K.fiezz ada ternampak cerita ni kat Neflix. Mula-mula tak berani nak tengok sebab ingatkan cerita seram. Sis kan penakut cerita-cerita seram ni. Lepas tu macam biasa lah ternampak ada seorang kawan facebook buat review pasal cerita shutter island ni. K.fiezz pun baca review yang kawan ni kongsikan kat facebook dia tu. Bila baca sinopsis shutter island ni, cerita dia pasal penyiasatan tapi sikit misteri. 

Dah baca review kawan k.fiezz tulis tu & confirm cerita dia bukan kategori seram. Jadi boleh lah on tengok. 

sinopsis shutter island,shutter island

SINOPSIS SHUTTER ISLAND

Cerita berkisar pada tahun 1954. U.S Marsyal Teddy Daniels (Leonardo Dicaprio) & Chuck (Mark Aule) menyiasat kehilangan seorang pesakit di Boston's Shutter Island Ashecliffe Hospital iaitu Rachel Solando. Rachel seorang pesakit kurang waras yang telah membunuh 3 orang anaknya dengan melemaskan anak-anaknya.  Semasa sampai di Shutter Island, Teddy & Chuck mulakan penyiasatan dan satu-satunya petunjuk yang ditinggalkan Rachel ialah 'The Law of 4 ; Who is 67?". Semasa Teddy & Chuck berada di shutter island, pulau ni dilanda ribut yang besar & diaorang tersekat di situ. 

Di Shutter Island Ashecliffe Hospital ni ada 3 jenis Wad iaitu Wad A untuk lelaki, Wad B untuk perempuan & Wad C untuk pesakit yang mengalami masalah mental paling teruk. Di situ juga ada rumah api yang tersimpan rahsia besar. Tak ada siapa dibenarkan ke situ tanpa kebenaran. 

Semasa membuat penyiasatan, Teddy & Chuck tak dapat kerjasama sepenuhnya dari pekerja-pekerja di hospital tersebut & lagi memburukkan keadaan Ketua Psikiatri Doktor John Cawley (Ben Kingsley) tak nak berikan Teddy & Chuck akses rekod yang diperlukan untuk menyiasat kes tersebut. Dalam masa yang sama juga, Doktor yang bertanggungjawab untuk kes Rachel Solondo iaitu Dr. Lester Sheehan telah pergi bercuti. 

Satu hari blackout di hospital & peluang ini digunakan Teddy & Chuck untuk masuk ke Wad C. Wad C ni akses terhad pada orang tertentu sahaja. Di situ Teddy jumpa salah seorang pesakit yang dikurung sendirian & dia beritahu pada Teddy, Doktor-Doktor di Shutter Island sedang menjalankan eksprimen pada pesakit-pesakit & eksprimen tu di buat di rumah api. 

Bila dengar pengakuan pesakit tersebut, Teddy menjadi lagi obses nak selesikan misteri tersebut tapi Chuck tiba-tiba pula hilang. Semasa Teddy mencari Chuck, dia terjumpa dengan pesakit yang hilang iaitu Rachel Solando. Rachel ceritakan apa yang terjadi di pulau itu pada Teddy sama seperti pesakit di Wad C yang Teddy jumpa sebelum tu. 

Semasa di Shutter Island ni, Teddy selalu mimpi mendiang isterinya. 

Kenapa mendiang isterinya selalu muncul & Chuck hilang ke mana sebenarnya?Dan paling penting apa yang sedang berlaku di hospital itu. 

Review K.fiezz untuk Shutter Island 

K.fiezz tak pandai nak cerita detail pasal cerita ni sebab dia macam banyak berfikir. Jadi nak tengok cerita ni, sila fokus yea. Haha. Sebab cerita dia korang kena tahu setiap babak tu apa jadi & kaitan dengan babak berikutnya. Kenapa mendiang isteri Teddy selalu muncul. Ada kaitannya?Check it out. hehe. Untuk k.fiezz yang jenis slow pick up ni, ambil masa juga nak faham. Bila dah sampai part ending tu, lagi lah blur. Ending dia macam tergantung tapi korang kena fokus pada dialog yang dicakapkan. Sebab dari dialog tu boleh faham apa yang jadi sebenarnya. Senang cerita, tengok shutter island ni kena banyak berfikir. haha. 

Overall 5/5. Jalan cerita menarik & plot twist yang tak disangka. Persoalannya siapa yang gila sebenarnya & siapa yang jadi bahan eksprimen ni. haha.

SELAMAT MENONTON!!

4 Comments

  1. Okeyy boleh masuk waiting list hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi cerita ni hee nanti boleh add to list.

    ReplyDelete
  3. Okay boleh masuk list. Ni movie atau series kak fiez haha

    ReplyDelete
  4. Film ini wajib list untuk ditonton nih.

    Salam kenal. Saya Blogger Indonesia. Hendak mampir baca-baca artikel di sini. Saya juga dah follow this blog. Thanks...

    Let me be your friends and Blog List

    ReplyDelete