Alhamdulillah rezeki. Sumbangan barang dapur dari Kelab Sukan & Kebajikan Kem. Kerja Raya untuk kakitangan gred bawah 22. Sumbangan dalam bentuk barang-barang dapur. Rezeki. Orang bagi kita ambil lah yea tak?hehe. Bak kata orang-orang tua, rezeki jangan di tolak, gais.

Apa ada dalam sumbangan barang dapur ni? Rujuk gambar bawah ni. 

sumbangan barang dapur

Macamana Bawa Balik Rumah Sebab K.fiezz Naik LRT?


Kawan pejabat k.fiezz memang dah beritahu siap-siap, kena bawa naik kereta. Itu yang salah seorang kawan pejabat k.fiezz bagi gambar ni. Nak tunjukkan barang banyak & berat. Beritahu dengan mr hubby, siap tunjuk gambar atas ni kat dia. Cakap kat mr hubby boleh tak tolong ambil balik kerja hari Rabu lepas sebab dapat sumbangan barang dapur kat atas ni, Kementerian bagi. 

Kebetulan mr hubby kerja dari rumah, rabu lepas. K.fiezz pula minggu ni masuk pejabat 4 jam sahaja. Pukul 1 dah boleh keluar. Mr hubby lari kejap masa rehat ambil k.fiezz kat pejabat. 

Ya Allah memang berat lah wei. K.fiezz nak bawa turun ke lobi barang-barang ni, bawa turun yang dalam beg dulu. Telur bawa trip ke dua sebab nak angkat beg yang isi barang-barang atas ni, kena pegang dua tangan. 1 tangan tak boleh nak tampung beban dia. 

K.fiezz lupa nak beritahu dengan mr hubby bawa troli yang kitaorang selalu bawa bila beli barang tapi nasib baik, mr hubby memang dah siap-siap bawa. Legaaa. Kalau tak, jenuh nak angkat bawa naik ke rumah sebab berat sangat.

Eh bukan lah merungut pula tau. Cuma nak bawa tu je ada sikit masalah sebab berat benor. 

STOK TELUR


Kat rumah k.fiezz sebelum dapat sumbangan barang dapur yang KKR bagi ni, kitaorang dapat juga sumbangan barang dapur untuk penduduk-penduduk PPR sebab k.fiezz duk rumah flat PPR. Jadi ada sumbangan untuk orang-orang PPR. Masa sumbangan barang dapur yang untuk PPR tu dapat barang-barang macam ni juga. Jadi ada 2 papan telur kat rumah, tau dak? 1 papan yang dapat tu dah masak lah separuh. Tetiba ni dapat lagi sepapan. haha. Sebelum tu ada jiran k.fiezz bagi 10 biji telur juga sebab jiran tu dapat bantuan dari YB Seputeh. Jiran ni suami dia OKU. Itu yang dapat bantuan. Dia cakap banyak sangat dapat sumbangan barang dapur, jadi dia bagi telur 10 biji kat jiran-jiran. Jenuh lah makan telur hari-hari weii nak bagi perabiskan sebab telur bukan tahan lama sangat. So kita masak lah kari telur, telur goreng, telur sambal. haha. 


sumbangan barang dapur

Ni telur yang dapat masa sumbangan untuk penduduk PPR

sumbangan barang dapur
Ni telur yang jiran k.fiezz bagi.
Tak ke melambak stok telur kat rumah. hehe.

Apapun syukur. Bila dapat sumbangan barang dapur macam ni kita ucap je alhamdulillah. Macamana lah agaknya orang-orang susah yang tak dapat bantuan langsung atau tercicir untuk terima bantuan & sebelum COVID ni mengharap pada gaji hari. Bila dah jadi macam sekarang ni, nak kerja pun tak boleh. huhu. Macamana lah kehidupan diaorang tengah covid sekarang ni. Moga ada YB atau wakil rakyat atau mana-mana persatuan yang tak terlepas pandang. 

COVID & VAKSIN


Moga cepat lah virus COVID ni berlalu dari muka bumi kita ni & kita boleh teruskan kehidupan seperti sebelum-sebelum ni. 

Korang yang masih belum vaksin tu, daftarlah untuk vaksin okey. Yang mana masih tunggu untuk dipanggil moga dalam masa terdekat korang dapat giliran untuk vaksin. Aamiin..

Eh. cerita pasal vaksin. Alhamdulillah k.fiezz dah setel dua-dua dos vaksin. Legaaa.. Nanti k.fiezz kongsi pengalaman & apa kesan yang k.fiezz rasa lepas vaksin ni. Ewah. hehe. Feeling k.fiezz ni. tau. haha..

4 Comments

  1. Alhamdulillah Fiez, aamiin semoga bumi Allah ini akan kembali kepada kehidupan yang sedia kala..

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah blog kak fiezaa. Selalu namapk dkt ig je hehe. Haiii kak fiezaa

    ReplyDelete
  3. k.fiezz buat apa dengan telur banyak2 tu kak haha

    ReplyDelete