tak keras. Jadi memang sedang elok k.fiezz guna sukatan air untuk agar-agar tali 20g (1200ml air). Agar-agar senang untuk kunyah & sedap lalu di tekak. 

Korang yang nak cuba resipi agar-agar milo ni boleh adjust ikut kesesuaian selera masing-masing, yea. 

SELAMAT MENCUBA!!

8 Comments

  1. sedapnya
    sedap mkn sejuk2 kan rasa milo kegemaran

    ReplyDelete
  2. Wah, kat rumah saya nie suma bahan dah cukup, boleh la try buat..☺

    ReplyDelete
  3. sedapnya fiez buat buka puasa kan hehe :)

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap la Fiezz...nak cuba buat la..tapi kat rumah ni takde plak milo...heheheh

    ReplyDelete
  5. husband saya pun suka buat agar-agar milo ni

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap jugak tu . Ccl selalu juga buat . Sebab feveret adik2 agar2 milo ni

    ReplyDelete
  7. Sedapnya
    Milo dah ada
    Tunggu masa rajin nak membaking jelah

    ReplyDelete