Nasi Lebih Boleh Buat Apa?6 Resipi Dari Lebihan Nasi
Nasi lebih boleh buat apa?Biasanya kita ni bila nasi tak habis, kita masuk dalam peti ais untuk bagi tahan lama dan elakkan nasi basi. Kalau tanya k.fiezz nasi lebih boleh buat apa memang di fikiran k.fiezz tak lain tak bukan Nasi Goreng. Tak kisah lah nasi goreng apa, yang penting nasi tu boleh dimasak untuk jadi nasi goreng. Tapi selain dari nasi goreng, nasi lebih boleh buat apa yeak..Jom tengok list bawah ni :-
LEBIHAN NASI
Minggu lepas sebelum merentas negeri, k.fiezz masak makan malam sehari sebelum kitaorang balik kampung. Tapi tak bersentuh sebab mr hubby beli makanan siap dari luar. Kebetulan masa tu, mama pun ada. Mr hubby masa balik kerja, dah call siap-siap tanya nak makan apa. Mama nak makan kuew tiow goreng. Tapi tak pasti kedai yang tepi jalan kitaorang suka beli tu buka ke tak?Sebab gerai tu selalu tutup dari buka. K.fiezz pun masak macam biasa sebab tak pasti gerai tu buka ke tak? Eh, sekali k.fiezz dah siap masak semua. Mr hubby pun ngam-ngam sampai rumah, tu dia 4 bungkus makanan siap dia beli. Harus lah nasi seperiuk yang k.fiezz masak tak bersentuh. Adeh. Esoknya tu kitaorang dah nak gerak balik kampung tapi k.fiezz kerja dulu. Jadi K.fiezz pesan dengan mama, kalau lebihan nasi tu diaorang tak makan, simpan dalam peti ais. Jadi lepas beberapa hari balik kampung, hari Isnin baru ni dah ada kat rumah, k.fiezz suruh mak tengokkan lebihan nasi yang letak dalam peti ais tu elok lagi ke tak?
Lebihan Nasi Dalam Peti Ais Masih Elok Selepas Beberapa Hari
Mak check nasi tu,okey cuma ada bahagian atas macam dah keras sikit. Bahagian yang keras tu k.fiezz buang. Bahagian bawah masih elok, tak ada melekit. Kalau dah melekit-lekit tu selalunya dah basi. Tempoh ketahanan nasi dalam peti ais ni mungkin bergantung juga pada jenis beras yang korang guna & cara masak. K.fiezz guna beras basmathi king JASMINE (rujuk gambar di bawah). Alhamdulillah, lepas beberapa hari masih elok dalam peti ais.
Nasi Goreng Kampung Guna Lebihan Nasi
Sebabkan sekarang konsep k.fiezz yang tak suka membazir, lebihan nasi yang masih elok tu k.fiezz masak untuk makan malam Isnin baru ni. Setel uoll. Alhamdulillah habis pun seperiuk lebihan nasi yang tak bersentuh minggu lepas. Tak suka lah membazir. Membazir kan amalan S**I**N.. Lagipun harga beras ni mahal. Tu yang macam sayang lah nak buang-buang gitu. Fikir juga orang susah gigih mencari duit nak makan sesuap nasi. Yang kita ni dah berlebih-lebih sampai membazir. Sebab tak suka membazir ni, bila bulan puasa k.fiezz tak berapa gemar ke bazar Ramadhan sebab nafsu mata. Semua nak. Bila time berbuka, tu dia..semua ke tong sampah sebab tak habis. Tiap kali ke bazar, k.fiezz akan limit dan control nafsu dari beli yang merapu. Memang k.fiezz beli yang mana nak makan je. Tapi kalau mr hubby, jangan. Kena control dia sikit. Kalau ikut dia, semua nak. haha..
Kalau korang selalu ada lebihan nasi, tak tahu nak masak apa?Boleh cuba list kat atas ni. Antara senarai atas ni, nasi goreng yang selalu jadi pilihan k.fiezz. Sebab senang. Lain kali nak cuba cucur nasi tu pula. Tengok resipi macam senang. Nanti k.fiezz share kalau dah buat resipi cucur dari lebihan nasi ni pula.



9 Comments
betul k.fiezz, i pun klu bulan puasa mcm tak jejak bazar ramadhan sebab membeli tu nafsu semata2..then bila kat uma makan nasi sepinggan then yg beli tu tak sentuh pon huhuhu
ReplyDeletegood sharing. biasa saje masak nasi lebih sebab nak buat nasi goreng.
ReplyDeleteYang penting dapat jimat hehe
ReplyDeleteammi selalu mmg nasi gorengkan aje. Budak2 ni seminggu direct makan nasi goreng pun boleh.
ReplyDeletesedapnyaa nasi goreng kicap tu eheee
ReplyDeletesaya memang suka leftover resepi its yummy
ReplyDeletecucur nasik tu paling best !! cekodok nasik letak ikan bilis sikit bawang dahhh settle. sedappp dmakan penuh selera..
ReplyDeleteMacam2 boleh buat kann. Tak pernah pula try cucur nasi. Macam menarik
ReplyDeleteBiasanya kalau ada nasi lebih mesti rabia masak nasi goreng. Pelbagai nasi goreng lah boleh masak
ReplyDelete