Melampau tau kakak fiezz ni, plastik sampah pun nak wangi. haha. Kisahnya baru-baru ni k.fiezz nak beli multipurpose plastic bag tu. Tengok kat kedai seller ada jual juga plastik sampah wangi ni. Eh, terus lah selit beli juga. Cuma masa tu tinggal yang bau kopi je. Boleh lah. Nak cuba juga, wangi benor ke plastik sampah wangi ni. 

KENA GELAK DENGAN MR HUBBY

Masa k.fiezz beli ni tak cerita dengan mr hubby sebab kang confirm kena gelak. hehe. Tapi sebabkan kitaorang kongsi akaun shopee yang sama, dia tahu lah k.fiezz beli apa sebab mr hubby boleh tengok. Eiii..sabor je lah tau mr hubby ni. Tak ada privacy tau nak beli barang. hehe. Sebab dia boleh check. hehe. Bila mr hubby check kat akaun shopee, k.fiezz beli ni. Memang betul tekaan k.fiezz kena gelak dengan mr hubby. Sabor je lah. Dia bukan tak tahu bini dia ni suka benda-benda macam ni. Haha. Sampai plastik sampah pun beli yang ada bau wangi. Saja beli plastik sampah wangi nak bagi semangat sikit bila buang sampah. hehe. 

Plastik sampah wangi ni kat kedai ECO pun ada tapi sebabkan kitaorang jenis jarang keluar, nak ke ECO lagi lah sebab area rumah kitaorang ni tak ada kedai ECO pun. Jadi beli online saja.

Harga mahal sikit yang beli dari kedai shopee ni, RM3.80 (25 keping). Di ECO, RM2.00 saja. 

K.fiezz dah rasmikan guna plastik sampah wangi bauan kopi ni, memang bau dia wangi. Kuat bau kopi dia. K.fiezz beli plastik sampah wangi ni untuk serap bauan sampah yang dibuang. Terutama macam kitaorang ni duduk di flat. Jadi nak buang sampah kena bawa turun untuk buang dalam tong sampah di bawah. Kadang bau sampah, semerbak bila masuk dalam lif tu. Kalau masa tu kita je tak pe. Ni kadang-kadang ada juga orang lain. Udah semerbak bau sampah yang kita buang. Jadi bila guna plastik sampah wangi ni,  boleh lah menyerap bau-bauan sampah yang dah dibuang dalam tu. hehe. 

plastik sampah wangi,multipurpose plastic bag

Multipurpose Plastic Bag

Yang ni k.fiezz beli sebab nak letak dalam kereta untuk senang buang sampah-sampah dalam kereta. Maklumlah kadang bila naik kereta ni terutama bila balik kampung, duk makan jajan-jajan dalam kereta, bersepah bungkusan-bungkusan jajan ni. Haih, semak pula k.fiezz tengok. Sis kan tak suka sepah-sepah ni. Serabut mata tengok. Cuma multipurpose plastic bag ni tak ada bau-bauan lah yea. 

Multipurpose plastic bag ni sebenarnya untuk buang pampers anak bila kita keluar macam pergi ke mall, rumah saudara, balik kampung dan sebagainya. Boleh bawa ke mana sebab ada penyangkut sekali. Untuk kita perempuan ni, boleh bawa letak dalam bag untuk buang pad bila datang bulan. Terutama bila kita keluar jalan-jalan, balik kampung, outstation. Senang cerita, multipurpose plastic bag ni memang boleh guna untuk pelbagai kegunaan. Ikut kreativiti kita nak guna untuk apa. Sebab dia ada fungsi yang pelbagai. 

Saiz jangan risau, kecil je. Memang senang nak letak dalam beg. Satu gulung plastik tu ada 15 keping. Saiz plastik, k.fiezz tak pasti sebab tak rasmi lagi. 

plastik sampah wangi, multipurpose plastic bag

Update - K.fiezz dah rasmi guna multipurpose plastic bag ni. Memang kiut je saiz dia. Sedang elok lah nak buang tisu, resit-resit, pampers anak, pampers orang perempuan (hehe) & apa-apa yang bersaiz kecil.

BELI DI SHOPEE

Beli kat mana ni?Di mana lagi, uoll. Shopee pee pee kan ada. hehe. 

Harga?

Plastik sampah wangi - RM3.90 
Multipurpose Plastic Bag - RM4.20 (1 case + 5 roll portable disposal plastic dispenser)

4 Comments

  1. Mcm2 k.fiezz beli tp menarik jugak ni

    ReplyDelete
  2. Saya paling suka yg bau lavender tu haha

    ReplyDelete
  3. eh betul la.. letak dlm kereta.. sure wangi kan..atie nak beli juga la hahah

    ReplyDelete