Bercakap pasal kecantikan kulit ni tak kisah samaada untuk badan atau muka, kita bukan setakat jaga luaran sahaja. Dalaman pun kena ambil kira juga. Orang cakap kecantikan kulit ni bila dalaman terjaga sampai ke luar boleh nampak kesan dia. Bila dalaman terjaga, kulit kita di bahagian luar ni boleh nampak lagi berseri, bersih dari sebarang masalah seperti jerawat, kusam, kering dan sebagainya. Macamana nak jaga kecantikan kulit dari dalaman ni?Tak susah pun nak jaga kecantikan kulit dari dalaman supaya boleh terserlah sampai ke luar. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk top up vitamin dalam badan kita yang dah berkurang. Maklumlah seiring dengan peningkatan usia kita, segala vitamin dalam badan bekurangan disebabkan faktor pemakanan kita yang tak seimbang dan faktor persekitaran. 

Kalau nak secara semulajadi boleh makan terus buah-buahan supaya kita dapat segala khasiat buah-buahan tersebut. Tapi boleh confirm ke kita ni rajin nak makan buah hari-hari untuk dapatkan vitamin dari buah-buahan ni. Memang tak lah kan ceritanya. Mungkin ada lah yang rajin tapi tak semua. haha.

Sebabkan rutin harian kita yang sentiasa sibuk dua puluh empat jam ni, Kitsui mengeluarkan produk terbaru khusus untuk kecantikan kulit iaitu Kitsui Vita C + Shine yang khasiatnya merangkumi untuk seluruh badan.


PRODUK KITSUI

Ada yang tak pernah dengar ke produk Kitsui ni?Produk Kitsui ni dah lama berada di pasaran dari tahun 1996 lagi & sangat senang nak beli. Cari saja di drugstore seperti Watson & terkini boleh dibeli juga di Shopee (link di bawah). 

Produk Kitsui ni tak perlu diragui lagi kualiti & kandungan dia kerana :-

  • Semua produk di bawah Kitsui telah diuji di makmal dan lulus ujian keselamatan.
  • Mendapat SIJIL HALAL dari kilang bertaraf GMP
  • Boleh didapati dengan mudah di farmasi seperti Watson & terkini di Shopee juga
  • Kandungan dalam produk-produk Kitsui berkualiti yang setiap satunya kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk lelaki dan wanita
  • Produk Kitsui bukan ubat tetapi makanan tambahan yang mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan sebab kandungannya terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik & bahan larangan yang boleh menganggu hormon dan kesihatan badan.
  • Telah memenangi pelbagai Anugerah Antarabangsa seperti Asia Pacific Super Health Brand Excellence, SME Entrepreneurs Business Awards 2019, Asia HALAL Brand Awards 2019.
kecantikan kulit, fungsi vitamin c untuk badan, kitsui vita C + Shine, vitamin C untuk badan, tanda tanda kurang vitamin C, kurang vitamin C


KITSUI VITA C + SHINE

Kalau tanya k.fiezz perlu ke kita ambil Kitsui Vita C + Shine ni?Sangat-sangat perlu yea korang. Sebab kebanyakan kita ni kekurangan vitamin C dalam badan disebabkan kurang makan buah-buahan & kurang bersenam. Apa jadi bila kurang vitamin C? Ni tanda tanda kurang vitamin C iaitu muncul lah masalah seperti kulit berjerawat, kering, kasar, muncul kedutan, sakit gusi, sakit sendi, masalah mata & cepat letih. Nampak macam simple je, eh apa ada hal kurang vitamin C. Padahal satu badan dapat kesan bila kita kurang Vitamin C ni. Cuma perangai kita yang suka ambil mudah, endah tak endah pengambilan makanan tambahan untuk mencukupkan nutrisi vitamin C dalam badan. Dengan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C untuk badan ni terbukti boleh memberi kesihatan secara menyeluruh pada badan. Meh tengok apa fungsi vitamin C untuk badan kita ni? 

Fungsi Vita C + Shine  
  • Sistem Imuniti Badan Lebih Sihat
  • Memberi Kecergasan Badan
  • Penglihatan Semakin Baik
  • Cantikkan Kulit Jadi Lebih Glowing
  • Antioksidan yang tinggi untuk melindugi kulit dari UVA + UVB
  • Sesuai untuk seisi keluarga

Apa Bahan Dalam Kitsui Vita C + Shine?

Jom tengok sikit ada apa dalam Kitsui Vita C + Shine ni & fungsi setiap bahan dia

Lemon (150g) - mengandungi Vitamin B, C (Menjaga kesihatan mulut & gusi)
Mangga (150mg) - mengandungi Vitamin C,A, K (Baik untuk kesihatan mata & melindungi dari sinaran UV &                 UVB)
Nenas (150mg)- mengandungi Vitamin C,E, K ( Mencegah kerosakan akibat dari radikal bebas)
Oren (100mg) - mengandungi Vitamin C (Membantu sistem imuniti badan lebih kuat)
Kiwi (150gm) - mengandungi Vitamin C, A, B (Melindungi kulit dan melawan radikal bebas)
Delima (200mg) - mengandungi Vitamin C, D (Mengurangkan tanda-tanda penuaan)
Ascorbic Acid (100mg)

Jumlah keseluruhan 1000mg vitamin C semulajadi yang ada dalam Kitsui Vita C + Shine ni. 

Review Kitsui Vita C + Shine

K.fiezz dah cuba kitsui Vita C + Shine ni. Rasa dia masam manis. Jangan risau tak lah manis sangat pun Seimbang rasa dia. Macam complete makan buah-buah bila minum Kitsui Vita C + Shine ni. Hehe. Kitsui Vita C + Shine ni dalam bentuk sachet senang nak bawa ke mana-mana. Kalau pagi-pagi rushing tak sempat minum di rumah, letak 1 sachet dalam beg. Di pejabat baru bancuh & minum. 
 
Kalau korang termasuk dalam kategori yang ada tanda tanda kurang vitamin C seperti k.fiezz beritahu di atas, korang memang wajib consume Kitsui Vita C + Shine ni setiap hari. Khasiat dia secara keseluruhan badan kita boleh dapat sebab dalam 1 sachet bukan ada vitamin C sahaja, segala vitamin ada (rujuk di atas). 



Cara Minum : 

Tuang 1 sachet dalam shaker, kemudian tambah air suam (150ml) & goncang-goncang hingga serbuk larut. Dah siap, boleh minum. Minum waktu pagi selepas sarapan atau sebelum tidur. 


Maklumat Lanjut : 

Instagram > kitsuimalaysia
Facebook > kitsuimalaysia
Shopee kitsui.my.hq 

2 Comments

  1. VitC! very important.. tapi guna flavettes hehe

    ReplyDelete
  2. Vit C! Ika teringin sgt nak cuba nanti ika nak beli yang ini hee

    ReplyDelete