Macamana nak bagi mekap tahan lebih lama?Hah, kalau kaki-kaki mekap memang ambil berat sangat pasal ni. K.fiezz pun antaranya lah yang concern lebih macamana nak bagi mekap tahan lama. Maklumlah kita jenis mekap. Tak nak lah mekap bercapuk pula. Ada setengah tu perasan tak mekap macam merekah. Weiii sogan tau kalau jadi macamtu. Tak apa nanti k.fiezz share teknik mekap tahan lebih lama dan tak rosak. Ewah macam expert je. Haha. Idak lah expert pun. K.fiezz pun tak perasan terbuat teknik mekap tahan lama ni tanpa sedar.  

JENIS BEDAK & FUNGSINYA


Sebelum tu meh kita berkenalan dengan jenis-jenis bedak dan fungsinya dulu. Baru tahu tau benornya juga pasal bedak yang macam-macam jenis ada di pasaran ni & fungsinya berlainan. Ada antara bedak-bedak ni berfungsi untuk lock mekap di muka sekaligus mekap tahan lebih lama. Mana satu kah? Joms, berkenalan dulu dengan Loose Powder , Compact Powder, Finishing Powder, Mineral Powder, Translucent Powder & Two Cake Powder. Banyak kan jenis-jenis bedak ni hah. Biasa nampak tak bedak-bedak ni di drugstore, pasaraya yang ada jual barang-barang mekap? 

Kalau yang biasa tengok, meh kita belajar jenis-jenis bedak dan fungsinya ni untuk yang tak tahu macam k.fiezz. Kalau yang dah tahu tu, dah senyap. Tak payah baca sebab korang dah terror. hehe. 

Nak tanya juga untuk korang yang tahu mekap, tahu tak fungsi setting powder? Apa kaitan setting powder ni dengan mekap tahan lebih lama. Ada kaitan dia. Tungguu.  Masa buat entry ni k.fiezz terbaca ada antara fungsi bedak-bedak ni boleh jadi setting powder. Blur kejap k.fiezz apa benda pula lah setting powder ni, hah. haha. Bila baca lebih lanjut berkaitan setting powder ni, 'oooo k.fiezz ada buat setting powder ni walaupun tak tahu nama dia setting powder rupanya'. hehe. Sebelum kita cerita lebih lanjut pasal setting powder ni, jom tengok dulu jenis-jenis bedak bersama fungsinya dan yang mana boleh jadi setting powder juga tu. 

Jom kita berkenalan dengan bedak-bedak yang ada di pasaran & setiap fungsinya. K.fiezz pun baru belajar juga benornya. Kalau sebelum ni bila nak beli bedak, kita sendiri confuse nak beli yang mana. Dah baca ni, tahu juga lah setiap fungsinya. Tak ada lah kita belek bedak bukan main lama dekat bahagian kosmetik. hehe.


jenis jenis bedak dan fungsinya, setting powder, mekap tahan lebih lama
Loose Powder

Digunakan selepas foundation untuk mengelakkan kulit jadi berminyak sebab fungsi dia menyerap lebihan minyak. 

jenis jenis bedak dan fungsinya
Compact Powder

Digunakan untuk kulit kering & touch up mekap.

jenis jenis bedak dan fungsinya
Finishing Powder

Digunakan selepas buat setting powder & bagi mekap tahan lama.

jenis jenis bedak dan fungsinya
Mineral Powder

Bagi kesan muka nampak lebih flawless

jenis jenis bedak dan fungsinya, setting powder, mekap tahan lebih lama
Translucent Powder

Digunakan sebagai setting powder atau untuk mengunci foundation/concealer

jenis jenis bedak dan fungsinya

Two Way Cake Powder

Untuk bagi nampak mekap lebih flawless 

Setting Powder?Apa pula ni?

Kalau korang baca entry atas ni, ada pula perkataan setting powder?Hah ni. K.fiezz pun baru tahu juga. Apa ke benda pula setting powder ni. Serius tak tahu weiii. Macam biasa lah kalau tak tahu, kita tanya Mr Google. Joms.. 

Mr Google apa itu setting powder?

Ni jawapan yang k.fiezz dapat - Setting powder ni fungsi dia untuk lock mekap kita kat muka tanpa rosakkan macam jadi bercapuk atau cair. Setting powder ni pun ada 2 jenis. Satu setting powder dan satu lagi setting spray. Nak pakai yang mana?Tengok pada jenis kulit & kita nak kemasan yang macamana sebab berbeza. Fungsi tetap sama saja dua-dua untuk maintain mekap lama supaya tak rosak (bercapuk), cair. 

Setting Powder -  Nama pun powder, jadi dia dalam bentuk serbuk yang sensitif dengan kelembapan, jadi nak guna perlu ada berus atau puff. Berfungsi untuk mengawal kulit berminyak dengan menyerap lebihan minyak pada muka. Dalam masa sama, dia juga mengekalkan foundation di muka tanpa mencairkan atau buat muka jadi bercapuk. Bergantung pada keperluan kulit kita, setting powder ada dalam pelbagai shades atau translucent (rujuk gambar di atas).

Setting Spray - Lebih baik & serba boleh sebab kita boleh guna spray setting selepas gunakan setting powder untuk lock mekap di muka. Bergantung juga kepada jenis look yang kita nak, spray setting boleh hasilkan matte finish atau dewy finish. Untuk kedua-dua look ni, spray setting boleh bagi tekstur yang lembut.  Untuk yang cepat berpeluh, jangan risau sebab spray setting ni boleh di pakai masa hari panas dan lembap. 


Nak Pakai Yang Mana Satu?


Mana satu nak pakai?Setting Powder atau Setting Spray? 1st of all, korang kena tahu yang mana satu sesuai dengan jenis kulit masing-masing. Kena tahu sebabnya kalau tak sesuai, dua-dua tak akan membantu pun untuk bekerja dan berfungsi lock mekap pada kulit kita. 


JENIS KULIT 


Kulit Berminyak/Kombinasi - Setting Powder ni guna pada bahagian yang berminyak sahaja, bukan pada keseluruhan muka. Untuk nampak mekap lebih cantik dan terletak, dap atau sapu setting powder lepas gunakan concealer. Teknik ni untuk cerahkan kawasan di bawah mata dan menjaga sekali concealer untuk kekal kat kawasan dia tanpa cair atau bercapuk. 

Antara kandungan dalam setting powder yang ada silica, mica & tepung jagung sangat bagus untuk bagi kesan lembut pada muka. 

Kulit Kering - Setting Spray sesuai & ideal untuk yang kulit kering sebab dia boleh menarik kelembapan untuk masuk dalam kulit & jadikan lebih terhidrat dan lembut.

Bagi yang kulit berminyak/kombinasi sekiranya nak guna setting spray, semak dulu bahan-bahan dalam setting spray yang tak merosakkan mekap & dalam masa sama menjaga kulit kita. Antara bahan yang digunakan dalam  setting spray untuk yang mempunyai kulit berminyak / kombinasi adalah aloe vera, witch hazel, air mawar. Aloe Vera berfungsi menenangkan kulit daripada keradangan. Witch Hazel & air mawar berfungsi mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka. 


Cara Guna Yang Betul


Nak guna dua-dua samaada setting powder @ spray powder ni, kena tahu cara gunanya sebab kalau salah teknik, mekap tak lock dan tak tahan lama selain cepat rosak (cair / bercapuk). 

Setting Powder :
  • Guna berus yang lembut, fluffy dan ada hujung tirus. Kalau nak guna pada keseluruhan muka, guna berus yang besar. 
  • Masukkan berus dalam setting powder dan sapu dalam gerakan bulat di kawasan berminyak (T-Zon) dan sekitar mulut. 
  • Kalau ada lebihan setting powder di muka, sapu perlahan-lahan lebihan gunakan berus. SIAP
Setting Spray : 
  • Pegang setting spray pada jarak yang betul dari muka. Agak-agak anggaran dalam 6-8 inci dari muka.
  • Dah sedia untuk spray, tutup mata & mula sembur di bahagian tengah muka. Lepas itu baru dahi & tepi muka. Sembur sekali sahaja tau.
  • Biar beberapa minit sampai setting spray yang disembur pada muka kering sepenuhnya.
Buat Setting Powder?

Yea korang, k.fiezz buat teknik setting powder ni rupanya sebab tak tahu nama dia sebelum ni. hehe. Yang k.fiezz tahu, setiap kali lepas tepek foundation, k.fiezz akan dap loose powder jenis translucent kat muka. Bila k.fiezz baca info berkaitan setting powder ni, baru k.fiezz tahu yang k.fiezz selalu guna loose powder (jenis translucent) tu adalah teknik setting powder. Apa kesan dia, k.fiezz? Okey kesannya bila guna setting powder ni muka k.fiezz kurang berminyak dan mekap tahan lebih lama. 

Kalau korang  pening nak cari setting powder, boleh cari translucent powder atau loose powder jenis translucent sebab dia berfungsi juga sebagai setting powder (rujuk gambar di atas). Tak payah pening-pening nak cari, roger je k.fiezz sebab loose powder Obsess (gambar pertama) jenis translucent. hehe. Sis kan agen Obsess. Nak beli loose powder obsess, boleh direct kat kedai shopee k.fiezz (klik link bawah).

2 Comments

  1. huuu tak reti sangat makeup tapi ika tahu kalau ckp psl makeup hehe. penting setting powder ni hee

    ReplyDelete
  2. tiba2 tersedar, sejak pkp kembali ramadan haritu, dah lama benar saya tak make up haha

    ReplyDelete