Salam Aidilfitri semua umat Islam yang meraikan. Dah masuk raya ke-lima baru  nak up entry raya kat blog. haha. Busy walaupun duduk rumah je. Haha. Seperti tahun lepas, raya tahun ni pun masih #gengrayaKL (terpaksa) sebab seperti yang kita tahu, dekat-dekat nak raya kerajaan umumkan tak boleh rentas negeri, tak boleh rentas daerah & tak boleh ziarah raya langsung ke rumah ibu ayah, adik beradik, sepupu atau kenalan yang duduk sama daerah pun. Uwaaaa...Sedihnya raya tahun ni. Langsung tak ada rasa macam raya pun. Rasa nak nangis 2x raya tak boleh balik kampung sebabkan berpunca dari virus COVID 19 yang masih tinggi kes di Malaysia ni. Apa nak buat. Harap tahun depan boleh raya seperti biasa macam sebelum-sebelum ni. Rindu nak raya seperti normal biasa. Bukan norma baru yang segala-gala terhad. Kena pakai mask la, hand sanitizer lah. Lecehnyaaaa...

GENG RAYA KL KALI KE-2

Jadi tahun ni, majoriti raya di rumah masing-masing sebabkan arahan tak boleh rentas daerah dan negeri seperti yang kerajaan arahkan.

Bertabah lah raya di KL buat kali ke-2 untuk k.fiezz & mr hubby. Adeh. Mr hubby muka di pagi raya, memang tak berapa nak berseri lah weiii..Tangkap gambar pun muka tak senyum langsung. Sabor je lah sis nengoknya tau. Tahu memang tak seronok tapi nak buat macamana udah tak boleh balik kampung. Bukan saja-saja tak nak balik kampung pulak. Halah mr hubby ku ini. 

Pagi raya, pakai baju raya kejap untuk tangkap gambar. Wajib lah kan walaupun tak boleh pi beraya ke mana pun. Gambar is wajib. Kenangan beraya musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di tahun 2021. Tema baju raya tahun ni, k.fiezz pilih warna hijau. Untuk mak & abah k.fiezz di kampung, k.fiezz beli baju raya dari Shopee, bertema warna purple


fieza sani, aidilfitri 2021

Kad raya k.fiezz & mr hubby tahun 2021. Mr hubby tukarkan gambar kitaorang ke bentuk animasi (kartun). K.fiezz edit di Canva untuk jadikan kad raya. Very the simple je konsepnya..


fieza sani, aidilfitri 2021

Pagi raya. Posing raya, wajib. Tengok lah muka mr hubby, tak berseri. Sabar je lah.


fieza sani, aidilfitri 2021

Kemain beria posing minta maaf lah kononnya ni. haha. 
Muka mr hubby lah. Serius gilerr...Bini buat-buat happy je tu. Nak sembunyikan kesedihan benornya. Jadi kita happy-happy kan diri. 

fieza sani, aidilfitri 2021

Menu pagi raya. Laksa, Kuah Kacang & Nasi Impit.


fieza sani, aidilfitri 2021

Mak & Abah k.fiezz di kampung. Tema purplicious uolls. 
Adik k.fiezz yang duduk sekali dengan mak abah kat kampung cerita, masa baju-baju raya ni sampai. Mak sebak sebab baju-baju yang berjaya rentas negeri. Anak-anak tak berjaya. haha. Apa  nak buat, mak. Bukan saja-saja tak nak balik kampung, kerajaan tak bagi. uwaaa....udah udah..malas nak taip pasal ni. Jap gi sambil taip, sambil lap air mata. haha. 

SELAMAT HARI RAYA 

Bersempena dengan hari raya yang mulia ni, k.fiezz nak susun jari sepuluh sekiranya ada perkataan, ayat yang k.fiezz gunakan dalam entry-entry k.fiezz buat korang terasa hati, tersentap secara tak sengaja. Biasalah kadang jari ni laju mengetuk papan keyboard ikut perasaan masa menaip tanpa fikir perasaan orang lain. Jadi mohon maaf kalau ada yang terasa. Apapun k.fiezz nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ni yang selalu singgah & tinggalkan komen ataupun yang rajin singgah tapi malas nak komen..Tak kisah korang yang mana pun, k.fiezz nak ucapkan Salam Aidilftiri. Salam kosong-kosong dari k.fiezz yang serba kekurangan ni. 

Marilah kita doa sama-sama moga virus COVID 19 di Malaysia ni berjaya diputuskan  & moga kita boleh beraya seperti biasa pada tahun-tahun akan datang. Aamiin. 


4 Comments

  1. Selamat hari raya kak fiezz dan keluarga! :)

    ReplyDelete
  2. Seamat hari raya kak fiezz. Kami lps 8tahun kawen, br 1x raya umh parents sendiri, slebihnya di kg mentua. So, Ingt tahun 2021 ni blh la blk kg sendiri. rupanya. terkandas di selangor ni.. sedih

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak fiez! hmm semoga tahun depan dapatlah raya mcm biasa kan :(

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya buat kak Fiezz dan keluarga! Moga kita semua dapat beraya di kampung tahun akan datang...

    ReplyDelete