Baru ni mr hubby nak order pencuci mulut kat McDonald. Mr hubby tanya k.fiezz nak order apa?K.fiezz apa lagi, menyelit lah order McFlurry Mango. Nampak macam sedap je. Biasa order McFlurry Oreo. Saja lah kan tukar selera. Selalu McFlurry Oreo je. Kita tukar amik mangga. K.fiezz memang suka buah mangga pun. hehe. 

Selepas setengah jam, McDelivery sampai depan rumah. Yeay. 

K.fiezz pun mencari McFlurry Mango sebabnya dalam paper bag McDonald tu yang k.fiezz nampak McFlurry Oreo je ada. Tengok resit, kot mr hubby tukar atau terlupa yang k.fiezz pilih McFlurry Mango. 

Tanya mr hubby, 'mana McFlurry Mango'. Tak ada pun. Mr hubby pun check order dalam aplikasi McDonald takut tersalah order. Bila tengok 'eh betul la order McFlurry Mango'. Mr hubby call McDonald nak complaint yang diaorang tersalah hantar order

Sekali staff McDonald tu beritahu, kacau kat bahagian bawah McFlurry tu. Manga belah bawah. Atasnya Oreo. 

Laaaaa..Mana nak tau. 1st time order McFlurry Mango uoll. haha.  Nasib dalam telefon. Kalau depan, depan maluuuu. haha

mcflurry mango

McFlurry Mango


mcflurry mango

Ni lah rupa McFlurry Mango. Warna kuning-kunng tu mangganya.

Atas oreo, bawah tu baru mangga. Tak berapa banyak pun mangga nya. Ada lah rasa sikit-sikit mangga. Boleh lah boleh lah. Lain kali order McFlurry Oreo je lah. Murah sikit. McFlurry Mango ni dalam RM7.xx (kalau tak silap). 

Overall rasa dia, k.fiezz tak berapa gemar sebab dia letak oreo & mangga sekali. Gabungan biskut & buah, macam tak berapa nak kena rasa dia. Ni ikut tekak k.fiezz lah yea. Orang lain tak pasti. Tapi kalau korang nak cuba kelainan, boleh lah cuba McFlurry Mango ni. Agak unik gabungan biskut & buah dalam aiskrim. 

Korang suka dessert apa kat McDonald. Jom kongsi kat ruangan komen. 

5 Comments

  1. jarang beli dessert.biasa order yang main meal je. tapi kalau beli dengan anak2, mcflurry oreo antara yang mesti masuk cart. mak dia rasalah sikit. sedap juga hehehe

    ReplyDelete
  2. Macam pelikkk gabungan biskut oreo dengan mangga kannn kak fiezz huhuhu

    ReplyDelete
  3. siapa suka mango mungkin suka la kot . tapi hee ika tak suka mango sangat but maybe boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Sundae Strawberry pun sedap. Saya suka.

    ReplyDelete