Pengambilan Khas Guru Secara One Off!!Peluang ni untuk para lepasan graduan. Tambah-tambah musim pandemik ni ramai yang kena buang kerja, tak dapat kerja. Jadi jangan lepaskan peluang semua lepasan graduan yang berkelayakan untuk mencuba nasib menjadi pendidik. 

Baru-baru ni Kementerian Pendidikan telah mengumumkan akan membuat pengambilan seramai 18,702 Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara 'one off' untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Malaysia terutama bagi negeri-negeri yang kekurangan guru & juga spesifik bagi mata pelajaran tertentu.

Pengambilan Khas Guru Secara One Off


Peluang untuk para lepasan graduan. Ni lah masanya korang nak mencurahkan ilmu yang korang belajar di Universiti tu pada anak-anak kita.  

Korang dah  sedia nak jadi pendidik atau memang bercita-cita jadi pendidik. Ni lah masanya untuk korang mencuba nasib. Mana tahu rezeki dapat jawatan tetap dan mendidik anak-anak. Banyak faedah korang dapat dah jadi pendidik / penjawat awam ni..Hehe.  Untung tau. Memang betul untung sangat dapat jadi pendidik/penjawat awam ni. Tapi jangan fikir untung korang je. Niat nak jadi pendidik tu sebab apa & jangan terpesong pula tau. hehe.  

PENGAMBILAN KHAS GURU SECARA ONE OFF


Pengambilan khas guru secara one off ni dibuat sekali saja tetapi dalam kuantiti yang besar. Pengambilan Khas ni akan lantik para graduan pendidikan yang belum ada pekerjaan dan juga untuk graduan bukan pendidikan yang memenuhi syarat seperti di bawah. 

PENGAMBILAN KHAS GURU

* Jawatan yang bakal ditawarkan gred DG41
* Usahasama KPM & kerjasama JPA dan SPP
* Sesi pemilihan, temuduga & pelantikan diuruskan oleh SPP
* Penempatan diuruskan oleh KPM

SIAPA YANG LAYAK MOHON 

* Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
* Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
* Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
* Graduan yang tiada SM boleh juga mohon mengikut kesesuaian bidang & kena menjalani Diploma Pendidikan sebelum dilantik. 

Pengambilan Khas Guru Secara One Off


 CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS GURU SECARA ONE OFF

Permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021 & boleh dimohon melalui website https://myspp.spp.gov.my/myspp. Untuk yang berjaya, penempatan akan dibuat secara berperingkat di mana-mana sekolah mulai Oktober 2021

Info dari >> edubestari.com

Jadi untuk korang yang ada kenalan, adik-beradik, saudara-mara atau sesiapa saja yang korang rasa memenuhi kriteria di atas, boleh lah kongsikan info dengan diaorang. 

Sharing is caring, girls

2 Comments

  1. In shaa Allah nanti saya nak apply hehehe, moga moga ada rezeki.

    ReplyDelete
  2. siapa yang berkelayakan boleh la apply. kita ni nak apply tapi cm tak layak pula huuu :)

    ReplyDelete