Kenapa k.fiezz tak suka bela kucing?Kalau sekarang ramai suka jadikan kucing haiwan peliharaan. Di sekeliling k.fiezz member pejabat, adik ipar, mak k.fiezz, bos k.fiezz, saudara-mara pun ramai yang bela kucing ni. Tapi terbalik pula dengan k.fiezz yang tak suka atau tak berminat nak bela kucing. Setakat ini lah yea. Akan datang, tak pasti lah pula kot terbuka pintu hati. Tapi buat masa sekarang hati k.fiezz tak terbuka nak jadikan kucing haiwan peliharaan. Walaupun ada lah cubaan pujukan dari mr hubby atau mak saudara k.fiezz sendiri. Jawapan k.fiezz tetap NO!!

kucing haiwan peliharaan, bela kucing

BENCI KUCING KE?

Bukan pembenci kucing atau tak suka. Ada kenangan tak best masa kecil dulu dengan kucing sebab kena cakar. Sampai sekarang FOBIA!!K.fiezz suka tengok saja. Nak pegang, nak belai, nak sentuh. NO!!Sebabkan tu k.fiezz jadi fobia dengan kucing sampai sekarang. Tapi sis tak lah kejam kalau jumpa kucing tepi jalan tu nak dera atau pukul ke apa. Nak dekat pun tak berani. Nak dera atau seksa kucing tu. lagi laaa takkkk. Kalau dari jauh k.fiezz nampak tempat yang k.fiezz nak lalu tu ada kucing, k.fiezz akan guna laluan lain. Tapi kalau tak ada pilihan laluan lain, memang sis bertabah je lah berjalan lalu dekat tempat kucing tu ada. Tapi dalam hati jangan cakap lah dup dap dup dap. haha.. Nampak tak? Memang spesis penakut dengan kucing. Padahal mr hubby cakap, kucing nampak kita ni (manusia), dia pun lari. So kalau kucing nampak k.fiezz, sama-sama lari la jawabnya. haha

KUCING HAIWAN PELIHARAAN

Antara banyak-banyak haiwan peliharaan, memang ramai yang jadikan kucing haiwan peliharaan sebab kucing ni comel. Boleh jadi peneman. Boleh buat main-main. Seronok bila ada kucing di rumah. Jom kita tengok sikit kenapa ramai sangat yang suka jadikan kucing haiwan peliharaan. Ni antara kelebihannya :-

Kelebihan :-

  • Bantu hilangkan stress 
  • Bagi kesihatan yang lagi baik
  • Melindungi rumah dari haiwan perosak seperti tikus
  • Bantu pulih dari trauma (untuk yg ada masalah masa lampau yang susah nak dilupakan)
  • Kekalkan bentuk badan (main kejar-kejar dengan kucing dlm rumah)

DAH TU KENAPA TAK SUKA BELA KUCING?

Banyak je kelebihan bela kucing ni, k.fiezz. Dah tu kenapa tak nak bela kucing. Okey, k.fiezz tak suka bela kucing, ni sebabnya : 

  • Tak suka kucing masuk dalam bilik, baring atau jalan-jalan atas katil/selimut/bantal k.fiezz. Kalau K.fiezz tahu kucing ada buat aktiviti atas ni, K.fiezz tak confident nak peluk atau baring pada tempat-tempat ni sebab pada fikiran k.fiezz ada hama/kutu/bulu pada badan kucing yang terjatuh pada kawasan-kawasan ni. Bila kita pula baring, mana yang alergik, boleh jadi ruam atau gatal-gatal. Lagi satu kucing selepas membuang air besar atau buang air kecil bukannya basuh bersih sebab kucing tak mandi hari-hari. Jadi k.fiezz geli bila kucing jalan-jalan atau landing pada katil, selimut, bantal, sofa atau mana-mana kawasan dalam rumah. Muntot dia yang tak cuci tu duduk atau baring pula kawasan tu. halahhhh!failed...
  • K.fiezz tak rajin nak cuci tempat pembuangan kucing selalu. Memang mr hubby ada cakap kalau kitaorang bela kucing, dia yang bersihkan tempat pembuangan najis tapi jujurnya k.fiezz tak harap sebab mr hubby ni mula-mula je beria lepas tu outttt...
  • Rumah jadi berbau bila bela kucing
Sekarang ni mr hubby pula jadi alergik dengan kucing. Bukan tak boleh pegang!!Tak ada masalah nak pegang. Biasanya lepas mr hubby pegang kucing, mesti k.fiezz akan suruh mr hubby pi basuh tangan dia. Haha. Dasar sangat tau. Walaupun k.fiezz tahu kucing tu kucing bela, bersih. Tapi sis tetap was-was, hokay. 

Cumanya mr hubby jadi alergik bila baring atas katil dalam bilik kat rumah mak mertua. Kadang-kadang kucing ni terlepas masuk dalam bilik yang kitaorang tidur. So mungkin dia duk golek-golek atas katil ke cadar ke bantal ke. Mungkin hama atau bulu badan dia yang terjatuh atas cadar/katil/bantal yang sebabkan punca badan mr hubby gatal-gatal satu badan & mata bengkak. Dua situasi ni jadi waktu lain-lain. Badan gatal-gatal jadi sebelum ni. Mata bengkak yang terbaru masa balik kampung lepas kerajaan bagi rentas negeri baru-baru ni. 

Oleh sebab ni & juga 3 sebab atas ni kenapa k.fiezz tak berminat nak bela kucing. Sorry pencinta kucing kalau ada yang terasa dengan ayat-ayat k.fiezz ni. K.fiezz bukan cakap semua yang bela kucing ni tak bersih. Apa pun berbalik pada tuan empunya kucing. Ada je rumah orang bela kucing, elok bersih wangi je. Pucuk pangkal pada pemilik kucing tu sendiri. 

Untuk k.fiezz sendiri, memang BIG NO untuk bela kucing. Buat masa ni lah. Akan datang kot terbuka hati, tak tahu lah pula. Tapi harapnya tak terbuka pintu hati sebab memang k.fiezz tak minat dan fobia dengan kucing walaupun kucing makhluk yang comel.  Comel yaaa tapi nak dekat dengan k.fiezz NO!!! 

9 Comments

  1. Eza pun tak pelihara kucing kat rumah setakat ni.. Kucing jiran je selalu singgah minta makanan. Hihi.

    ReplyDelete
  2. saya pencinta kucing sedih :( hehe tapi tkpe lain org lain kan . Kalau saya memang jenis suka spend masa dgan kucing saya smpai dorang rimas

    ReplyDelete
  3. Samalah.. saya juga tak rajin nak komited terhadap najis kucing huhu

    ReplyDelete
  4. atie yg number dua! malas nak cuci.. huhuhuh boleh tak dia pergi toilet sendiri dekat luar rumah ? ahaha

    ReplyDelete
  5. samalah kita kak fieza.. tapi penyebab utamanya taknak bela tu adalah tak sampai hati bila tengok dia sakit. Kalau mati tu lagilah sedih yang amat

    ReplyDelete
  6. eh sama lah kes kita, kena cakar tu. saya kena cakar time umur 6 tahun oleh kucing abang saya. lepas dari peristiwa tu, memang takut gila2 dengan kucing.
    Dekat rumah ada kucing yang menumpang, setakat tidur depan pintu rumah dan tak pernah masuk dalam rumah, ok lah. Tapi nak pegang angkat tu memang tak. Anak2 n suami suka kucing, saya memang penakut.
    haha, rumah mak mertua ada kucing, kalau dia lalu kat bawah meja makan, terus kaki naik kerusi , nasiblah mak mertua memahami.

    ReplyDelete
  7. saya setuju !! walaupun saya antuuu kucing nampak kucing mmg geram je rasa nak pegang2 tapi untuk bela no no.. kat rumah nenek jela ada beberapa ekor itupun dok luar x masuk dalam.. samala lebih kurang reason kita tapi more kepada health issue.. semput dgn kucing tp sukaa hahaha..

    ReplyDelete
  8. Cik TK pun suka tengok kucing. Tapi parents tak bagi bela sebabnya pasal bulu-bulu dia.. dan part cuci mencuci.

    ReplyDelete