Jerawat? Siapa lah suka dengan penganggu kat muka ni. Dulu k.fiezz tak ada info tau macamana cara elak jerawat asyik turun naik kat muka k.fiezz masa zaman remaja dulu. Sekarang ni nak cari apa semua ada di hujung jari, so ni k.fiezz nak kongsi cara elak jerawat yang selalu turun naik di muka. Selalunya kita ni bila jerawat muncul je, mesti picit jerawat tu. No no no okey. Memang suka sebab jerawat dah hilang tapi lama-lama tempat picit jerawat tu akan berbekas hitam. Lagi la oh nooooo!!Dah berbekas tu lagi la susah nak hilang. Nanti nak cover pula tempat yang berbekas hitam tu dengan bedak / foundation tebal-tebal. 

So dari kita cari cara nak touch up bekas hitam jerawat pada muka, jom kita tengok cara elak jerawat ni dari timbul di muka. Tapi sebelum tu meh kita tengok sikit apa punca jerawat timbul di muka.

cara elak jerawat,picit jerawat,je, jerawat,  punca jerawat timbul


PUNCA JERAWAT TIMBUL

Jerawat ni boleh muncul pada kulit kita pada bila-bila masa & tak kisah di peringkat usia mana pun. Kalau kita kurang jaga faktor-faktor kepada punca jerawat timbul ni, memang jerawat ni akan muncul bila-bila saja.  Apa faktor-faktor yang jadi punca terjadinya jerawat ni, jom tengok kat bawah ni. 

    • Pori tersumbat : Bila pori atau kalenjar sebum tersumbat, sebum (bahan yang jaga kelembapan kulit kita tak dapat dikeluarkan). Pengumpulan minyak, sel kulit mati & bakteria di kawasan ini akan menyebabkan punca jerawat timbul.
    • Genetik : Ikut genetik keluarga. Genetik keluarga mainkan peranan samaada kulit kita sensitif dengan turun naik hormon, berapa cepat proses untuk membuang sel, berapa banyak sebum yang boleh dihasilkan dan macamana tindak balas badan kita pada masalah jerawat. 
    • Hormon :  Tahap hormon dalam badan kita penentu secara terus dengan jerawat. Disebabkan ini, punca jerawat timbul semasa remaja, hamil & masa period
    • Tekanan : Bila kita tengah alami tekanan, hormon meningkatkan pengeluaran sebum di kulit & menjadi punca jerawat timbul.
    • Depresi : Jerawat boleh meningkatkan peningkatan risiko kemurungan. Logik juga tau sebab bila muka berjerawat, self confidence kita jadi rendah. Contoh korang boleh tengok cerita Bidadari Salju masa watak utama Kyra di sekolah menengah. Kena ejek dengan kawan-kawan sekolah sebab muka dia berjerawat. 
    • Merokok : Merokok sebabkan kurangnya aliran oksigen ke sel kulit & menganggu proses keseimbangan hormon & lambatkan proses pemulihannya.
    • Minum Alkohol : Alkohol tidak sebabkan jerawat tapi boleh mempengaruhi tahap hormon dalam badan kita yang mengawal jerawat. Ada kajian mendapati alkohol meningkatkan kadar testosteron pada wanita.

Cara Elak Jerawat

  • Cuci Muka Dengan Betul - Proses membersih muka dengan betul adalah cara paling utama dalam penjagaan kulit untuk memastikan jerawat tidak timbul dengan kerap. Gunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit muka masing-masing. Lakukan rutin membersih muka ini 2 kali sehari (pagi & malam). Digalakkan guna air suam semasa cuci muka untuk membuka liang pori. Kalau kita jenis berpeluh, bersih muka dengan lebih kerap. Tapi kalau berminyak, jangan cuci muka. Lap saja guna kertas pelekap minyak untuk keluarkan minyak dari muka kita.
  • Kenalpasti jenis kulit kita - Untuk memudahkan kita kenalpasti produk penjagaan muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Jika kulit kita dalam kategori kering, kita tak boleh menggunakan jenis produk penjagaan muka untuk kulit berminyak. Begitu juga sebaliknya. Jadi penting untuk kita tahu jenis kulit kita. Bagi yang dalam kategori kulit berminyak, kena berhati-hati sebab paling mudah jerawat timbul  kerana kalenjar sebum terlalu aktif & menghasilkan sebum yang berlebihan. Kulit kombinasi pula kerap timbul jerawat di kawasan zon T.
  • Jaga Kelembapan Kulit - Penting untuk melembapkan kulit bagi mengelak jerawat timbul. Tapi elakkan pelembap yang mengandungi bahan kimia dan wangian sintetik. Gunakan pelembap yang non-comedogenic untuk elak kulit kering setiap kali selepas dicuci.
  • Guna Ubat Jerawat - Banyak ubat jerawat yang ada di drugstore / farmasi yang berfungsi untuk merawat jerawat. Tapi sekiranya jerawat dalam kategori serius, sila rujuk dengan pakar kulit untuk rawatan yang lebih lanjut.
  • Minum Air -  Bila badan kekeringan air, dia akan bagi signal pada kulit untuk hasilkan lebih banyak minyak supaya kekal lembap. Ini memburukkan lagi keadaan sebab jerawat akan timbul meriah di kawasan muka / badan. 
  • Guna Mekap Dengan Bijak - Bila jerawat mula muncul di muka, kita akan cenderung untuk gunakan mekap bagi menutup jerawat dan parut. Tetapi mekap boleh menyebabkan pori-pori tersumbat & memburukkan lagi keadaan. Sekiranya nak gunakan mekap, pilih mekap yang tidak berminyak.
  • Elakkan Sentuh Jerawat - Jari jemari kita yang dah pegang sana sini, menyebabkan kuman dan bakteria dah melekat pada jari/tangan kita. Jadi elakkan menyentuh, memicit, menggaru di kawaasan berjerawat.
  • Elakkan dari Berjemur Di Bawah Cahaya Matahari - Terdedah pada sinar matahari yang lama boleh mengeringkan kulit & menghasillkan lebih banyak minyak yang menyebabkan liang pori tersumbat. Sekiranya berada di luar, gunakan payung atau sapu sunscreen / sunblock pada muka / kulit.
  • Semak Diet - Diet, diet juga tapi beringat dengan apa yang kita makan. Ada sesetengah menu makanan membuatkan masalah jerawat makin teruk disebabkan kandungan makanan yang tidak sesuai. Makanan yang indeks glisemik tinggi seperti roti, kerepek, minuman ringan,makanan yang dibuat dari tepung serta produk tenusu boleh menambahkan lagi jerawat.
  • Elakkan Scrubbing - Elak guna skrub jika ada masalah jerawat serta elakkan juga bersihkan kulit muka dengan kain. Menggosok di kawasan muka yang berjerawat dengan kain, akan memburukkan lagi kawasan yang jerawat.
  • Check Produk Penjagaan Rambut - Produk penjagaan rambut macam syampu, perapi & yang berkaitan mengandungi bahan kimia & berminyak yang menyumbat liang pori dan menjadi punca jerawat timbul di dahi, garis rambut & leher. Gunakan produk non-comedogenic, bebas minyak & mesra alam. Tak kisah produk penjagaan rambut jenis apa pun kita guna, sila bersih dengan elok untuk buang sisa-sisa produk yang ada di kawasan kepala/rambut kita.
  • Kurangkan tekanan - Tekanan boleh sebabkan jerawat. Jadi cuba kurangkan tahap tekanan masing-masing untuk elakkan jerawat timbul. Buat lah aktiviti seperti meditasi, bersenam, berkebun atau apa-apa aktiviti yang boleh buatkan kita happy dan bebas dari tekanan.
  • Jaga Kebersihan Aksesori Mekap - Sekiranya kita jenis bersolek / mekap, pastikan semua peralatan mekap kita sentiasa bersih. Sebab peralatan yang tidak bersih ni dah melekat dengan segala kuman/bakteria yang boleh menjadi punca jerawat timbul. Jadi pastikan cuci setiap peralatan dengan kerap. 
Tips di atas ni antara cara elak jerawat yang boleh kita praktikkan. Apapun yang penting kita kena seimbangkan juga cara hidup dan pemakanan kita untuk memastikan masalah jerawat ni tak kerap berulang. 

Cara Merawat Jerawat Dengan Gunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Sekiranya ada masalah jerawat, selain dari boleh gunakan ubat jerawat yang boleh kita cari di farmasi/drugstore, kita boleh cuba bahan yang ada di rumah seperti di bawah ni.

Tea Tree Oil - Ada sifat antibakteria yang boleh membantu mencegah jerawat

Madu - Ada sifat anti-radang & anti bakteria yang boleh bantu kurangkan keradangan jerawat

Aloe Vera  - Selain ada sifat anti bakteria, aloe vera juga boleh bantu tenangkan kulit kita.

Ais Batu - Menggosok ais batu di kawasan yang berjerawat boleh mengurangkan keradangan jerawat

Ubat Gigi - Boleh letak pada jerawat untuk kecutkan jerawat. (Cara ni k.fiezz tak galakkan tau sebab boleh tinggalkan bekas hitam di kawasan tersebut.)

Jangan Panik Bila Jerawat Timbul 

Apapun jangan panik tau kalau jerawat timbul di muka sebab tu akan sebabkan korang tertekan. Ingat elakkan tekanan. Bersabar dengan cara rawatan yang telah kita pilih. Jangan lah expect jerawat akan hilang dalam masa semalam je. Cuma ikut saja prosesnya & bagi masa untuk kulit elok seperti biasa.

1 Comments

  1. huaa tatau plak scrubbing is not good... thank you for sharing

    ReplyDelete