Beli durian online je musim-musim pandemik ni. Kebetulan ternampak seller yang jual durian delivery ni tampal iklan kat lif flat rumah kitaorang. Mr hubby suruh k.fiezz whatsapp dengan seller ni. Tanya harga & boleh buat durian delivery ke?Saja nak confirm walaupun terang-terang kat iklan dia tu, ada tulis boleh delivery sampai depan rumah. Mana lah nak tahu kan, tak boleh pula. Jadi tanya je lah. 

K.fiezz whatsapp dengan seller ni, memang confirm ada durian delivery sampai depan pintu rumah. yeay. Lagi menarik ada offer 5kg durian RM100 untuk esok sahaja. Mr hubby memang onz lah dengar harga yang affordable macam tu. 

DURIAN SAMPAI DEPAN RUMAH

Terus order buah durian ni 5kg macam yang seller beritahu ada offer tu. Esoknya seller delivery sampai depan pintu rumah. 

Dah sampai durian tu, idaklah terus makan sebab masa seller deliver durian ni dah malam. Tak berani nak makan malam-malam, jap gi kepanasan tak boleh tidur. Ikutkan nafsu mr hubby memang dia nak makan masa dah dapat durian ni tapi k.fiezz tak bagi sebab dah malam. Sebabnya nanti mr hubby juga yang bising, panaih.. Lepas tu tak tentu hala. K.fiezz pula rimas nak tidur tak boleh. Jadi esoknya hari Sabtu baru kopek (buka) durian & makan. 

Beli durian online, durian kampung kahwin, ,apa khasiat buah durian

DURIAN KAMPUNG KAHWIN

Durian yang kitaorang beli ni jenis durian kampung kahwin. Jangan tanya beza durian-durian ni. Tak reti k.fiezz. Tapi k.fiezz memang antara penggemar durian tapi bukanlah peminat tegar macam mr hubby. K.fiezz punya style, kalau udah letak durian depan mata memang makan je lah. Kalau buahnya tak ada, idak lah rajin nak mencari pula. 

DAPAT BERAPA BIJI 5KG DURIAN?

5kg ni dapat berapa biji durian, k.fiezz?Eh lupa pula nak cerita. 5kg ni kitaorang dapat 3 biji durian yang saiz sederhana. Kira okey lah. 

RASA DURIAN KAMPUNG KAHWIN

Jujurnya k.fiezz tak reti nak bezakan jenis-jenis durian yang macam-macam jenis ada kat pasaran ni weii. haha. Ada depan mata, k.fiezz makan je. Tak banyak cerita. Kalau sedap, sedap lah. Kalau tak sedap, tak sedap lah. Gitu konsepnya. haha.

Hat kitaorang beli durian delivery ni, walaupun isinya nampak macam dalam gambar (rujuk atas) berwarna kuning tak berapa nak berseri tapi dari segi rasa dia sedap. Ada lemak, ada manis. Isi dia pun tebal. Nampak mr hubby duk pulun makan, sakan.  K.fiezz ambil beberapa ulas je. Beringat gitu makan durian ni. hehe

Jom tengok sikit khasiat buah durian ni. Orang duk selalu cakap durian ni nak makan kena beringat sebab jangan overdose. Walapun begitu, durian ni ada khasiat dia sendiri tau macam buah-buahan lain. 

APA KHASIAT BUAH DURIAN

  • Bersifat anti-diabetik : Kandungan serat dalam durian melambatkan peningkatan gula di dalam darah & mempunyai indeks glisemik yang rendah. Tapi untuk pesakit kencing manis diingatkan untuk ambil buah durian ni dalam keadaan terkawal.
  • Bantu penghadaman : Serat di dalam durian mampu melancarkan pergerakan usus & penghadaman disebabkan isipadu kandungan di dalam usus merangsang pergerakan untuk elakkan sembelit. 
  • Kurangkan paras kolesterol : Komponen serat dalam durian dapat kurangkan paras kolesterol & LDL (kolesterol tidak baik) di dalam darah. Serat komponen yang terbukti berkesan untuk kurangkan paras kolesterol di dalam darah. 
  • Mencegah anemia : Salah satu kandungan dalam durian adalah zat besi yang merupakan elemen terpenting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia yang menyebabkan pesakit kekurangan sel darah merah dan selalu letih. 
  • Kaya dengan Vitamin C : Durian mempunyai komposis vitamin C yang tinggi & pengambilannya yang cukup dapat mencegah penyakit skurvi (kekurangan vitamin C) dan tingkatkan sistem imunisasi badan. 
  • Tingkatkan mood : Dalam durian mengandungi amino asid tryptophan iaitu sejenis amino asid yang tingkatkan paras serotonin iaitu hormon yang berfungsi untuk naikkan mood dan jadikan seseorang dalam keadaan ceria. 
  • Kawal tekanan darah : Durian buah yang kaya dengan kandungan kalium yang berfungsi untuk turunkan paras tekanan darah melalui pengembangan salur darah. Walaupun begitu pengambilan durian haruslah secara sederhana. 
  • Tingkatkan kualiti tidur : Macam yang dinyatakan di atas, durian mengandungi tryptophan yang berfungsi untuk naikkan mood. Selain itu tryptophan juga boleh tingkatkan paras melatonin yang mengawal tidur dengan lebih baik dan berkualiti. Lagi tinggi paras melatonin ni lagi tinggi kita  dapatkan tidur yang berkualiti. 
  • Baik untuk kesihatan tulang : Durian mengandungi makronutrisi (zat besi, kalsium & fosforus). Kesemua makronutrisi ni penting untuk pembentukan tulang yang lebih sihat. 
  • Bekalkan tenaga :  Kaya dengan kandungan karbohidrat yang berfungsi untuk bekalkan tenaga pada badan. Pengambilan durian dapat bekalkan tenaga dengan segera sebab kandungan karbohidrat dan gula yang ada di dalam durian.  
Walaupun banyak khasiat dari buah durian ni tetapi beringat bila makan buah durian ni terutama untuk pesakit kencing manis sebab kandungan gula yang ada di dalam buah durian ini. 

MUSIM DURIAN?


Kat facebook, Tik Tok ramai duk share makan durian ni. K.fiezz agak dah sampai musim durian sekarang ni. Jadi untuk peminat durian-durian nak dapatkan durian di musim pandemik ni, beli durian online saja. Tak payah susah-susah nak keluar. Order di hujung jari saja. Maklumlah kita kan tengah PKP yang entah bila lah nak habisnya ni. huhu

Moga cepatlah virus COVID ni berlalu dari muka bumi ni. Rindu nak keluar dengan bebas macam dulu-dulu. Eh..Tiber lari topik. haha.

Okey point nya di sini, di musim pandemik sekarang nak keluar pun susah, beli saja online. Tak kisah lah nak beli makanan ke, barang ke. Kita main klik klik saja di hujung jari. Mudah & cepat. 

4 Comments

  1. Banyak jugak khasiat buah durian, tapi kita tak boleh telannn hehehe >.<

    Betul tu kak fiezz, beli online semuanyaaa. Tak payah susah susah keluar rumahhhh.

    ReplyDelete
  2. Saya serik beli durian kampung, selalu dapat isi nipis.. tak puas makan

    ReplyDelete
  3. wah semua advance dh kan. heee tapi sekarang musim duriannn nanti boleh la beli hee

    ReplyDelete