Mr hubby ternampak resipi ni kat facebook. Lepas tu biasalah, dia request kat bini dia yg pandai masak ni. Eh.. Pasan. Haha. K.fiezz tak pernah masak pun rojak mee ni, hah sebab k.fiezz kureng sikit rojak tapi mr hubby, rojak favourite dia. So bila mr hubby bagi resipi rojak mee ni kat whatsapp. Faham dah. Kalau dah hantar resipi tu, maksudnya suruh k.fiezz masak ler. Apa lagi. Tengok bahan-bahan nak masak resipi rojak mee ni senang nak cari, k.fiezz suruh mr hubby beli bahan-bahan dia. Sebab k.fiezz kerja kat rumah, tak keluar. Nak beli kat kedai, takut ada bahan tak cukup. Dah kebetulan mr hubby memang kerja di ofis, on the way balik rumah tu dia singgah lah mana-mana nak cari bahan untuk masak rojak mee ni. 

Tengok cara masak rojak mee ni, agak renyah untuk k.fiezz. Banyak langkah-langkah dia. Mula dari buat kuah rojak mee & berikutnya sampai siap. K.fiezz ni benornya kalau resipi yang susah-susah malas sikit nak buat. Tapi sesekali why not. Kita cuba lah memandangkan ni favourite menu mr hubby. 

Betul susah ke idak nak masak rojak mee ni? Let's check it out!!


rojak mee, resipi rojak mee, resipi rojak mee sedap, kuah rojak mee sedap

Ni hasil rojak mee yang dah siap semua. Nampak sedap, kan. Bukan nampak. Memang sedap pun. 

RESIPI ROJAK MEE

Dah sedia ke belum. Jom kita mulakan dengan langkah pertama dulu iaitu masak kuah rojak mee sedap ni dulu. Amboi confident sedap. Untuk tekak k.fiezz & mr hubby memang sedap tau kuah dia dari resipi ni. Lagi k.fiezz terkejut masa tengok bahan-bahan untuk resipi rojak mee ni, kuah dia ni ada gunakan biskut marie uolss. Serius lah. Walaupun pertama kali masak rojak mee ni tapi tak tahu pula kuah dia ada gunakan biskut marie. 

rojak mee, resipi rojak mee, resipi rojak mee sedap, kuah rojak mee sedap

BAHAN UNTUK KUAH ROJAK MEE :
  • Biskut Marie (k.fiezz guna separuh peket saja & kisar halus guna mesin)
  • 3 Biji Kentang (Rebus dahulu & kisar)
  • 3 Ulas Bawang Putih **Kisar
  • 1-2 Sudu Cili Kisar (Ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sikit Udang Kering
  • Air (3-4 Cawan)
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung
  • Garam
  • Gula

MASAK KUAH ROJAK MEE :

  1. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang highligt kuning sampai naik minyak. Masukkan air
  2. Selepas nampak mendidih, masukkan kentang yang telah di kisar. Diikuti dengan biskut marie. Lepas masukkan biskut marie ni, teruskan kacau perlahan-lahan untuk elak dia jadi berketul-ketul. 
  3. Bila dah nampak bahan semua dah sebati, letak tepung jagung.
  4. Diikuti garam & gula. Rasa ikut kesesuaian masing-masing. Kalau terkurang mana-mana, boleh tambah. Kebiasaannya kuah rojak ni kena manis sikit baru sedap. Jadi pandai-pandailah adjust ikut kesesuiaan selera masing-masing. 
  5. Semua dah okey, siap. Tutup api. 
Kita ke langkah ke-2 pula iaitu kuih / cucur untuk rojak. 

rojak mee, resipi rojak mee, resipi rojak mee sedap, kuah rojak mee sedap

Bahan Untuk Kuih/Cucur Rojak :
  • 2 Senduk Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Yis
  • Daun Kucai
  • Garam
Cara Masak Kuih/Cucur Rojak : 
  1. Satukan semua bahan-bahan ni dalam satu bekas. Kemudian letak air sikit demi sikit sampai nampak adunan tak cair/tak pekat & boleh disudukan untuk goreng. Lepas semua bahan ni sebati, biarkan kejap dalam beberapa minit. 
  2. Kemudian boleh di goreng. 
  3. Goreng satu per satu hingga habis semua adunan. 
  4. SIAP
Kita ke langkah no.3 pula iaitu Celur Mee.

rojak mee, resipi rojak mee, resipi rojak mee sedap, kuah rojak mee sedap

Mee dicelur dulu dalam air panas beberapa kali untuk hilangkan rasa pahit-pahit pada mee. 
Lepas dah siap mee, toskan & letak ke tepi.  Langkah berikutnya pula.

Langkah no.4 -  Goreng tauhu, celur tauge, rebus telur & timun di potong halus

rojak mee, resipi rojak mee, resipi rojak mee sedap, kuah rojak mee sedap

Langkah 4 ni, combine semua sekali dalan satu langkah. Senang. Langkah ke-empat ni untuk bahan hiasan rojak mee. 

  1. Tauhu di potong kecil & goreng sehingga bertukar kekuningan. Kalau malas, boleh cari tauhu yang dah siap di goreng.
  2. Tauge celur dulu dalam air panas, kemudian toskan.
  3. Telur rebus & lepas direbus, belah 2/4 (terpulang pada korang).
  4. Timun dipotong halus. 
Siap semua ni, baru lah langkah ke-5. Apa lagi, makan time. hehe.

Masukkan semua bahan, kuih/cucur rojak mee & kuah dalam pinggan. Siap untuk di ngap. Kuih/cucur tu potong kecil-kecil untuk senang makan. 

SeDAP tak?

Air tangan k.fiezz. Harus lah sedap, kan. haha. Pasan. Ikut tekak mr hubby lulus piawaian dia.  Ada rasa tak biskut marie tu k.fiezz? No worry tak rasa pun. Fungsi biskut marie tu k.fiezz rasa untuk bagi kuah pekat, dari segi rasa memang tak perasan pun ada letak biskut marie dalam kuah mee rojak ni. Takut lah ada yang risau, muak sebab ada rasa biskut marie lepas tu pedas-pedas pula. Macam tak kena pula kan. Tapi macam k.fiezz cakap tadi, tak rasa pun biskut marie nya. 

Sedap tak sedap rojak mee ni, dua hari berturut k.fiezz masak kuah rojak mee ni. haha. Mr hubby request. Sedap sangat katanya. Kebetulan mee & bahan-bahan lain ada lagi balance.  Nak buang, membazir pula, jadi  ikut lah arahan mr hubby masak lagi esoknya. Isteri mithali, gitu. hehe. Secara jujurnya k.fiezz yang bukan peminat rojak pun jadi suka bila makan rojak mee ni. 

Ada pula gabungan kuih/cucur tu yang bagi k.fiezz memang sedap. Penambah seri & selera dalam rojak mee ni. Cukup semua rasa. Walaupun sikit renyah nak buat rojak mee ni tapi hasil dia k.fiezz bagi 5/5 , berbaloi untuk dicuba & boleh ulang masak lagi lain kali. 

SELAMAT MENCUBA!!

4 Comments

  1. Tengok pada resepi nampak senang kan Fiezz..boleh la SA cuba nanti ni..

    ReplyDelete
  2. First time jugak ni tahuu kuah rojak ada letakkkkkk biskut marie.
    Sedappp tuuu kak fiezz, dari jauhh dah terbau bauuu :D

    ReplyDelete
  3. uishh sedapnya nampak. hehehehe ini nasib baik dah malam ni kalau siang hari cari dah hehe

    ReplyDelete