Baru daftar vaksin warga emas untuk opah k.fiezz minggu lepas. Sehari sebelum hari raya haji baru ni, semak dalam website dah ada status untuk cucuk vaksin dos pertama. Terkejut kejap k.fiezz masa tengok status tu sebab cepat betul. Ingatkan lambat lagi giliran opah sebab baru daftar vaksin untuk opah minggu lepas. Alhamdulillah dapat cepat untuk cucuk vaksin. Mungkin atas faktor usia & kesihatan, itu yang cepat dapat giliran untuk vaksin. Okey sangat lah tu sebab warga emas antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus covid ni. Jadi dah ada vaksin ni sekurang-kurangnya dapat rendahkan risiko tu. 

Dapat Vaksin keluaran Pfizer


Opah k.fiezz dapat vaksin dari keluaran syarikat Pfizer. Macam yang kita tahu, untuk warga emas ramai dapat vaksin keluaran Pfizer. Mak mertua k. Fiezz pun dapat vaksin Pfizer juga. Mak mertua k.fiezz lepas dos kedua, dia demam 2 hari. Masa dos pertama haritu, tak ada apa. Harapnya tak ada side effect yang teruk untuk opah k.fiezz lepas cucuk vaksin Pfizer ni. 


Alhamdulillah selesai dos pertama vaksin untuk opah k.fiezz


Opah k.fiezz. Mak & abah k.fiezz yang bawa opah gi cucuk vaksin ni semalam kat 
Salah satu PPV di Kuala Kangsar

Kenapa Lambat Daftar Vaksin Untuk Opah

Ceritanya mak k.fiezz beritahu mula-mula Ketua Kampung dah ambil nama semua warga emas kat kampung k.fiezz tu. Jadi ingatkan Ketua Kg ni lah yang uruskan semua. K.fiezz pun duk bayangkan mungkin KKM akan masuk ke kampung berdasarkan senarai nama yang Ketua Kg dah ambil sebelum tu untuk membantu warga emas kat situ tak payah nak keluar ke Pusat Vaksin sebab faktor susah untuk bergerak tak ada pengangkutan. Yelah sekarang kan tengah PKP bagai, nak rentas negeri/daerah pun tak boleh. Mana anak-anak nak balik kampung bawa mak dan ayah masing-masing pi vaksin. 

Masa mak beritahu macam tu, k.fiezz pun okey je lah. Kita ikut lah mana yang terbaik. 

Tak lama lepas tu mak saja suruh k.fiezz check dalam sistem ada tak nama opah k.fiezz dah di daftar kan. Kali pertama, semak. Tak ada rekod. Beritahu dengan mak k.fiezz. Mak cakap tak apa biar dulu. Mungkin Ketua Kg belum daftarkan lagi. Selang beberapa minggu kemudian, mak suruh semak lagi sekali status daftar vaksin opah k.fiezz dalam website. Sama. Tak ada rekod di temui. Mak cuba risik-risik dengan opah apa status yang bagi nama dekat Ketua Kg tu. Ketua kg cakap vaksin dah habis? K.fiezz macam errr, kat dalam berita PPV satu Malaysia tengah sibuk duk vaksin kita rakyat Malaysia. Boleh pula Ketua Kg bagi alasan vaksin dah habis stok. Geng opah k.fiezz yang lain kat kampung tu semua dah suruh anak/cucu daftar vaksin. Tak nak harapkan kat Ketua Kg situ. Adalah Ketua kg tu pesan kat opah, kalau dah dapat call untuk cucuk vaksin, beritahu kat dia. Eh.. Kita harapkan dia, dia pula macam suruh buat sendiri. Kalau macam tu serupa dari awal beritahu suruh daftar vaksin sendiri. Haih, Sabar je lah. Lepas tu baru k.fiezz daftar vaksin untuk opah. Geng opah yang mana dah daftar vaksin awal sikit dari opah, semua dah dipanggil untuk cucuk dos pertama. Opah k.fiezz dah risau sebab dia belum dapat panggil untuk vaksin. 

Sebelum tu mak k.fiezz ada cakap juga yang mana geng opah baru daftar, dalam masa 2-3 hari dah dapat panggil untuk cucuk vaksin. Lepas daftar vaksin untuk opah haritu, harap juga lah nasib opah macam geng dia yang lain, cepat dipanggil untuk cucuk. Alhamdulillah, betul pun lepas beberapa hari giliran opah k.fiezz untuk di cucuk vaksin semalam. 

Belum Daftar Vaksin


Tak ada MySejahtera? Worry not. Daftar vaksin terus di website vaksin. K.fiezz daftar vaksin untuk opah dalam website Vaksin ni. Kalau korang nak daftarkan untuk mak ayah, atok, nenek yang belum daftar vaksin, korang boleh masuk website vaksin dari MySejahtera kita. Klik saja kat situ. Lepas tu isi detail & tunggu status untuk dipanggil vaksin.

Selamat ber Vaksin semua. #lindung_diri_lindung_semua 

2 Comments

  1. Alhamdulillah cepat dapat vaksinnya. Moga moga opah kak fiezz sihat sihat selalu :)

    ReplyDelete