Dah terjebak dengan takoyaki pula kakak fiezz ni. Sebelum ni tak pandang pun. Ewah tak pandang. Padahal tak reti nak order. haha. Sekali dah cuba, adik ipar belanja takoyaki yang dalam SOGO punya, terus melekat suka sampai sekarang. Jadi kalau nampak orang jual takoyaki, mesti gedik nak beli takoyaki. Pandai dah order hokay. hehe. 

TAKOYAKI LELEH

Gerai Takoyaki Leleh Bandaraya dalam gambar bawah ni kat SOGO. Kalau korang familiar LRT Bandaraya (SOGO), gerai takoyaki leleh ni kat area tangga nak naik LRT Bandaraya (dari arah SOGO). Haritu k.fiezz saja cuba beli takoyaki kat sini. Saja lah nak try sedap ke idak, kan. Eh sekali dah rasa. Tiap kali lalu, nak beli takoyaki. Hah, sedap lah tu kan maksudnya. hehe. Tapi idak lah k.fiezz beli takoyaki hari-hari. Macam sekarang kerja dari rumah jadi kalau ada hari-hari bos suruh datang pejabat untuk setelkan urusan kerja, time lalu kat sini bila nak naik LRT harus lah menyinggah dulu beli takoyaki. 

takoyaki paling sedap,beli takoyaki, takoyaki, takoyaki leleh bandaraya

Masa nak beli ni beratur weiii. Sebelum tu masa k.fiezz lalu tak ada orang. K.fiezz masuk SOGO dulu. Dah selesai menyopping kat SOGO baru nak singgah sini. Sekali panjang barisannya. Beratur je lah. Sendiri yang nak makan. 


takoyaki paling sedap,beli takoyaki, takoyaki, takoyaki leleh bandaraya

K.fiezz ambil Set Family (12 biji) RM10, flavour spicy
Ada 3 jenis flavour kita boleh pilih (Original, Cheesy, Spicy). Pilihan untuk inti takoyaki - Ayam/Udang/Sotong/Ketam

TAKOYAKI PALING SEDAP


Ewah. Over claim ni. haha. Tak lah over nak cakap sedap bebenor. Ikut tekak masing-masing. Untuk k.fiezz rasa sos takoyaki leleh ni sedap. Cuma manis sikit je tapi nak bandingkan yang k.fiezz ada beli takoyaki kat area rumah k.fiezz. Hat takoyaki kat area rumah ni sos dia lagi rasa manis dari takoyaki leleh Bandaraya (SOGO) ni.  Jadi untuk k.fiezz kalau nak banding antara 2 ni, sos takoyaki kat SOGO ni takoyaki paling sedap setakat ini. Makan takoyaki kosong dengan sos dia pun tak ada rasa muak. Sedap. Tapi mungkin tengok juga pilihan perasa yang korang nak. Macam k.fiezz ni pilih spicy , sejenis suka pedas. hehe

Part inti takoyaki leleh ni pula, ada yang saiz kecil ada yang saiz sederhana. hehe. Contoh macam haritu k.fiezz beli sotong dapat janggut je. Tak tau lah kebetulan masa k.fiezz beli tu, dapat yang itu. Inti lain macam ketam, ayam saiz sederhana. Tapi okey lah tu, kan. Nak besor mana lagi isi dia tu. Cicah takoyaki kosong dengan sos dia tu pun sedap. Laju tangan ambil cicah sos, masuk ke mulut. Cukup rasa sos dia manis pedas, ada pula taburan flakes tu. Lagi penyedap. Tak ada flakes ni tak lengkap takoyaki. 

Overall untuk k.fiezz takoyaki leleh Bandaraya (area SOGO) ni sedap ikut piawaian tekak k.fiezz. Untuk orang lain tak pasti lah pula. Nak cuba? Kalau kebetulan korang ada ke area SOGO, boleh lah cuba cari gerai Takoyaki Leleh Bandaraya ni. 

5 Comments

  1. sekali sekala makan sedap juga..kalau hari2 agak muak

    ReplyDelete
  2. Favorite saya jugak ni kak fiezz! Sekali hadap 10 bijikkkk, dulu takkk pandang, eh bila sekali rasa, terus fall in love gituuu hahahaha

    ReplyDelete
  3. Yayyy boleh geng hehe ika suka jugak takoyaki kalau dapat sekali hadap je heee memang sedap

    ReplyDelete
  4. ok lah harga mcm reasonable.
    kalau sedap, lagilah happy makan kan.
    kita pun suka, tapi husband x layan sangat.

    ReplyDelete