Dulu k.fiezz & mr hubby pernah makan durian kat kedai Durian SS2 ni, kedai dia pasang kanopi macam khemah orang kahwin. Sangat simple. Macam kita makan kat gerai tepi jalan tu je cuma kat sini dah nama pun kedai durian SS2, memang jual durian sahaja yea.  Korang boleh baca kat link  bawah ni masa k.fiezz & mr hubby singgah ke situ beberapa tahun lepas, korang tengok sendiri keadaan kedai dia macamana << Misi Mencari Durian Murah Di KL >> 

BERUBAH RUPA

Dah tengok kan entry k.fiezz atas ni. Lain kan kedai durian SS2 ni dulu & sekarang. Lagi gempak sekarang ni. Pandai betul tokey dia buat bisnes. Dari jual durian tepi jalan buka khemah & sekarang dah buka kedai terus. Nampak kerlasss kan. 

K.fiezz & mr hubby pun kebetulan lalu kat depan kedai durian SS2 ni tahun lepas, nampak kedai gah & besar. Ingatkan kedai apa. Kot lah dah tukar kedai lain ke kan? Eh, rupanya kedai durian SS2 tu hah. Dah besor weiii. Nampak lagi eksklusif  dari luar. Ni nak  singgah pun tak berapa berani sebab risau harga durian-durian kat situ lagi mahal. haha. Biasa lah automatik kan minda kita set macam tu bila tengok kedai cantik, eksklusif macam ni hah.

Ni rupa baru kedai durian SS2 ni atau nama lain dia DurianMan. Ekslusif macam restoran mewah tengok dari luar. 

Baru-baru ni k.fiezz & mr hubby singgah ke sini sebab nak beli durian. Sejak kedai dia dah cantik, baru pertama kali jejak semula ke kedai durian SS2 ni. Risau je nak masuk. haha. 

Tapi ada orang kirim minta belikan durian, singgah juga lah. 

durian ss2,durian di Selangor

Dari hadapan kedai


durian ss2,durian di Selangor

Masa ni stok durian-durian tak banyak sebab bukan musim


durian ss2,durian di Selangor

Sambil tunggu pekerja tu pek durian kitaorang order, tunggu kat meja/kerusi yang memang disediakan kat situ. Siapa yang nak makan kat sini pun boleh. Area tempat makan dia dah cantik gila..


durian ss2,durian di Selangor

Ni hah area untuk yang makan durian di situ. Cantik weiii. 


durian ss2,durian di Selangor

Siap ada sudut untuk bergambor pula. Wajib lah kan. 


durian ss2,durian di Selangor

Ni kedai durian SS2 dari luar. K.fiezz snap gambar ni dari dalam kereta.

Alamak..Lupa nak ambil gambar durian yang kitaorang beli haritu. Sorry. Mr hubby beli durian musang king yang dah di pek dalam bekas. 1 bekas tu RM5X.00..Total beli 6 bekas = RM3XX.XX.. XX tu k.fiezz tak ingat exact amount. 1 bekas ada berapa ulas?K.fiezz tak ingat tapi rasanya ada lah dalam 6-7 ulas lebih kurang. 

Durian yang dah dipek dalam bekas tu, diaorang sealed pula dengan plastik di bahagian luar sebab nak kirim dekat orang yang nak durian ni. Mr hubby memang minta staff durian SS2 ni buat lah macamana pun, janji tak ada bau dalam kereta. 

Memang betul pun tak ada bau dalam kereta sebab dah di pek elok dalam bekas & sealed dengan plastik. Sesuai sangat lah nak bawa durian ni dalam kenderaan untuk makan di rumah ataupun nak bawa balik kampung. 

Tapi awas dah buka plastik & pek tu, semerbak bau dia. haha. Dah sampai rumah/kampung, baru korang buka tau. Takut buka plastik & pek durian ni dalam kereta, ada juga yang pening / mabuk durian.

Untuk korang yang di kawasan Selangor/KL & tetiba rasa nak makan buah durian, boleh cari durian di Selangor kat kedai durian SS2 ni. SS2 ni area Selangor benornya. Tak jauh sangat pun dari KL. Naik kereta, buka maps cari Durian SS2. Sekejap je sampai depan kedai durian SS2 ni.

5 Comments

  1. eh bagusnya.. macam ni lebih selesa..

    ReplyDelete
  2. amboihhh.. siap ada kedai terus. tak main la gerai-gerai kan. memang selesa pelanggan nak makan. yg bawak anak kecik, memang selesa betul

    ReplyDelete
  3. hantu durian, sure suka dpt sini

    ReplyDelete
  4. Wah kedai dia nice eh. Lama tak makan durian, nak kena pergi ni hee

    ReplyDelete