Dalam satu ke dua minggu lepas, k.fiezz cuba resipi baru iaitu ayam pad kra pao. Apa ke pelik benor nama dia ni, k.fiezz. Okey yang tak tahu. Ni menu masakan orang Thailand. Masa pergi bercuti ke Thailand beberapa tahun lepas, adik ipar k.fiezz suka dengan menu ni. Dari situ lah k.fiezz kenal ayam pad kra pao ni. Cuma masa bercuti ke sana tu, idak lah try menu ni dekat negara asal dia. Dengar nama je dari adik ipar yang suka order ayam pad kra pao masa kitaorang ke sana. Ikut logik, sedap lah agaknya sebab kalau tak silap adik ipar duk ulang menu ni je masa ke Thailand beberapa tahun lepas. 

Bulan-bulan puasa ni bila dah hari-hari masak menu yang selalu ulang je, mula lah rasa jemu. Scroll facebook (rutin biasa. hehe),  k.fiezz ternampak ada seorang kawan blogger k.fiezz share resipi ayam pad kra pao ni di FB dia. Tengok bahan & cara masak ayam pad kra pao ni macam senang je. Boleh la sis cuba. 

ayam pad kra pao, resipi ayam pad kra pao

RESIPI AYAM PAD KRA PAO

Bahan-Bahan : 
  • Dada Ayam (Cincang / Potong Kecil. Kalau Cincang jangan halus sangat)
  • 3 Ulas Bawang Putih 
  • 1 Biji Cili Merah
  • 3- 5 Biji Cili Padi (dari yang k.fiezz baca, ayam pad kra pao ni kena pedas lagi sedap. Jadi guna lah lebih sikit cili padi)
  • 2 Sudu Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1 Sudu Besar Kicap Cair
  • 1 Sudu Besar Kicap Pekat
  • Sikit Lada Sulah
  • Daun Selasih @ Thai Basil Leaves(Segenggan. Ambil daun sahaja)
Bahan yang highligt kuning  di tumbuk kasar

Cara Masak : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah di tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam & kacau rata, biar kejap bagi ayam masak.
  3. Ayam dah masak, baru masukkan pula sos tiram, sos ikan & kedua-dua kicap dan kacau sekata.
  4. Letak sikit lada sulah & kacau-kacau bagi sekata. Pastikan ayam dah cukup masak.
  5. Tutup api & masukkan daun selasih. Kacau sampai daun selasih separuh layu. 
  6. SIAP

Rasa Ayam Pad Kra Pao Air Tangan Sendiri Ni Sedap Ke Idak?


Memandangkan macam k.fiezz beritahu kat atas tadi, masa ke Thailand k.fiezz tak rasa original ayam pad kra pao ni macamana. Jadi tak tahu lah k.fiezz nak beza kan. Tapi secara logiknya kebiasaan kalau masakan dari tempat asal dia, mesti lah lagi sedap, yea tak? Kalau yang k.fiezz masak ni, ikut tekak sendiri sedap je. hehe. Boleh la masuk kat tekak ni. Mr hubby?K.fiezz tengok macam kureng sikit. Mungkin tak kena lah tu dengan selera dia. 

Ala sesekali masak lah menu lain pula. Asyik ulang menu sama, tak lalu nak makan kadang tu. Bukan tak bersyukur pula tau. Cuma biasalah kita ni manusia biasa. Ada hari okey je makan menu sama hari-hari. Ada hari, tak berapa nak lalu. Jadi bila tekak nak menu lain sesekali, kita layan..

Daun Selasih

Masa k.fiezz nak masak menu ayam pad kra pao ni, tak pernah lah k.fiezz beli daun selasih atau bahasa inggeris panggil Thai Basil Leaves. Mencari lah ke SOGO. Nasib baik ada. Memang dah agak, biasa kalau sayur kategori macam ni, kat pasaraya besar mesti ada. Kalau kat kedai runcit, memang tak mandang lah. Ada juga terbaca, boleh tukarkan dengan daun ketumbar. Tapi k.fiezz ikut resipi asal yang gunakan daun selasih. 

Lepas dah beli daun selasih ni, mula macam was-was pula nak masak sebab bau dia pelik sikit. Nak kata busuk tak juga, nak kata wangi pun tak juga. Tapi dia ada sejenis bau yang pelik pada deria bau k.fiezz.  Bila ada pula bau macam ni, was was pula nak masak. Tambah nak letak dalam masakan. Mencari lah info kat Google pasal daun selasih ni, rupanya memang bau daun selasih ni macam pelik sikit. Dah baca kat google pasal bau daun selasih ni  baru lah confident nak masak. 

Memang sejenis perangai kalau yang pelik sikit & tak pernah guna untuk masak, mula lah sifat was-was tu muncul. haha. Perangai sangat.

Tak kisah lah pasal bau tu kan. Dah memang gitu bau dia. Tapi secara kseluruhannya ayam pad kra pao ni kena je dengan selera k.fiezz. Boleh ulang masak selalu. hehe.

Eh lupa pula. Kalau masak ayam pad kra pao ni, kena match dengan telur goreng biasa. K.fiezz baca kat blog lain yang berkongsi resepi ayam pad kra pao ni juga, ayam pad kra pao + telur goreng. Baru umppph gitu..


6 Comments

  1. ray nak try buat ni la

    ReplyDelete
  2. Okey nak cuba buat..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Nama menu pelikkk tapi nampak sedapppp!

    ReplyDelete
  4. pernah makan kat boatnoodle 😍

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi masak guna daun selasih.. menarik! Satu masa nanti boleh try buat!

    ReplyDelete