Semalam mr hubby order Nasi Tomato kat Food Panda untuk makan tengahari. Sebab semalam mr hubby separuh hari. So masa mr hubby beritahu dia halfday & dah order untuk makan tenghari, k.fiezz gantung kuali lah kejap untuk tengahari. hehe. Suka sis part gantung kuali ni. haha. Duk rumah ni jadi lagi malas tau. Segala-gala malas. Sabor je lah. 

Berbalik pada cerita nasi tomato yang mr hubby order kat Food Panda ni. Sebelum mr hubby sampai rumah, nasi tomato dah sampai dulu. K.fiezz tunggu mr hubby sampai baru makan sama-sam. Ewah. romantik gitu. hehe. 


nasi tomato

SEDAP KE IDAK NASI TOMATO?


Aiyakkk. Seriusly ikut tekak k.fiezz & mr hubby, tak sedap lah weiii. Nasi dia tak ada rasa. Plain je. Biasanya nasi tomato ni, ada lah rasa masam dari tomato, ada rasa masin sikit. Baru lah ngam gitu. Yang ni memang kosong kosong (sebut macam nyanyi lagu Najwa Latif. hehe.).  Lepas makan nasi tomato ni, terus lidah k.fiezz jadi tak sedap. Lauk utama nasi tomato ni, tak tahu lah dia bagi ayam masak apa ni?K.fiezz tengok rupa macam rendang pun ada. Mr hubby cakap, dia order ayam masak merah. Mr hubby cakap ada 2 pilihan untuk ayam iaitu ayam masak merah & ayam masak ros. Tapi yang sampai ni, memang confirm bukan ayam masak merah atau ayam masak ros sebab rupa dia macam rendang. Rasa ayam ni, boleh laaa.. Selain dari ayam ni, ada menu sampingan - telur rebus, papadam & sayur (ala yang ada lobak, timun & nenas tu) apa yeak nama dia, acar yeak. Sorry dalam gambar atas ni tak lengkap sebab k.fiezz ambil gambar yang ni masa makan malam. Lupa nak snap masa makan tengahari. Excited punya pasal nak rasa nasi tomato yang sedap sangat ni kalau ikut dari orang review kat Food Panda. 

TERPENGARUH DENGAN REVIEW

Mr hubby beli nasi tomato ni sebab tengok review kat kedai ni dalam Food Panda, ada orang cakap sedap. Itu yang sampai 2 bungkus mr hubby beli. Sedap ni subjektif. Mungkin ada yang komen cakap sedap sebab kena dengan tekak dia. Susah nak cakap sedap ke tak sebab sedap ni subjektif. Ikut deria rasa kita, tak sedap. Bila orang lain rasa, sedap je. So susah nak cakap. Terpulang pada deria rasa masing-masing. 

Secara jujurnya nasi tomato bukan favourite k.fiezz. Kalau ke mana-mana event/majlis yang ada makan-makan & ada menu nasi tomato atas meja. Memang tak lah k.fiezz nak ambil, Tengok menu lain. Kalau tak ada yang kena dengan tekak, k.fiezz rela tak makan sebab tak suka nasi tomato. Tak tahu lah pasal apa. Kat ofis k.fiezz pun kalau ada mesyuarat , kadang diaorang rajin order nasi tomato. Aiyooo..makan dengan terpaksa je. haha. 

Ni makan nasi tomato yang mr hubby order kat Food Panda tak sedap. Adeh, jenuh tolak-tolak nak bagi habiskan. Itu pun tak habis sebab tak boleh nak masuk. 

Untuk rating nasi tomato yang ni, k.fiezz bagi 1/5 sebab secara keseluruhan bukan nasi dia je tak sedap, ayam tu pun tak sedap. Overall outtt sangat rasa nasi tomato ni ikut lidah k.fiezz & mr hubby. 

K.fiezz hide nama kedai ni sebab tak nak jatuhkan rating dia. K.fiezz review ni bukan nak menjatuhkan kedai dia pun. Cuma nak berkongsi cerita makanan yang order kat sini. Mungkin untuk k.fiezz & mr hubby, makanan dia tak kena dengan selera kitaorang tapi pada orang lain sedap. Sedap itu subjektif.

4 Comments

  1. salams jumaat fieza....datang sini :)

    ReplyDelete
  2. Betul. setuju setuju. Tak semestinya apa yg orang cakap sedap tu sedap jugak untuk kite. Our taste and preferences are just different.

    ReplyDelete
  3. Kadang kita terpengaruh tengok review kan, last last tak sedappp. Apa boleh buat, mungkin taste berbeza. Tapi serik tak beli dah lepas tu hahaha.

    ReplyDelete
  4. normal my sis. huu nampak sedap tapi rasa belum tentu ha mcm gitu hehe

    ReplyDelete