Sebelum ni k.fiezz pernah kongsi pasal OPK Test yang boleh bantu untuk kesan waktu subur kita kaum perempuan. Sebab ovulasi setiap perempuan berbeza antara sama lain. Kalau korang yang baru tahu kewujudan OPK Test ni, boleh klik link atas ni. Panjang lebar k.fiezz cerita pasal OPK Test. Apa nama penuh dia, fungsi, bila nak guna & cara guna. 

Kat entry ni k.fiezz nak kongsi hasil gunakan OPK test ni. Setiap bulan k.fiezz memang guna OPK test atau boleh juga dipanggil ovulasi test untuk kesan waktu subur kita. Macam yang k.fiezz beritahu di atas ni, waktu subur setiap perempuan berbeza. Jadi k.fiezz guna bantuan ovulasi test ni untuk mudahkan k.fiezz kesan waktu subur dan boleh tahu jangkaan tarikh period berikutnya sekiranya hasil persenyawaan tak menjadi (tak pregnant). 


WAKTU SUBUR SETIAP BULAN KE?


Sejujurnya k.fiezz dah buat lama ovulasi test ni, k.fiezz boleh simpulkan waktu subur k.fiezz bukan setiap bulan ada. Ada bulan yang tak dapat kesan waktu subur. Cuma naik 2 line kabur sahaja bila buat OPK Test ni. Untuk OPK Test ni kena dua-dua line (C&T) sama terang baru di kira positif. Kalau samar-samar, dikira negatif. 

Walaupun bukan setiap bulan k.fiezz jumpa waktu subur tapi k.fiezz buat juga ovulasi test ni untuk tahu tarikh period k.fiezz bulan berikutnya. Walaupun tak berjaya pregnant, k.fiezz boleh tahu bila jangkaan tarikh period bulan berikutnya & standby pakai pantyliner bila dekat tarikh period nak keluar. Hehe. Macam tak sedih pun tak berjaya pregnant. Eh, kalau tak pregnant & period tak keluar pun risau juga weiii takut penyakit lain pula. Jadi alhamdulillah bila period keluar normal setiap bulan. Soal berjaya pregnant ke tidak, itu rezeki dari Allah. Kalau dah sampai rezeki, Allah bagi juga nanti. Kita usaha saja. 

Jom k.fiezz kongsi OPK test untuk bulan lepas. Senang untuk korang tahu macamana rupa OPK dapat double line & boleh mula baby dancing bersama husben masing-masing. hehe.

OPK TEST BULAN MEI 2021


Bawah ni OPK test k.fiezz untuk bulan lepas. K.fiezz mula buat ovulasi test ni lepas habis period. Kalau rujuk gambar bawah ni, k.fiezz mula buat ovulasi test masa hari ke-lapan. OPK Test ni memang sentiasa akan naik double line yang tak terang seperti gambar kat bawah ni sebab ada satu hormon dalam badan kita. Nak tahu dah sampai hari subur ke tak bila salah satu line makin terang & terang (double line).  Contoh gambar bawah ni, korang boleh tengok dari hari kelapan - hari kesepuluh, line naik samar-samar. Masuk hari kesebelas baru naik double line terang. Ni maksudnya hari subur k.fiezz dah muncul. Jadi dah boleh mula projek mega dengan mr hubby. hehe. 

Seeloknya lepas dapat double line terang macam ni, baby dancing dengan suami hari-hari (kalau larat). Kalau tak larat, buat selang sehari. Selepas dapat OPK positif, telur akan keluar dalam masa 24-36 jam jadi memang digalakkan bersama sebaik sahaja dapat result positif untuk standby sperma dalam rahim kita & sebaik sahaja telur di lepaskan sperma yang ada boleh mula mencari telur untuk disenyawakan. 

Esoknya & selepas beberapa hari lepas dah dapat ujian ovulasi positif, k.fiezz buat juga OPK test lagi untuk pastikan hari kesepuluh tu waktu subur k.fiezz. 

OPK test, Ovulasi test,kesan waktu subur, OPK positif, ujian ovulasi positif

Hari selepas dapat ujian ovulasi positif di sebut day pass ovulation (DPO). So dari sini kira 14 hari untuk tarikh period berikutnya. Kalau selepas 14 hari, period korang masih belum keluar. Tunggu dalam 2-3 hari check UPT. Kalau result positive, tahniah anda mengandung. Eh, tapi confirm dengan Dr dulu tau. Haha. Jangan seronok dulu. Takut pula false alarm atau tester problem (elak guna tester beli di ECO sebab banyak dah k.fiezz baca tester tu bila check memang naik double line tapi tak pregnant). Jadi sila guna test UPT yang lain. 

ADA TANDA-TANDA PREGNANT 


Kalau dalam masa 14 hari tu macam dah ada tanda-tanda pregnant, cuba lah terus check UPT tapi kalau macam was-was takut tanda-tanda tu macam mainan perasaan tunggu lah 2-3 hari lepas lewat period baru check.  Ada orang belum sampai tarikh period dah  boleh detect pregnant. Ada orang lambat detect walaupun period dah lewat . Ikut pada hormon badan masing-masing. 

Apapun OPK test ni cuma membantu kesan waktu subur sahaja.  Samaada berjaya atau tidak, rezeki tetap dari Allah. Kita usaha sahaja. 

Mana nak beli OPK Test >> Shopee. Klik link bawah ni. K.fiezz selalu beli dari seller ni. Trusted & dia ada jual OPK saiz besar. K.fiezz suka OPK test saiz besar sebab senang nak snap simpan dalam aplikasi Premom yang k.fiezz guna dalam gambar atas ni. 



6 Comments

  1. usaha sungguh-sungguh selagi boleh. In shaa Allah ada rezeki. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Betul kak fiezz, kita usaha, Allah yang memberi.
    Semoga dipermudahkan segala urusan kak fiezz dan husband! :)

    ReplyDelete
  3. shida bulan feb ritu..xperasan pn diri pregnant pastu lasak..plus mkn benda tajam..tahu2 dah gugur..kak fiez huhuu

    ReplyDelete
  4. Info dan maklumat yg bagus 👍

    ReplyDelete
  5. info yang sangat bagus kak fiez. terimakasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. Sy pun guna opk ni..pregnant...Tp bulan 4 april aritu gugur..pastu sy ulang semula cara ni..harap kali ni berjaya.. Dah delay period 2 hari..

    ReplyDelete