Baru-baru ni adik ipar k.fiezz ada post di facebook dia, promo kek coklat moist yang dia jual. Di bawah sekali, dia ada tulis untuk COD di : Klebang Ipoh. Jenis k.fiezz ni kalau tengok orang post apa-apa, kalau ada komen, mesti k.fiezz akan terbaca komen sekali. haha. Busybody gitu lah. haha. So k.fiezz terbaca kawan adik ipar ni ada komen (rujuk gambar ke-2). Tertarik dengan komen kawan adik ipar tu. Sebabnya k.fiezz pernah kena gelak pasal nama Klebang ni. Ramai yang tahu Klebang Melaka je. Tahu tak Klebang Ipoh di Perak pun ada. 

KLEBANG?

kek coklat moist, nama tempat yang sama di malaysia,klebang ipoh

Iklan jap..

Kek coklat moist ni, adik ipar k.fiezz jual di area Ipoh. Kalau korang nak COD boleh cari di Restoran Nasi Kandar Beringin Yop Pa, IGB Klebang Ipoh. Adik ipar k.fiezz letak kek coklat moist ni kat situ. Kalau nak order, korang boleh roger >> 017-57585010

kek coklat moist, nama tempat yang sama di malaysia,klebang ipoh
Komen dari kawan adik ipar. 

To be honest korang lebih kenal Klebang di Melaka atau Perak?ke dua-dua korang kenal. Share sikit. Saja nak survey berapa ramai yang tahu sebenarnya Klebang ni ada di 2 negeri berbeza. Tahu ke tidak? kalau tahu yang mana satu lebih terkenal untuk korang. 

KLEBANG DI MANA?

K.fiezz tertarik dengan komen kawan adik ipar ni. Dia tanya pada adik ipar k.fiezz 'ada kat Melaka ke, bro?' Sebabnya di post adik ipar k.fiezz tu, dia ada beritahu COD di Klebang. haha. Ramai benornya tak tahu di Ipoh pun ada nama tempat Klebang,uoll.. Bukan kat Melaka je ada. K.fiezz sendiri pernah kena pasal nama tempat Klebang ni.

Masa tu kawan k.fiezz beritahu dia ke Klebang. K.fiezz tanya balik dengan dia 'pi Ipoh ke?' Sebabnya kebetulan kawan k.fiezz ni orang utara. Jadi masa dia cakap pi Klebang tu k.fiezz ingat on the way dia balik kampung, dia singgah Klebang Ipoh ni. Kot lah ada sedara ke kat situ. Eh sekali kena gelak dengan dia. Dia pi Klebang di Melaka rupanya. K.fiezz pun tak terfikir. Amik kena gelak dengan member. On the way nak ke kantin dia tak habis lagi gelak. K.fiezz cuba explain beritahu dia kat Ipoh pun ada nama tempat Klebang.  Tapi orang tengah sakan gelak, dia tak ambil kisah lah. Dia sakan duk gelak. Kebetulan masa di kantin  jumpa 2 orang lagi member pejabat. So cerita dengan diaorang pasal Klebang ni, lepas tu saja tanya tahu tak kat Ipoh pun ada nama tempat Klebang. Silapnya dua-dua member ni pun bukan orang Perak. Confirm lah diaorang tak tahu. Kena gelak lagi k.fiezz secara berjemaah. Tak pe lah nak buat macamana,kan. #redha je kena gelak dengan member pasal Klebang ni.

NAMA TEMPAT YANG SAMA DI MALAYSIA

So bila baru ni adik ipar kongsi pasal ni & kawan dia tanya adik ipar di Melaka ke sebab sebut nama tempat Klebang, k.fiezz teringat kes k.fiezz kena gelak dengan member pejabat pasal kes Klebang ni juga. 

Bila k.fiezz kongsi pasal ni di facebook, ada yang tahu & ada juga yang tak tahu. Yang mana tak tahu tu majoriti memang bukan orang Perak. Hat yang mana tahu ni sebab samaada duk Perak atau orang Perak sendiri, jadi diaorang familiar & tahu ada Klebang di Ipoh ni. 

Sebenarnya banyak nama tempat yang sama di Malaysia ni. Ambil contoh macam Klebang ni. Bukan di Melaka saja. Di Ipoh pun ada nama tempat Klebang. Ada kawan k.fiezz komen, di Ipoh pun ada Pasir Puteh. Bukan di Kelantan saja. Di Ipoh juga ada Meru. Bukan di Klang saja. Ada seorang lagi member k.fiezz  beritahu di Kelantan pun ada nama tempat Ipoh & Batu Gajah.  See nama tempat yang sama di Malaysia cuma di negeri yang berbeza. Cuma kita ni biasa dengar salah satu yang lebih glamor saja.   

So moral of the story, sekarang ni kan semua di hujung jari, kita boleh google dulu info sebelum gelakkan kawan kita tu sebab ingat dia salah. Janganlah kita anggap satu nama tu ada di satu tempat je. Banyak lagi nama tempat yang sama di Malaysia ni. Cuma kita saja tak tahu. Macam Klebang ni. Orang Ipoh, Perak tahu lah ada nama tempat Klebang tapi orang luar tak tahu sebabnya Klebang Ipoh ni tak seglamour Klebang, Melaka yang popular dengan coconut shake tu. 

Banyakkan membaca atau mencari info di google untuk kepastian maklumat. Sekarang semua info di hujung jari, derr. Sebelum kita gelakkan kawan sebab ingat dia salah, cuba godek-godek en google cari dulu info.

3 Comments

  1. I feel you. Bila dua lokasi berbeza guna nama yang sama.
    Orang gelak kita buar derk sajalah.
    Kadang2 orang yang tak tahu memang wujud nama yang sama pada lokasi berbeza, siap cakap kita tipu pula.

    ReplyDelete
  2. Banyak juga nama tempat yang sama di negeri yang berbeza..

    ReplyDelete