Selepas lama tak buat sesi mask, semalam buat sesi ni sekejap. Pakai mask ni tak lama pun, kejap je. Tapi kebizian tu tak tahu nak habaq lagu mana tambah malaih pula lagi. Memang win.. hehe. 
Buka laci tempat simpanan stok mask , tengok ada beberapa keping lagi mask yang belum pakai. Check expired date, ada yang nak sampai due date tahun ni. Jadi moh lah kita mask time. K.fiezz pilih sheet mask yang mengandungi ekstrak avokado.  Jangan tak tahu, khasiat buah avokado untuk muka. K.fiezz pun baru tahu rupanya banyak khasiat avokado untuk muka. Ingatkan biasa-biasa buah ni, Rupanya tak yea. Patut lah harga dia sebiji pun mahal. K.fiezz pernah beli sebiji RM4.50. Sebelum ni k.fiezz tahu avokado untuk Kesuburan. Rupanya bukan tu sahaja yea. Untuk muka pun boleh dapat khasiat dari avokado ni. Terutama untuk maintain keanjalan kulit supaya sentiasa awet muda. hehe.

Sheet Mask Althea A'Bloom (Avo-cuddle-me)

Sesi Me Time semalam, k.fiezz pilih sheet mask dari Althea A'Bloom yang mengandungi ekstrak avokado.  Mask ni k.fiezz dapat masa hadir event Althea 2 tahun lepas (sebelum Covid-19). Serius lah lamanya mask ni ter bior gitu tak berpakai. Nasib baik expired date dia lambat lagi bulan 9 tahun ni. Ahhh..kisah lah kan. Baik pakai je. Jap gi lupa. Expired, masuk dalam tong sampah. Rugi rugi. Tong sampah yang dapat extract buah avokado. haha.

Fungsi Sheet Mask (Avo-cuddle-me)


Untuk penjagaan khusus muka & melambatkan proses kedutan. Kaya dengan antioksidan, sheet mask (Avo-cuddle-me) ni dipenuhi dengan ekstrak avokado yang melindungi kulit dari persekitaran kita yang tercemar dengan macam-macam & bagi kesan pada kulit kita. Ekstrak buah avokado yang kaya dengan Vitamin E ni dapat membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit & menambah seri pada kulit muka. 

Apa lagi khasiat avokado untuk muka? Jom kita selongkar.

khasiat avocado untuk muka,sheet mask, ekstrak avokado

Halah halah serius rasa comel pula dengan rambut pendek, pakai sepit kat tepi kiri kanan. haha. I feel young. haha.. Perahsan..


khasiat avocado untuk muka,sheet mask, ekstrak avokado

sheet mask dari ekstrak avokado jenama Althea

Khasiat Avokado Untuk Muka

Sebelum ni tak pandang pun buah avokado ni sebab rasa dia yang tak kena dengan tekak ramai orang termasuklah k.fiezz sendiri. Lepas ni confirm korang pandang sebab khasiat avokado untuk muka ni memang banyak wei. Terutama untuk menganjalkan kulit. Dalam erti kata lain mengelakkan kedutan di wajah & kekal awet muda. hehe. 

Dalam buah avokado ni ada asid lemak yang elok dan bagus untuk kulit kita bagi bantu kekalkan kelembutan lapisan kulit. Buah ni juga kaya dengan nutrisi lain seperti Vitamin K, Zat Besi dan lain-lain yang membantu kulit kekal sihat. Kandungan kalium dan mineral yang tinggi dalam buah avokado bermanfaat sebagai nutrisi untuk mengembalikan keanjalan kulit tanpa menyebabkan kerosakan

Buah avokado juga mempunyai vitamin C yang mana semua tahu bagus untuk kesihatan badan dan ia juga bagus untuk kulit. Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen kulit untuk menjadi lebih anjal.

Antioksida yang ada dalam avokado boleh melawan kulit kering yang menyebabkan kedutan. 

Jadi kesimpulan dari sini, khasiat avokado untuk muka dalam sheet mask ni boleh melembapkan kulit dan mengekalkannya dalam tempoh yang lama selain menjadikan kulit lebih cerah & bebas kedutan. 

Review Sheet Mask Avo-cuddle-Me

Semalam lepas buang sheet mask ni, k.fiezz biarkan saja baki ekstrak buah avokado yang masih ada kat muka sampai kering.  Biar ekstrak avokado yang berlebih tu di serap dalam kulit k.fiezz supaya kedutan tak muncul dengan pantas dan nutrisi lain yang ada pelbagai khasiat tu menyerap dalam kulit. Lepas pakai sheet mask yang berasaskan dari ekstrak avokado ni memang terasa kulit lembap & lembut. Sis suka. Part anjal tu tak lah nampak on the spot. Kesan dia boleh nampak dalam jangka masa panjang. Kena konsisten saja pakai. 

So lepas ni k.fiezz nak cari mask yang ada ekstrak avokado je lah. tak mau yang lain. sebab nak maintain kulit kekal anjal & tak cepat kedut gitu. So orang tak boleh teka umur k.fiezz. Orang ingat i always sweet seventeen. Over. haha

Untuk korang yang nak maintain keanjalan kulit, boleh konsisten guna mask yang ada ekstrak avokado. Tak nak kulit cepat kedut ingat avokado. hehe. 

4 Comments

  1. nak juga la beli ni, nak kekalkan keanjalan kulit ~ tanak cepat kedut

    ReplyDelete
  2. info yang bagus...avocado kalau makan pun bagus kan..

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa nanti teringin juga nak cuba

    ReplyDelete