Kecoh baru-baru arahan baru pembeli shopee tak boleh pilih kurier dah mulai 17 Jun 2021. Kalau sebelum ni ramai suka shopping di Shopee sebab boleh pilih kurier mana yang kita nak selain dari sebab harga yang murah. Tapi mulai 17 Jun 2021 kita pembeli di shopee tak boleh pilih kurier. Sangat tak best. Macam k.fiezz kalau shopping di Shopee untuk penghantaran mesti k.fiezz pilih kurier J&T. Sebab J&T cepat buat kerja. Budak kurier yang hantar kat rumah k.fiezz ni pun dah kenal. Kalau hari bekerja, budak J&T hantar barang kat rumah k.fiezz, dia tahu tak ada orang kat rumah. Dia tahu nak selit barang kat pagar rumah. Setakat ni memang barang selamat. Alhamdulillah bila time k.fiezz balik kerja, barang elok terselit kat pagar. Jadi memang puas hati sangat dengan J&T. 

TAK BOLEH PILIH KURIER


Ni dah keluar notis terbaru dari shopee tak boleh pilih kurier, #redha je lah konsepnya. Nasib kita pembeli dapat kurier apa. Sekarang ni kalau buat pembelian di Shopee, memang terus automatik samaada Standard Delivery & Economy Delivery.  Sebagai pembeli memang kita tak tahu lah kita dapat kurier apa. Kira macam surprise gitu!!Aiyakkk Shopee, awat lah sekat pembeli shopee tak boleh pilih kurier. Dulu orang suka shopping di shopee sebab boleh pilih kurier, sekarang ni dah tak boleh pula. Tersekat kebebasan pembeli. 

Standard Delivery - Shopee Express, PosLaju, DHL, J&T Express, Ninja Van,  City-Link Express

Senang cerita ikut nasib pembeli dapat kurier yang mana satu. Kalau dapat kurier yang slow #redha #pasrah. 

Apa nak buat, dah ni arahan baru shopee. Kita sebagai pembeli tegar di shopee tiada pilihan. Ikut saja lah arahan. 

STANDARD DELIVERY 


Sehari sebelum mula arahan baru shopee ni, k.fiezz shopping di shopee sebab ingatkan masih boleh pilih kurier. Memang kebetulan k.fiezz nak beli barang. Dah lama masuk dalam cart. Dapat je gaji, laju jari jemari buka aplikasi Shopee buat bayaran. Lepas buat bayaran automatik penghantaran 'standard delivery'. Tak lama lepas tu baru ada update kat situ standard deliery - shopee express. Halah halah dapat shopee express lah pula. Sebelum-sebelum ni masa boleh pilih kurier, ada lah juga k.fiezz cuba shopee express. Tak selancar J&T tapi okey lah. Barang yang k.fiezz order selamat sampai dalam masa 2-3 hari. 


shopee tak boleh pilih kurier, shopping di shopee
Ni barang yang k.fiezz order16hb Jun & 18hb Jun, k.fiezz dapat barangnya. Okey lah 2 hari dah terima barang..


shopee tak boleh pilih kurier, shopping di shopee

Terbaru k.fiezz shopping di Shopee, lepas buat bayaran automatik standard delivery. Tak lama lepas tu baru update penghantaran guna kurier Ninja Van. Adeh. Sabor je lah k.fiezz. Ninja Van ni k.fiezz kureng sikit benornya. Sebelum ni pernah beli di shopee & guna Ninja Van. Barang k.fiezz hilang. Sejak tu memang tak pilih NinjaVan. Pilih J&T je. 

Barang yang k.fiezz baru shopping di shopee ni 23 Jun Seller dah drop barang kat Ninja Point & 24hb baru Ninja Van pickup barangnya dari Ninja Point. Adeh..Cair lah coklat k.fiezz beli ni. 


PEMBELI TIADA HAK MEMILIH


Ni macam satu kelemahan bila pembeli shopee tak boleh pilih kurier lagi. Kita tak tahu seller guna kurier apa. Memang pilihan kurier ikut seller nak guna kurier yang mana. Cuma kita sebagai pembeli tak boleh tengok dah pilihan kurier seller macam sebelum ni. Shopee dah set standard delivery, maksudnya ia boleh jadi mana-mana kurier seperti yang k.fiezz tulis di atas ni. Jadinya ikut nasib lah. Kalau seller tu guna J&T, dapat lah J&T. Kalau seller guna NV, NV lah yang kita dapat. Arahan terbaru shopee tak boleh pilih kurier ni memang konsep dia pasrah saja shopping di shopee, kita dapat kurier apa & harga penghantaran pun k.fiezz perasan agak mahal sikit sebab ada beberapa barang k.fiezz masuk bakul. Lepas tu saja acah-acah nak check out sebab nak tengok kos penghantaran. Agak mahal sikit berbanding sebelum ni. Contohnya k.fiezz nak beli 2 seluar pendek dari seller A, kos penghantaran RM4.xx & 4 helai seluar panjang dari seller B, kos penghantaran RM5.xx.. Bandingkan 2 seller ni baik k.fiezz beli 4 helai seluar panjang, berbaloi dengan kos penghantaran dia. Ini pun tak tahu guna kurier apa sebab kena buat bayaran dulu. 

Jujurnya bila pembeli shopee tak boleh pilih kurier sekarang memang tak best. Sebab ada kurier yang tak masuk di kawasan rumah kita. Sebagai pembeli kita lagi tahu kurier mana yang cepat hantar barang & tak ada masalah untuk kawasan rumah/pejabat kita. Betul tak?

Bila pembeli dah tak ada hak untuk memilih kurier, memang agak tak seronok di situ. Risau nanti makin kurang orang shopping di shopee


MASIH PILIH SHOPEE


Buat masa ni k.fiezz masih pilih shopping di shopee walaupun dah tak boleh pilih kurier. Tapi kalau akan datang ada platform baru shopping yang ada pilihan kurier macam shopee sebelum ni, sis memang tak teragak-agak untuk berpaling dari shopee. Eh..boleh caya ke ni?hehe..

Untuk kedai shopee k.fiezz, k.fiezz memang pilih J&T saja. Baru dapat order dari customer di shopee, kurier kedai k.fiezz, tetap J&T. Jadi kalau korang yang nak beli barang Obsess Kosmetik & memang suka dengan J&T saja, boleh la shopping di kedai shopee k.fiezz.. hehe. Selit promote

Ni link kedai shopee k.fiezz <  fieza sani >

4 Comments

  1. Gitu pulak ya.. terima kasih ya infonya..

    ReplyDelete
  2. Kann, tak syoknya dah tak boleh pilih courier apa kita nakkk, pasrah je dapat courier yang slow hmm :')

    ReplyDelete
  3. itulah tu isunya sekarang haih jadi macam tak semangat nak membeli dh tapi ini semua sekejap je ni huu

    ReplyDelete
  4. hari tu nak beli tea, seller tu bagi economy shipping.
    sedihlah economy shipping ni, dia guna pos laut.

    ReplyDelete