Harini bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2021) versi 2.0 dari 13 Januari 2021 - 26 Januari 2021 untuk 6 negeri yang berisiko tinggi dengan jangkitan virus COVID-19..6 negeri terlibat PKP 2021 ni > Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. K.fiezz tinggal & bekerja dalam WP Kuala Lumpur. Jadi terlibat dengan PKP 2021 ni. 

Untuk negeri-negeri lain pula : - 

PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan

PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) - Perlis, Sarawak

Sepanjan PKP, PKPB & PKPP ni kerajaan dah keluarkan arahan larangan untuk rentas negeri, rentas daerah. 

Bagi yang bekerja di sektor essential services, kehadiran bekerja seperti biasa. Bagi yang bukan dalam sektor essential services, penggiliran bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan. 

Di Kementerian k.fiezz, setiap bahagian hanya dibenarkan 6 orang sahaja hadir bertugas setiap hari. Jadi gilir-gilir lah setiap hari 6 orang. Yang lain work from home

WORK FROM HOME ke tu?

So harini yang mana kerja di kawasan PKP, korang Work From Home ke tu? K.fiezz? Ada ni, hah kat pejabat. Malam tadi bos dah keluarkan jadual penggiliran bertugas untuk Cawangan kitaorang. Semalam tertanya-tanya juga harini macamana?Sebab surat kebenaran dari pejabat tak ada, surat arahan pun tak ada. Kalau kata tak ada surat-surat ni, harini memang idak lah nak datang ke pejabat. Jap gi kena tahan dengan abang Polis, haruuu weiii. 

BUSY HARI PERTAMA PKP 2021

Ewah konon busy lah sangat. Padahal. Kejap je pun busy nya. haha. Ni pun busy sebab bos k.fiezz 2 hari tak masuk pejabat, jadi banyak lah dia nak itu ini. Layan je lah. Boss, kan. hehe.. 


pkp 2021, perintah kawalan pergerakan,work from home

So memandangkan virus covid ni masih lagi berlegar di sekeliling kita, jaga lah diri masing-masing. Lepas je ber aktiviti di luar, balik rumah terus mandi. Mr hubby sampai dah mengeluh sebab kadang tu baru mandi, lepas tu kitaorang keluar. Bila balik rumah, kena mandi lagi sekali. Haha. Kadang mr hubby tanya 'kena mandi ke balik rumah ni'. Jawapan k.fiezz 'kena lah'. haha. Tapi kalau kita orang ke tempat yang tak ramai sangat orang atau ada sorang dua je kat tempat tu, k.fiezz jawab lah 'tak payah kot'. Terpulang lah kalau mr hubby nak mandi ke tak. Tapi biasanya kalau k.fiezz jawab gitu, dia hooray hooray tak nak mandi. Macam budak kecik tau. haha..

Maklumlah di musim-musim virus covid ni memang kena rajin bersihkan diri lepas dari ber aktiviti di luar. 

So korang, take care lebih di musim COVID ni. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk guna bila-bila masa & sentiasa pakai mask. Sebab dah hampir setahun kena pakai mask bila keluar ke mana-mana, macam pelik bila tak pakai. Adeh, sampai bila lah kita kena ber mask ni. Rindu sebelum ni,kan. Bebas ke mana-mana. Tak ada kena larangan rentas negeri, rentas daerah. Bertabah je lah..

Semoga Allah angkat semula virus COVID-19 ni dari satu dunia ni. Aamiin. 

5 Comments

  1. mmg work from home since october 2020 lg...ni dh pkp mmg sambung lg work from home

    ReplyDelete
  2. amiinn...selamat bekerja k.fiezz

    ReplyDelete
  3. selamat berkerja. I is hari2 work from home, ekeke.

    ReplyDelete